-->

Sebelah Sayap

Tuesday 12 February 2013

DiSebalik #AreYouReadyForPSY. Kebenaran Dan Kebatilan.

Malas betol aku nak melayan perangai cai PR yang selalu tak puas hati dengan Najib. Apa Najib, diorang akan cuba sedaya upaya dari setiap angle untuk menyerang Najib. Katanya kalau menang lawan UMNO/BN biarpun mati, syurga menanti diorang. Haktuihh!!! Celah mana kalau memaki hamun orang je.


Semalam video yang telah menjadi viral dekat facebook, ARE YOU READY FOR PSY?. Kenapa cai seronok sangat bila tengok video ni? Sebab orang Penang menolak Najib? Ni pandangan aku tentang video yang dibanggakan oleh cai-cai.
1. Orang merekodkan video, berada dalam kalangan macai yang membenci Najib, makanya suara yang menjerit NO tu memanglah kuat. Kalau korang perasan semua video yang ada tentang ARE YOU READY FOR PSY ni semua dari belakang. Tidak ada satu video pon yang diorang tunjuk dari bahagian depan. So logik tak kalau aku cakap bahagian depan ni cakap READY tapi tak kedengaran sebab di perakam berada dibelakang bersama macai-macai.   Nampak tak permainan dia??  
2. Bukan setakat itu, media DAP yang datang beribu batu untuk memburukkan imej Malaysia jugak telah menggunakan taktik yang sama. Berada bersama-sama cai-cai penjilat bontot dan mendapatkan video terbaik dalam usaha untuk menjatuhkan reputasi Najib. Cubalah korang bayangkan, DAP jemput rakan PAP dari Singapura untuk memalukan Najib.  

Sebenarnya, cai-cai penjilat bontot ni telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan PSY tidak datang ke Malaysia. 


Usaha diorang untuk memastikan PSY datang ke Malaysia gagal. Jadi apa yang boleh dia buat adalah dengan membuat provokasi bodoh laa. Macam video yang menjadi viral dekat facebook. 

DAP sebenarnya amat kecewa apabila diorang gagal untuk memanggil PSY datang ke Malaysia walaupun menawarkan jumlah wang yang banyak dan lebih banyak dari apa yang ditawarkan oleh syarikat swasta yang ingin sponser PSY untuk datang Malaysia. 

Pada CNY Tahun 2012, DAP telah mengadakan satu sambutan CNY yang memakan belanja lebih RM3 juta. Kegagalan pada 2012 inilah yang membuatkan DAP ingin menghancurkan program yang dibuat oleh Barisan Nasional dengan melakukan provokasi. Bukan setakat provokasi malah telah mengajak sekutunya dari PAP untuk memalukan Najib dan Negara melalui proksinya di Singapura.


Nampak tak teruknya sambutan CNY DAP ni, memang tak boleh disambut oleh semua golongan masyarakat betol. Aku bukan nak cakap rasist ke ape, tapi apa yang DAP buat ni hanya boleh disambut oleh puak-puak dia je. Kalau yang Barisan Nasional buat, semua golongan masyarakat boleh join. 

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...