-->

Sebelah Sayap

Sunday, 9 June 2013

Boikot Dewan Rakyat.


Puak pakatan dah takde modal laa tuh. Terbaru ni mereka Memboikot sidang Dewan Rakyat yang akan dimulakan pada 24 Jun ini. Dekat peringkat Nasional mereka boikot Dewan Rakyat tapi kenapa dekat peringkat Dewan Negeri diorang ni tak boikot. Aku tak nampak rasionalnya dekat mana. Kenapa diorang tak boikot semuanya.
PKR bakal memulaukan sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 24 Jun depan, kata Naib Presidennya, Tian Chua. 
Beliau berkata, tindakan itu dilakukan susulan beberapa tuntutan mereka yang tidak ditunaikan.
“Kami hanya menuntut seluruh ahli dalam SPR meletak jawatan, tetapi perkara itu tidak ditunaikan. 
“Sebaliknya kerajaan beri input lain dengan mahu membuat jawatankuasa khas (PSC) dan sebagainya,” katanya. 
Menurut Ahli Parlimen Batu itu lagi, selagi seluruh ahli dalam SPR tidak letak jawatan pihaknya tidak berminat untuk memberi kerjasama kepada kerajaan. 
“Kalau mahukan kerjasama daripada PR dalam perkara yang mahukan muafakat syarat itu perlu ditunaikan,” katanya. 
Bagaimanapun, beliau memberitahu akan hadir pada hari perasmian kerana menghormati kehadiran Yang di-Pertuan Agong. 
“Sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong, kita akan hadir untuk mendengar titah baginda tiada isu mengenai hal ini. 
“Tetapi mengenai lain-lain perkara sama ada untuk angkat sumpah, atau menyertai PSC dan pilih wakil pembangkang dalam Parlimen itu kita masih pertimbangkan sama ada mahu bekerjasama atau tidak,” katanya. 
Sementara itu, berbeza pula dengan pendirian parti komponen PR, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu yang mereka tidak akan memulaukan sidang Parlimen akan datang. 
“DAP tidak ambil tindakan seperti itu, kami akan hadir seperti biasa. Soal (pulau) atau tidak terpulang pada pendirian mereka (PKR),” katanya. 
Terdahulu, dalam satu kenyataan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah Parlimen sebagai tunjuk rasa kesal terhadap keputusan PRU13 yang didakwa wujud unsur penipuan.-SH

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...