-->

Sebelah Sayap

Monday 25 February 2013

Calon Baru Untuk PPP


Parti Progresif Penduduk (PPP) telah mengemukakan senarai calon parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Barisan Nasional (BN), dengan sejumlah besar merupakan muka baharu.

Naib Presiden Kanan parti itu, Datuk Maglin Dennis D'Cruz bagaimanapun enggan mengulas lanjut jumlah calon yang dikemuka dan siapa mereka.

Maglin, yang juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata parti itu yakin kira-kira 16 daripada yang dikemuka merupakan calon boleh menang.

Bagaimanapun, keputusan meletak calon PPP pada PRU-13 adalah hak Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya kepada pemberita selepas majlis Jalinan Mesra 1Malaysia anjuran Persatuan Penduduk Jinjang Utara hari Ahad.

Seramai 150 penduduk terdiri daripada warga emas dan golongan kurang berkemampuan dari kawasan Jinjang Utara bahagian B, C dan D menerima sumbangan PPP berupa beras dan makanan.

Maglin berkata beliau yakin jika calon PPP diletak bertanding pada PRU-13, BN mampu merampas kembali lebih banyak kerusi daripada pembangkang, selain berjanji akan berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat.

Pada PRU 2008, PPP bertanding dan kalah di kerusi Parlimen Taiping serta Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar, kedua-duanya di Perak.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian beliau pada majlis tersebut, Maglin berharap rakyat membuat pilihan dengan bijak dan memilih wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat kepada mereka berbanding ahli politik yang hanya menabur janji kosong.

"Sudah tiba masanya rakyat membuat keputusan terbaik untuk masa depan mereka pada PRU akan datang," katanya.

-- BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...