-->

Sebelah Sayap

Saturday 9 February 2013

Hina Islam, Patrick Teoh Ke Balai


Akibat keterlaluan dalam mengutuk dan mengeji mengenai isu hina Islam. Patrick Teoh akhirnya dipanggil untuk memberikan keterangan di IPD Ampang. Patrick Teoh yang dilihat semakin rancak dan lancang berkata-kata dalam media sosial telah membuatkan orang ramai berasa tidak senang dengannya. 
Pada kira-kira jam 11 pagi semalam, Patrick Teoh telah diambil keterangan oleh ASP Basiron berhubung kes dia menghina Islam di laman Facebook. 
Patrick tiba pada jam 10.30 pagi ditemani peguamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Ampang, Selangor. 
 
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam dan bakal dihantar untuk diteliti oleh Timbalan Pendakwa Raya.
 
Dilaporkan Patrick keluar dari IPD Ampang melalui pintu belakang.kerana enggan ditemu bual oleh pengamal media. 
Sebelum ini, Patrick berulang kali 'menyalak' di blognya, Niamah.com dan tidak pula berasa segan melontarkan buah fikirannya, majoriti pro-pembangkang. Dia juga penyokong perhimpunan Bersih.

Tiba-tiba menjadi pemalu dengan wartawan dan juru gambar
?

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...