-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 18 September 2013

Chin Peng Pejuang Negara Setaraf Nabi.




Ironi sekali apabila musuh negara iaitu Chin Peng meninggal dunia di subuh Hari Malaysia yang ke-50.Ini menjadikan sambutan hari bersejarah ini semakin bermakna.Mungkin ada yang berkata bahawa kita tidak perlu terlalu emosi bila bercakap tentang komunis kerana pergerakan itu telah tenggelam dalam lipatan sejarah.Namun,hakikatnya pergerakan komunis masih belum menjadi sejarah,ia masih lagi bergerak secara senyap bagai bara api yang enggan padam.Akhir-akhir ini,ia kembali memperlihatkan kepulan asap hitam yang mampu mengancam negara apabila beberapa usaha dilakukan untuk menjadikan komunis sebagai wira.Malah,pada hari ini,ia dilakukan secara terbuka melalui parti pembangkang.


Sepertimana pembaca Badut rakyat tahu,DAP telah lama berusaha mengagungkan komunis.Berbagai usaha dilakukan untuk tujuan itu termasuk menyebarkan risalah sehinggalah kepada membuat filem The New Village semata-mata untuk mengasak sejarah rekaan ke dalam minda anak muda negara ini.Begitu juga dengan PKR yang turut memberi isyarat menyokong komunis melalui tindakan mereka menolak jalur gemilang tetapi menjulang bendera Sang Saka.PAS,bagaimanapun,seperti biasa tidak tahu apa-apa,hanya menurut sahaja dan sekali sekala turut bersuara menyokong komunis melalui Timbalan Presiden mereka.Justeru,kematian Chin Peng yang diraikan oleh rakyat Malaysia menjadi tarikh perkabungan bagi pembangkang.Tidak cukup dengan desakan untuk membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia,Hishamuddin Rais blogger‘tersohor’ mereka menobatkan Ching Peng sebagai ‘pejuang negara’ yang setaraf Nabi.


Ini dilakukan melalui laman sosial peribadinya yang menyebut “16 September sebagai hari mengingati pejuang negara,‘wafatnya’ Chin Peng”.Hishamuddin Rais sudah dikenali sebagai manusia yang ‘sesat’ dalam hidup.Jika sesetengah manusia menjadi sesat dalam mencari pegangan,tetapi Hishamuddin Rais tidak pernah mencari pegangan.Beliau sesat atas pilihannya sendiri untuk hidup dalam ‘kebebasan’ iaitu tidak terikat kepada apa-apa bentuk budaya,bangsa,kepercayaan dan agama.Beliau selesa hidup terapung-apung,kononnya itulah cara hidup yang benar.Manusia seperti Hishamuddin mengagungkan Chin Peng bukan kerana beliau benar-benar percaya kepada komunisme ataupun sejarah yang diubah.Tetapi,beliau mengagungkan Chin Peng semata-mata untuk menentang kerajaan dan mencabar kebenaran.


Pendek kata,beliau sengaja ingin memberontak sekadar untuk memenuhi cara hidupnya yang enggan mengikut arus.Manusia seperti Hishamuddin Rais ini sebenarnya hanya ingin menjadi terkenal atau glamour.Ingin disanjung dan ingin dihormati.Malangnya, beliau tidak punya bakat atau kebolehan atau kebijaksanaan yang hebat untuk meletakkan dirinya di puncak.Oleh itu,cara yang paling mudah ialah menentang kerajaan, membuat kacau dan membuat kenyataan kontroversi agar namanya disebut-sebut.Nampaknya,beliau telah berjaya juga untuk menjadi orang yang dikenali.Apa perlukah kita mengucapkan tahniah padanya ??? Apakah beliau benar-benar percaya yang beliau adalah manusia ‘berjaya’ ??? Ya,beliau memang telah berjaya.Hishamuddin Rais telah berjaya menipu dirinya sendiri kononnya beliau merupakan manusia yang membawa makna dalam sejarah negara.


Hakikatnya,beliau langsung tidak bermakna kepada sesiapa termasuk dirinya sendiri.Apa yang beliau tidak mungkin terfikir ialah,Chin Peng yang disanjungnya juga tidak akan mengiktiraf kewujudan manusia bernama ‘Hishamuddin Rais’ ini.Malah,jika komunis berjaya memerintah Malaysia juga,Hishamuddin Rais akan dipinggirkan kalaupun tidak disepak terajang ke sana ke mari oleh kepimpinan Cina.Biarpun Hishamuddin sanggup meminum air tapak kaki mereka,beliau tetap akan dilayan seperti sampah jua dan sesungguhnya,itulah yang paling sesuai untuk dirinya.Hishamuddin adalah sampah sarap yang bersuara.Sampah sarap seperti beliau bukan sahaja tidak berguna kerana tidak boleh dikitar semula tetapi membawa kemusnahan kepada alam sekitar dan manusia sejagat.Beliau menghabiskan hidupnya dengan membuat onar kepada agama,bangsa dan negara tanpa tujuan yang pasti,sekadar untuk memuaskan hati sendiri.Kepada Hishamuddin Rais,tiada apa yang dapat saya nasihatkan lagi.Jika Chin Peng sudah setaraf Nabi baginya,tidak mustahil beliau turut memohon syafaat Chin Peng dan berdoa akan ditempatkan bersama ‘pejuang’ itu di alam akhirat nanti.Siapa tahu,mungkin tidak lama lagi…

Artikel daripada Badut Rakyat

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...