-->

Sebelah Sayap

Monday, 8 April 2013

@siswa_4u Tunjukkan Sokongan Dan Kematangan Dalam Politik.


Saudara Hafiz Ariffin selaku Jurucakap Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan  (MPPK) menyatakan bahawa flyers yang dilemparkan oleh aktivis pakatan rakyat adalah satu fitnah. Bagi aku pula cara mereka ini tidak lari daripada Pilihanraya Kampus (PRK), menjatuhkan lawan dengan menabur fitnah. 

Mari kita lihat kembali Edikoup yang dikatakan dipukul oleh sekumpulan gengster yang memihak kepada Aspirasi. Sehingga kini masih tiada sebarang tangkapan yang dibuat, bukan setakat kes Edikoup, malahan kes mastura juga merupakan satu cara kotor mereka mendapatkan undi.

Tapi, dengan game plan yang sebegini aku rasa mereka tidak akan mampu pergi lagi jauh dari yang mereka ingin capai. Mereka tidak tumpah dengan cara pembangkang yang menabur fitnah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.


Semasa pelancaran manifesto Barisan Nasional, saudara Tun Faisal juga telah memberikan kenyataan bahawa golongan belia yang terdiri daripada mahasiswa IPTA dan IPTS telah menyatakan suara mereka serta sokongan mereka kepada Barisan Nasional. 

Tun Faisal memuji tindakan mahasiswa yang menunjukkan semangat mereka menyokong kepimpinan Dato' Seri Najib dan Barisan Nasional. Menurutnya lagi dengan penubuhan SISWA4U selaku jentera mahasiswa yang menunjukkan sokongan kepada BN telah menunjukkan satu sikap yang positif dan budaya ilmu yang betol. Mereka tidak memilih cara dijalanan untuk menyelesaikan masalah dan tidak rakus seperti yang dilakukan oleh aktivis pakatan rakyat.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...