-->

Sebelah Sayap

Monday, 15 April 2013

Calon PAS Nusajaya Salahuddin Ayub Minta Derma Dari Rakyat Bukti Patut Ditolak!




PAS dulu kini dan selamanya memang sentiasa meminta duit kepada rakyat.

Walau sudah menjadi kerajaan.
Apakah rakyat perlu disusahkan dengan kempen minta dana PRU ini?Sedangkan ajaran Islam sendiri memberitahu tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Memang di dalam sejarah Islam ada pemerintah meminta bantuan rakyat namun ia hanya ketika negara sedang ditimpa masalah.Contohilah BN yang tidak meminta duit rakyat tetapi buat syarikat seperti KUB untuk cari wang.

Bukan seperti Kohilal PAS yang kini khabarnya sudah ditutup ekoran masalah pengurusan. Jika kita tidak reti mentadbir usah dabik dada dan kata kita mampu melakukannya kerana apa yang akan terjadi ialah kehancuran dan kerosakan akibat kesilapan membuat pilihan.

Juga usahlah memburukkan orang BN yang memang tidak berjubah berserban namun tetap jujur berjuang membawa pembangunan tanpa sebarang niat membawa derita kepada rakyat.

Paling penting di mana pun Pas berjuang jangan kita pilih Pas kerana tampak seperti sudah diikat hidungnya walau bernama parti islam. Undi Pas seperti undi Dap dan tangan yang memilih puak mahu biar murtad dan LGBT ini pasti ditanya Allah hari akhirat apa yang sudah dibuat.
-PPC

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...