Adam Adli takde nak fight untuk student yang kononnya dibuang kolej ni? TROLOLOLOLOOOOO!! |
Tak mula pon lagi pilihan raya kampus mereka sudah memulakan gerak kerja mereka untuk menakluki semula kampus di mana mereka kalah teruk. Mat boleh cakap kalau kita tengok bola tu ibarat menonton Telekom Melaka FC lawan dengan Barcelona FC dengan jaringan 18-2. Kalah teruk.
Blogger Brader Jai yang memang terkenal dengan pembongkaran penipuan telah berjaya untuk membongkar satu siri penipuan lagi oleh Pro Militan kampus. Pemudah Cara Mahasiswa Universiti Malaya Dibuang kolej.
Berikut sebahagian daripada laporan daripada kolej kediaman.
LAPORAN KEJADIAN DI KOLEJ KEDIAMAN KE-4
1. Pada 6 September 2013 kira-kira jam 1 pagi, mangsa bernama Nur Fadhilah binti Ibrahim yang hampir pengsan di bawa oleh rakan sebiliknya dan juga Pembantu Khas ke Bilik Seminar dan mula meracau dan menangis.
2. Salah seorang PM, iaitu Hafizah binti Namli memanggil seorang lagi PM iaitu Syafinatunnajah binti Mohamad Noor untuk membantu menenangkan mangsa. Kemudian Syafinatunnajah memanggil Amir Aiman bin Shamsul Bahrin pula.
3. Mereka membuat panggilan kepada seorang ustaz dan mereka mengatakan ustaz tersebut adalah ustaz luar tanpa memaklumkan bahawa ustaz tersebut adalah pelajar UM dan siapa ustaz tersebut.
Selepas itu, mangsa di bawa ke surau pula yang terletak di bawah Bilik Seminar.
4. 15 minit kemudian, Amir Aiman mendapat panggilan yang mengatakan bahawa ustaz yang dihubungi itu tidak dapat masuk ke dalam kawasan universiti dan meminta bantuan Ketua Pemudahcara Mahasiswa (KPM) iaitu Nor Alia Syamin binti Mohd Puad untuk pergi ke pintu pagar KL.
5. Sebaik sahaja KPM dan ditemani pembantu felo, Mohamed Anwar bin Mohd Jamil tiba di pintu pagar, ustaz tersebut telah pun dilepaskan masuk ke dalam kawasan universiti.
6. Setelah tiba, ustaz tersebut sudahpun masuk ke dalam Kolej Kediaman Keempat untuk mengubati pelajar tersebut. Rupa-rupanya ustaz yang dimaksudkan adalah saudara Bukhairy, sambil ditemani Muqit dan Fahmi Zainol (malam tersebut Fahmi Zainol memakai jubah)
7. Setelah selesai semuanya, mereka bertiga pun beredar. Mengikut peraturan, pelajar senior yang tidak menjadi Pemudahcara Mahasiswa tidak dibenarkan masuk ke UM sepanjang berlangsungnya Minggu Orientasi. Hal ini menimbulkan kemusykilan kerana ustaz yang dipanggil merupakan orang-orang kuat Pro Mahasiswa dan Pemudahcara Mahasiswa yang menghubungi ‘ustaz’ tersebut juga merupakan orang Pro Mahasiswa manakala pelajar baru yang katanya ‘disampuk’ juga kelihatan sangat dibuat-buat seolah-olah ianya dirancangSelanjutnya korang boleh baca dekat blog brader jai. Tekan punat ni... SINI
P/s: Sudah-sudahlah menipu wahai penganut Pro-Militan Kampus. MENIPU, MEMBOHONG, MENGACAU KETENTERAMAN MAHASISWA ITU TIDAK MENJAGA HAK MAHASISWA. BUKANKAH KAMU SEMUA INI MENEGAKKAN HAK MAHASISWA?