-->

Sebelah Sayap

Monday 11 February 2013

Anak Muda Perak Wajib Tahu Hal ni!!


Nampaknya lepas ni Perak akan jadi sama sikit laa macam Manchester United tak pon macam Arsenal sebab cungkil bakat dari kecil. Program Mencari Bakat Muda anjuran Telekom Malaysia mulai 16 Februari ni akan mencungkil bakat remaja dalam permainan bola sepak seluruh Perak.

Pemain-pemain yang berumur 13-16 tahun dijemput untuk menyertai sesi pemilihan dalam program tuh. Jadinya makin banyak laa pemain-pemain yang berbakat dapat digilap bakatnya untuk menjadi pemain bola profesional.

Beliau memberitahu bahawa sesi pemilihan untuk program itu akan diadakan di Taping dan Manjung sahaja.

Sesi pemilihan di Taiping akan dijalankan di Stadium Majlis Perbandaran Taiping (MPT) pada 16 hingga 18 Februari mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Semi pemilihan di Manjung akan diadakan di Stadium Mini Manjung pada 23 hingga 25 Februari mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pihak penganjur mensasarkan seramai 1,000 pemain pada hari pertama sesi pemilihan itu. Selepas itu, para pemain akan disaring dan diuji sehingga 100 pemain sahaja pada hari kedua, hanya 22 pemain sahaja akan dipilih bagi setiap tempat pemilihan tersebut.

Apa lagi wahai anak-anak perak yang sememangnya berbakat besar dalam bola sepak. Buang saja malu ke dalam tong sampah dan tonjolkan bakat anda!! Majukan sukan bola sepak negeri anda!! kuikuikui!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...