-->

Sebelah Sayap

Tuesday, 2 April 2013

Remaja Rosak #TukarKelantan


Kerajaan Pas Kelantan sering mendakwa mereka adalah kerajaan contoh yang patut diikuti negeri-negeri lain dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Mereka sering mendakwa kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.

Justeru tidak hairanlah setiap kali pemimpin-pemimpin Pas berceramah, model pentadbiran Tok Guru mereka itu akan diangkat, dijulang-julang seolah-olah tidak ada jentera pentadbiran sebaik dan sehebat kerajaan Pas di Kelantan.

Kerajaan negeri lain khususnya yang dikuasai Barisan Nasional (BN) diperlekehkan, kononnya bergelumang dengan salah laku dan maksiat di sana sini.

Namun Pas tidak sedar, setiap kali satu jari mereka menunding pada orang, empat lagi menunding kepada diri mereka sendiri.



Sebab itu apabila aktiviti mengenai ‘kehidupan malam’ negeri itu berjaya didedahkan oleh akhbar NST, mereka mula merasa ‘panas’ dan cuba untuk ‘spin’ pembongkaran tersebut.

Malah Nik Aziz sendiri mendakwa apa yang dibongkarkan itu ‘sangat kabur dan meragui’.

” Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat.

” Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui.

” Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak,” kata Nik Aziz.

Dan seperti yang dijangka, Nik Aziz cuba mempertahankan diri dengan ‘mengalihkan’ persoalan kepada kerajaan pusat.

” Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?,” ujar Menteri Besar tersebut.

Nik Aziz jangan cuba alih perhatian…beliau kena ingat persoalan utama sekarang adalah dakwaan mereka mereka sebelum ini kononnya mereka telah menjadikan Kelantan ‘serambi Mekah’ itu satu kenyataan.

Kalau benar mereka berjaya dalam usaha tersebut, kenapa ‘serambi Mekah’ mereka itu boleh berlaku pelacuran secara terang-terangan, judi haram, pengedaran dadah dan sebagainya?

Inilah padahnya bila hanya menganggap diri mereka saja yang betul dan sempurna sedangkan hakikatnya ia jauh dari kenyataan yang sebenar.

Tepat sekali peribahasa Melayu…nyamuk di seberang sungai nampak, gajah di depan mata buat tak tahu!

Tapi tak mengapa, atas nama Pas, semua yang berlaku akan menjadi ‘OK’ dengan sendirinya…dok gitu boh?


-Mynewshub

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...