-->

Sebelah Sayap

Thursday 22 May 2014

Gambar Disepanjang Walkabout bersama Datuk Mah Siew Keong #MohPilihMah #PRKTelukIntan @Khairykj @azwanbro @tankengliang @ibdil


Calon pilihan rakyat Datuk Mah Siew Keong bersama-sama dengan Yb Khairy turun padang untuk mendekati pengundi Teluk Intan. Datuk Mah Siew Keong merupakan calon yang perlu dipilih menjadi ahli parlimen Teluk Intan memandangkan beliau adalah anak jati Teluk Intan dan pernah mewakili parlimen Teluk Intan selama 2 penggal.



















Dah Singgah Komen Sikit

Sunday 18 May 2014

Dyana Sofya Melayu Islam Yang Tidak Akan Katakan "Ya" Untuk Pelaksanaan Hudud.


"I'm with the party stand and the party said we are not vote for hudud". Dia tak menentang hudud tapi dia menolak pelaksanaan hudud. Maksudnya sama jugak, taknak hudud dilaksanakan. Walaupun Dyana tak menentang tapi dia menolak pelaksanaan hudud atas alasan pelbagai bangsa, pelbagai agama. What the heck?!

Cuba bayangkan kalau orang UMNO yang cakap tak menolak hudud tapi menolak pelaksanaan hudud. Kompem laa kene kitai teruk dengan orang PAS. Mesti bunyi-bunyi seperti ini akan kedengaran. "Harap je melayu Islam tapi tolak hudud". Aku berani kerat jarilah kalau takde orang PAS yang cakap macam ini.


Dah Singgah Komen Sikit

Dyana Sofya Ingin Balas Dendam Kesumat.

Dyana Sofya adalah satu fenomena baru apabila dia menjadi perempuan melayu Islam yang pertama diangkat menjadi calon DAP. Setiausaha Politik Lim Kit Siang itu masih lagi mentah dalam politik kerana dia menceburkan diri dalam arena politik dalam usianya 24 tahun iaitu sejurus selepas menamatkan pengajiannya di institut pengajian tinggi awam khas untuk orang bumiputera.


Pada pendapat aku, Dyana tidak lebih dari seorang pengikut kepada golongon pro-establishment. Bermula dari mengikuti ceramah-ceramah pembangkang dan demo-demo jalanan seperti Bersih, Hapus ISA, Hijau dan sebagainya. Minatnya dalam bidang politik mula terbentuk daripada program-program yang direncanakan oleh pembangkang. 



Disamping itu, aku melihat seperti Dyana Sofya ingin membalas dendam untuk ibunya yang dahulu merupakan seorang ahli UMNO dan pekerja yang setia kepada parti UMNO. Tetapi malangnya pada zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri yang telah membuat satu perubahan dalam parti telah menyebabkan ibunya tidak dapat untuk meneruskan pekerjaannya. Dia melihat jasa dan keringat yang dibanting hanya untuk parti orang melayu itu hanyalah sia-sia. Dia melihat politik UMNO bergitu teruk sedangkan dia tidak melihat apa yang berlaku dalam DAP, PAS dan paling terbaru adalah krisis yang
berlaku dalam PKR.

Corak politik di Malaysia yang unik menyebabkan perkara seperti ini berlaku. Malangnya, akibat doktrin yang hebat semasa zaman belajarnya di UITM menyebabkan dia gagal untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dia hanya melihat ketidakadilan yang berlaku diantara non-bumi dengan bumiputera. Dia hanya melihat ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sedangkan adakah dia melihat apa sebenarnya yang ingin dilakukan oleh kerajaan pada asasnya dan apakah outcome selepas sesuatu itu. 

Dah Singgah Komen Sikit

Dyana Sofya Cadang Hapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan.



Nama Dyana Sofya yang tiba-tiba menjadi "HOT" dalam kalangan masyarakat Malaysia umumnya kepada penyokong tegar UMNO khasnya. Mungkin Dyana bukanlah seorang pengkhianat bangsa dan dia juga bukanlah orang yang tidak berpijak dibumi yang nyata.

Mungkin kita hanya perlu mengingatkan kembali Saudari Dyana Sofya dimanakah kedudukan dia sekarang ini jika UITM itu dibuka kepada golongan bukan bumi. Dyana Sofya bukanlah daripada golongan pelajar yang bijak semasa zaman persekolahannya. Nasibnya begitu baik apabila berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA KHAS UNTUK BUMIPUTERA.

Dyana Sofya mungkin terlupa kewujudan SEKOLAH JENIS CINA, SEKOLAH JENIS INDIA, yang ada di Malaysia ini. Kita mulakan daripada rebung sebelum ke buluhnya. Kita bagi hak sama-rata kepada pelajar cina, india dan melayu untuk sama-sama berada dalam satu bumbung bergaul dan belajar bersama-sama.

Berikan hak sama rata kepada semua lapisan umur merasa keadilan serta kesaksamaan bumiputera dan bukan bumiputera.

 Aku cabar Dyana Sofya untuk mencadangkan kepada umum sebagai permulaan untuk menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan. Ada Berani ka?


Dah Singgah Komen Sikit

Saturday 17 May 2014

Perasmian Jentera BN #PRKTelukIntan


"Mereka hantar calon cantik, saya dengar kita hantar calon hensem, masa itu saya belum tahu yang saya adalah calon tersebut"- kata Datuk Mah Siew Keong ketika ucapannya sebagai calon Barisan 
Nasional PRK Teluk Intan.  



Sebelum itu majlis perasmian ini dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri berserta Menteri Besar Perak. Majlis juga turut dihari oleh ketua parti dalam komponen BN yang terdiri daripada MCA,MIC,Gerakan dan yang lain-lain. Seramai 2000 orang yang telah hadir ke majlis perasmian jentera BN tersebut. 




Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...