-->

Sebelah Sayap

Thursday 7 February 2013

Penghibur Veteran Menghembuskan Nafas Terakhir.


Masih segar lagi dalam ingatan aku lakonan Datuk Yahaya Sulong ni. Lawaknya yang spontan sungguh mencuit hati. Tapi kita hanya mampu untuk menonton kembali filem-filem lama lakonannya kerana dia sudah pergi meninggalkan kita semua buat selamanya.

Pelakon yang tidak jemu untuk memuaskan hati penonton dengan lawak-lawak jenakanya ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham tenang di sana. Al-Fatihah..
Pelakon veteran dan pelawak, Datuk Yahaya Sulong, 84, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini akibat sakit tua.

Presiden Seniman Malaysia Rozaidi Jamil atau Zedzaidi ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.45 petang.

"Malam ini jenazah akan dibawa untuk dimandi dan disemadikan di Teluk Intan, Perak," katanya.

Filem pertama lakonan Yahaya ialah Abu Nawas dan sehingga kini beliau telah berlakon dalam 24 buah filem.

Antara filem lakonannya dalam era 80-an sehingga kini termasuk Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du, Toyol, Prebet Lapok dan Senario The Movie.

Allahyarham juga popular dengan sitkom televisyen seperti Hang Setia bersama Allahyarham R.Jaafar, Param dan Hamid Gurkha serta siri Si Jantung Hati.

Allahyarham mempunyai 11 orang anak dan meninggalkan balu, Datin Alisah Ali.
Keluarga berkenaan menetap di Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul.
- Bernama

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...