-->

Sebelah Sayap

Thursday, 3 October 2013

@khairykj Bantu Anak Muda.


Anda masih ingat lagi akan logo di atas? Ya, inilah pasukan profesional yang telah merevolusikan kancah bolasepak negara. Bermula dengan rancangan realiti TV yang mencari bakat terpendam ke seluruh negara, MyTeam adalah hasil idea YB Khairy Jamaluddin yang telah menawarkan harapan baru kepada pemain muda tempatan yang berbakat untuk membuktikan diri mereka setaraf, atau mungkin lebih baik lagi berbanding pemain negara yang sedia ada. Lagi pun, pasukan bolasepak negara ketika itu sedang menghadapi krisis prestasi yang teruk.

Bermulanya MyTeam ini adalah apabila timbul kepercayaan bahawa sistem pemilihan yang sedia ada ketika itu adalah tidak adil, dikuasai oleh politik pengaruh dan kroni jurulatih yang akhirnya mengakibatkan banyak pemain berbakat keciciran. Pandangan ini telah dibuktikan kebenarannya apabila pemilihan pemain untuk menyertai program MyTeam ini dibuat secara terbuka dan adil untuk semua. Tiada siapa yang mendapat keutamaan khas selain bakat dan usaha sendiri.

Idea

Ahli politik Malaysia, Khairy Jamaluddin dan DJ radio Jason Lo adalah orang-orang di sebalik tabir pembentukan MyTeam. Ideanya adalah untuk mendapatkan 22 pemain bukan profesional yang dipilih daripada ujian pemilihan yang diadakan merentas Malaysia bagi bertanding merentasi skuad kebangsaan Malaysia.
Idea ini telah diwar-warkan sebagai satu revolusi bola sepak tempatan dan satu kempen media besar-besaran telah dilancarkan untuk menarik minat di kalangan muda-mudi untuk mencungkil bakat mereka. Perlancaran program ini telah dilakukan di Planet HollywoodKuala Lumpur .

Pemilihan

Cara memilih pemain dalam MyTeam adalah seperti berikut:
  • Pemain yang tidak menggunakan bola sepak sebagai kerja utama;
  • Berumur 17 tahun ke atas;
  • Boleh berlari 100m dalam 12 saat.

Krew MyTeam telah menjelajah ke 13 buah negeri di Malaysia untuk memilih tiga pemain terbaik di setiap negeri yang mereka kunjungi untuk diserapkan ke Bukit Jalil. Antara 39 permain yang berjaya menyertai MyTeam, hanya 22 yang berjaya masuk ke senarai terakhir pasukan MyTeam.- Sumber Wikipedia

Program realiti dan pasukan MyTeam ini telah membuka peluang kepada jutaan anak muda dari seluruh negara yang berbakat dalam sukan bolasepak untuk mencuba bagi mengubah nasib mereka dalam sukan ini. Antara beberapa pemain skuad kebangsaan yang pernah beraksi untuk MyTeam adalah seperti berikut:


Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo)

S.Saravanan

Azmi Muslim

Walaupun pasukan ini tidak mampu untuk bertahan lebih lama, namun ia sempat juga mengecapi kedudukan Naib Juara Liga Perdana pada tahun 2007. Namun apa yang lebih penting pada kami adalah, ia telah berjaya membawa satu dimensi perubahan yang baru kepada situasi dan prestasi pasukan Negara ketika itu. Ini adalah kerana, hanya selepas 2007, barulah pasukan Malaysia kembali dapat mengecapi kejuaraan Pesta Bola Merdeka, Emas Sukan Sea dan Piala AFF. Jika tidak kerana transformasi yang dibawa oleh MyTeam ini, kami pasti sistem pemilihan dan mentaliti pemain negara masih lagi ditakuk yang lama.


Inilah bezanya kualiti YB Menteri KBS merangkap KP Pemuda UMNO dan BN. Kami hendak tanya, apakah perubahan bermanfaat untuk rakyat yang boleh dibawa oleh KP PAS atau DAP atau PKR, selain saiz perut dan pinggang yang semakin mengembang? Sebab itulah mereka sekali-kali tidak akan mampu membawa slogan IKON ORANG MUDA dalam mana-mana kempen mereka, kerana tiada apa yang boleh ditawarkan, walau sekelumit harapan pun untuk anak muda.


Maka, persoalannya kini, apakah UMNO juga mempunyai sebarang pilihan lain sebagai Ketua Pemuda mereka jika KJ disingkirkan? Pada kami, untuk melayakkan seseorang itu bertanding melawan KJ, mereka perlulah sekurang-kurangnya mempunyai merit dan pencapaian yang setara untuk dibandingkan dengan beliau. Cuba kita sama-sama renungkan sejenak. Ada tidak mana-mana pemimpin Pemuda yang pencapaian dan kebolehannya LEBIH BAIK lagi berbanding dengan apa yang KJ mampu dan telah lakukan?!!



Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...