-->

Sebelah Sayap

Friday, 19 April 2013

Masih Enggan Mengaku CEC DAP Tak Telus


Parti Tindakan Demokratik (DAP) berada dalam keadaan serba salah berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan Notis Menurut Seksyen 16(1), Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Semalam pendaftar pertubuhan memutuskan di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1996, untuk tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan Parti Tindakan Demokratik yang dibentuk oleh Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat pada 15 Disember 2012.

Konflik DAP ini bermula apabila sekumpulan ahli DAP membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan mengenai kemungkinan wujudnya kesalahan dan penipuan dalam pemilihan CEC DAP yang lalu. Berdasarkan aduan oleh ahli DAP, Pendaftar pertubuhan mendapati ada asas bahawa Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP telah menyalahi Perlembagaan DAP dalam Fasal X Perkara 1.

Aduan kedua yang dibuat oleh ahli DAP ialah berkenaan jangka masa notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan tidak mencukupi. Beberapa Setiuasaha Cawangan membuat aduan bahawa mereka tidak menerima notis panggilan mesyuarat dalam tempoh 10 minggu sebelum mesyuarat seperti dalam perlembagaan. Aduan tersebut menyatakan, kegagalan menyerahkan notis mesyuarat mengikut tempoh yang ditetapkan menyebabkan sejumlah 753 ahli DAP dinafikan hak untuk hadir sebagai wakil ke Kongres Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik. Ini juga menyebabkan mereka tidak boleh mengundi dalam pemilihan lalu.

Oleh kerana kedua-dua aduan ini mempunyai asas kesalahan yang serius dan kukuh, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menangguh pengiktirafan ke atas jawatankuasa yang baru sehingga mendapat maklumat pembelaan bersama bukti-bukti bagi menolak aduan yang telah dikemukakan oleh ahli DAP sendiri.

Strategi Serampang Dua Mata

Mereka mengharapkan ROS mengharamkan DAP sebelum pilihan raya bagi meneruskan strategi serampang dua mata dalam pilihan raya kali ini.

Pertamanya, DAP berhadapan dengan krisis imej dan kebolehpercayaan parti tersebut di kalangan orang melayu dan Islam. DAP dilihat sebagai parti yang akan menghakis kedudukan orang Melayu dan agama Islam. Kebanyakan orang Pas tidak akan mengundi DAP. Sungguhpun pemimpin Pas dan DAP boleh tidur sekatil, namun ia bukan kepada pengikut Pas di bawah.

DAP percaya jika mereka bertanding atas tiket Pas, lebih besar undi akan diperolehi. Orang Cina tetap akan mengundi calon DAP walaupun bertanding atas tiket Pas. Namun adalah dijangkakan akan terdapat sebahagian orang melayu dan Islam akan mengundi logi Pas kerana percaya DAP tidak mempunyai masalah berada di bawah Pas. Ini akan dibuktikan melalui penggunaan logos Pas.

Dengan menggunakan logo Pas di Gelang Patah Kit Siang percaya ia akan menarik sokongan orang Melayu yang cenderung kepada Pas dan atas pagar di sana. Seorang cina bukan Islam bertanding atas tiket Pas tentu akan memberi imej yang sangat positif terhadap DAP di kalangan orang Melayu yang tidak mahu berfikir.

Kedua, dengan menyalahkan ROS ia memberi implikasi ada usaha untuk tidak membenarkan DAP bertanding atas logo sendiri dilakukan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Ini sudah tentu akan menimbulkan kemarahan kaum Cina dan akan menarik banyak undi simpati.

Ramai pemerhati politik dan juga para strategis dalam BN sendiri percaya sekiranya DAP akan meraih banyak undi simpati kaum Cina jika mereka berjaya mempengaruhi pemikiran kaum Cina bahawa mereka dianiayai oleh BN sehingga tidak boleh bertanding atas logo sendiri. Mereka ingin keadaan seolah-olah BN ini zalim dan takut kepada DAP sehingga cuba menghalang logo mereka dari digunakan.

Sebab itu, sungguhpun ROS dan SPR telah menyatakan mereka layak bertanding atas logo sendiri, mereka masih mencipta kekecohan dan drama politik bagi meneruskan strategi ini. Jika benar mereka khuatir pencalonan mereka akan dibatalkan kera pertikaian penjawat yang sah, DAP boleh sahaja memohon surat pengesahan daripada ROS mengenai siapa sebenarnya yang berkuasa dalam DAP pada masa ini. Tapi ini tidak berlaku kerana mereka sememangnya mencari alasan untuk menggunakan logo Pas dan meraih simpati pengundi Cina,

Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday, 17 April 2013

Petualang Yang Khianat Pada Amanahnya.



Penulis rasa pasti ramai pembaca di luar sana yang semestinya kecewa tentang perihal pemuda ini. Sudahlah berkhidmat di Jabatan Kerajaan (JPM), tetapi dalam masa yang sama menjadi pengkhianat kepada kerajaan?

Gaji yang diperolehi, bonus, dan sebagainya yang datang dari poket kerajaan nampaknya langsung tidak dihargai oleh pemuda ini. Apa lagi yang kurang? Kenapa tidak bersyukur dengan rezeki yang diperolehi hasil berkhidmat dengan kerajaan?

Kalau rasa pihak kerajaan selama ini tidak membantu beliau mahupun keluarga beliau, lebih baik berhenti daripada terus berkhidmat!! Cubalah berhijrah di negeri pembangkang dan carilah rezeki di sana. Baru tahu tinggi rendah langit.

Jadilah manusia yang bersyukur dan tahu berterima kasih. Insyaallah rezeki kita akan bertambah lagi.

Jangn jadi manusia yang tidak tahu mengenang budi. Tidak rasa bersalahkah anda??  

-PemudaPutrajaya

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday, 16 April 2013

Ghani Othman Berganding Bahu dengan Jason Teoh Kalahkan Si Racist


Mungkin ramai yang terkejut disebalik pengumuman nama calon Barisan Nasional yang diumumkan tadi diseluruh Malaysia. Mungikin ada kata Calon itu tak sesuai dan mungkin akan kata ada calon yang memang diharapkan untuk mewakili mereka. Semuanya sudah tersurat dan apa yang jelas Tranformasi Najib Razak bukan sahaja dibawa kedalam UMNO, Kerajaan malah dalam parti Barisan Nasional juga Najib Razak melakukannya.

Gomo berminat untuk mengulas pertembungan antara Bekas Menteri Besar Johor Datuk Haji Abdul Ghani Othman (BN) menentang Lim Kit Siang (DAP) bagi parlimen Gelang Patah.

Gomo sebenarnya lebih suka jika Jason Teoh MCA Gelang Patah untuk bertanding atas ticket BN pada PRU 13 ini kerana Gomo sendiri cukup kenal dengan Jason Teoh kerana 4 tahun bersahabat dengan beliau. Beliau sememangnya disukai oleh rakyat Gelang Patah baik Cina, India mahupun Melayu.

Bertahun Jason Teoh melakukan bermacam macam program untuk penduduk di Gelang Patah dan kata kata dari penduduk sudah yakin Jason tidak menghadapi masaalah bagi menang Parlimen Gelang Patah jika beliau bertanding.

Namun apabila Lim Kit Siang mengumumkan untuk masuk ke Gelang Patah, pekara ini menjadi tidak keruan memandangkan kita tahu sentimen kaum Cina dengan kepala Komunis ini Lim Kit Siang. Peluang untuk Jason Teoh menang semakin sukar memandangkan Hasutan DAP ala ala Komunis pastinya membuatkan masyarakat Cina akan memenangkan Lim Kit Siang.

Mungkin atas percaturan tersebut Jason Teoh tidak bertanding di Gelang Patah pada PRU 13 ini dan membuka laluan buat Datuk Haji Ghani Othman bekas Menteri Besar Johor yang cukup disegani oleh rakyat Johor.

Tidak ada rezeki Jason Teoh sahabat Papa Gomo untuk bertanding pada PRU 13 ini namun Gomo dimaklumkan oleh Jason bahawa beliau akan menyokong Barisan Nasional untuk menang pada PRU 13 ini apatah lagi beliau ingin Ghani Othman menewaskan Lim Kit Siang kepala Racist yang menghuru harakan kemanan antara kaum di Malaysia.

Perletakkan Ghani Othman di Gelang Patang menentang Lim Kit Siang sebenarnya telah menaruhkan Ghani Othman ke dalam satu bentuk baru pertandingan yang tidak dijangka sebelum ini. Dengan pengundi yang majoritinya kaum Cina :M: 33.54% C: 54.06% I: 12.22% pasti Ghani Othman sukar untuk menang. Namun harus diingat sejara dan rekod Ghani Othman selama mana beliau menjadi Menteri Besar Johor dan hubungan baik Ghani dengan kaum cina di negeri Johor. Mungkin ada strategi yang baik dengan meletakkan Ghani Othman di Gelang Patah dan ini juga merupakan satu isyarat jelas bahawa Lim Kit Siang bakal dikuburkan pada PRU 13 ini.


Jason Teoh

Strategi dan inilah yang membuatkan Ghani Othman turun ke lautan luas untuk berhadapan dengan seekor jerung. Ghani Othman mempertaruhkan apa yang beliau ada demi memastikan Lim Kit Siang terkubur dan rakyat Johor menolak Lim Kit Siang dan DAP dari terus menjadi petualang kepada keharmonian kaum.

Hanya sedikit ulasan Gomo dalam isu ini namun Gomo yakin pucuk pimpinan Barisan Nasional akan membantu Jason Teoh MCA Gelang Patah kerana beliau merupakan orang yang amat baik dan sesuai diketengahkan pada masa hadapan.

Perkiraan Papa Gomo antara pertembungan Ghani Othman vs Lim Kit Siang di Gelang Patah adalah kemenangan yang akan berpihak kepada Ghani Othman. Ghani Othman akan menang tipis dan Lim Kit Siang akan terus terkubur buat selama lamanya.

Psssttt... Kagum dengan keberanian Jason Teoh dan Ghani Othman berganding bahu menumpaskan Bapak Komunis Lim Kit Siang.


Dah Singgah Komen Sikit

Monday, 15 April 2013

Calon PAS Nusajaya Salahuddin Ayub Minta Derma Dari Rakyat Bukti Patut Ditolak!




PAS dulu kini dan selamanya memang sentiasa meminta duit kepada rakyat.

Walau sudah menjadi kerajaan.
Apakah rakyat perlu disusahkan dengan kempen minta dana PRU ini?Sedangkan ajaran Islam sendiri memberitahu tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Memang di dalam sejarah Islam ada pemerintah meminta bantuan rakyat namun ia hanya ketika negara sedang ditimpa masalah.Contohilah BN yang tidak meminta duit rakyat tetapi buat syarikat seperti KUB untuk cari wang.

Bukan seperti Kohilal PAS yang kini khabarnya sudah ditutup ekoran masalah pengurusan. Jika kita tidak reti mentadbir usah dabik dada dan kata kita mampu melakukannya kerana apa yang akan terjadi ialah kehancuran dan kerosakan akibat kesilapan membuat pilihan.

Juga usahlah memburukkan orang BN yang memang tidak berjubah berserban namun tetap jujur berjuang membawa pembangunan tanpa sebarang niat membawa derita kepada rakyat.

Paling penting di mana pun Pas berjuang jangan kita pilih Pas kerana tampak seperti sudah diikat hidungnya walau bernama parti islam. Undi Pas seperti undi Dap dan tangan yang memilih puak mahu biar murtad dan LGBT ini pasti ditanya Allah hari akhirat apa yang sudah dibuat.
-PPC

Dah Singgah Komen Sikit

Khalid Ibrahim Sah Bertanding Di Kawasan Kompem Kalah.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum kali ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu ceramah pakatan pembangkang di padang bola sepak AU2 Keramat, di sini malam tadi.

Anwar berkata, kerusi DUN Ijok yang disandang Abdul Khalid akan ditandingi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr. Idris Ahmad.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan kerusi Parlimen Gombak manakala Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Ampang.

Naib Presiden parti, R. Sivarasa pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Subang, sementara dua muka baharu iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Abdul Aziz Bari masing-masing akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan dan Sabak Bernam.

Menurut Anwar kerusi DUN Kota Damansara kekal ditandingi calon daripada Parti Sosialis Malaysia. - BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday, 13 April 2013

Tajol Rosli Masuk PAS Hanyalah Khabar Angin Dari PAS


IPOH: Persoalan terhadap dakwaan bekas menteri besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali akan menyertai PAS terungkai apabila menteri besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjawab persoalan ini bagi pihak beliau.

Zambry yang telah bertanya sendiri perkara ini kepada Tajol Rosli melihat dakwaan ini sebagai 'permainan' pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat untuk meraih sokongan.

"Yang paling seronok jawapan (Tajol Rosli) pada hari ini. Tan Sri Tajol kata, kalau saya (beliau) jawab soalan (dakwaan) orang gila saya (beliau) pun jadi gila, kalau saya (beliau) jawab soalan (dakwaan) orang bodoh, kita pun jadi bodoh," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira enam ribu penyokong Barisan Nasional (BN) pada majlis Pelancaran Jentera PRU-13 BN dekat sini, malam Jumaat.

Tajol Rosli, yang turut hadir pada majlis itu dan berdiri di pentas bersama-sama Zambry serta pimpinan BN lain tersenyum mendengar kenyataan Zambry yang dibuat bagi pihaknya.

Malah, menurut Zambry anak kepada seorang lagi bekas menteri besar Perak iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib turut hadir pada majlis BN itu.

Apa yang diucapkan Zambry itu menunjukkan cakap-cakap bekas menteri besar Perak akan menyertai pembangkang adalah tidak benar.

Zambry berkata, walau apa pun permainan yang dicetuskan pembangkang, beliau yakin BN dapat mempertahankan Perak pada pilihan raya kali ini.

Isu ini timbul apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan bahawa seorang bekas menteri akan menyerahkan borang keahlian kepada PAS dalam masa terdekat, pada Isnin.

Ekoran pengumuman tersebut, terdapat spekulasi di internet yang menjangkakan bekas menteri besar yang dimaksudkan adalah dari Perak dan Selangor.

Nama Tajol Rosli dilihat lebih menyerlah dalam isu ini berbanding Tan Sri Ngah Talib mungkin kerana beberapa isu sebelum ini termasuklah hasrat untuk tidak bertanding pada PRU-13.

Dah Singgah Komen Sikit

Singapura Panas Dengan Tun M.




Singapore Straits Times is resentful upon reporting the positive side of Dr Tun Mahathir.

It is definitely true that Dr Tun Mahathir upholds the strength of Umno. A statesman of unity and solidarity for BN must be treated with honour. Furthermore, Dr Mahathir assimilates with a natural instinct full of glory and devotion to defend Malaysiafrom the wrong hands of leadership governing the country. Contrary to Kasim Raslan, the CEO of KRA who spoke negatively about Dr Mahathir in Channel News Asia on 9th April, at 7.25 pm, Tun Dr Mahathir honourably expressed his viewpoints about Malaysian politics with full confidence and strong minds.

Tun Dr Mahathir exhibited his respectful disposition and support for BN with gusto in his speech; his leadership quality is at par with the tone of speech with the Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin. Kudos to both of them, they deserve to be elevated in the coming general election with the greatest majority. Anwar Ibrahim is the target at shooting board game and he must be alienated for such a contradiction to morality that he and his party have been fighting for. Homosexuality and liberalism bring a country into chaos economically, educationally and socially.

Tun Dr Mahathir initiated an eye-opener to new voters in urban areas and these people must not gamble their votes by choosing the futile and worthless political leaders of Opposition. The Opposition only knows condemning the best policy of BN out of malice and extreme envy.

Singapore concept of journalism should perceptually accept the virtues of “kongsi” or the concept of sharing. Singapore Straits Times should elaborate these virtues that gives merits to BN. SST must be realistic; they cannot hide any useless values of Opposition, such as corruption, buying party jumpers, lies and unproved accusations.

Well as for the non-Malays, they have to compromise with the majority as it is the majority who will decide the best government that prioritise the people, not for specific interest of a political leader who dreams wildly to capture Putrajaya.

Tun Dr Mahathir is an honest, sincere and trustworthy. And his good virtues is always envied by losers and stooges politicians. Tun Dr Mahathir has been a lifelong asset to BN. Anyone who lives under Tun Dr Mahathir’s regime praises him for economic prosperity without the organisation of Bersih, ruining the domestic economy.

H.S.

Dah Singgah Komen Sikit

BN Vs PAS ?









Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday, 10 April 2013

Bongkar Kebenaran: Kenapa Rafizi Keluar Dari Petronas.



RAFIZI DIBERHENTIKAN DI PETRONAS KERANA TIDAK KOMPITEN.

Rafizi Ramli yang pernah bertugas di Petronas, sebenarnya diberhentikan ataupun ditendang keluar kerana masalah selalu ponteng dan mencuri-curi masa berkempen untuk pembangkang.

Menurut sahabatnya yang masih berada di Petronas, seorang Lulusan Engineer Petroleum dari Amerika, berkata bahawa Rafizi tidak memberikan teladan yang baik semasa di Petronas. Rafizi dikatakan menjadikan Petronas sebagai hak milik keluarganya sdn. bhd. Bukan setakat kes ponteng kerja tetapi juga melibatkan tuntutan palsu.

Apabila Rafizi Ramli dilantik pula sebagai penasihat ekonomi dalam Kerajaan Selangor, Rafizi gagal membezakan antara kepentingan aset kekal, aset sementara dan aset diapungkan. Sebab itulah Rafizi melihat pelaburan dalam Hartanah sebagai merugikan, walaupun ianya dalam kategori kos melepas mengelak kerugian sementara yang bakal ditanggung syarikat induk, selepas ditolak keuntungan kasar melepasi pemberatan margin nasional. Sebab itulah juga Rafizi memecat dirinya sendiri tempohari!

Oleh kerana Rafizi terikat dengan Teori Adam Smith, sama seperti yang digunakapai bosnya Anwar Ibrahim. Rafizi terpaksa menjual aset-aset rakyat Selangor seperti Bangunan-bangunan milik PKNS, Asrama yayasan Selangor di kampung Pandan, "Bailout" dalam isu Talam.

Sebelum diterberhentikan dalam Kerajaan Selangor, Rafizi sempat memperbodohkan rakyat Selangor dengan berusaha menjual aset-aset hartanah seperti padang permainan di Kelana Jaya, aset-aset UNISEL dan yang terbaru turut memperjuangkan Air Selangor untuk poket-poket mereka

Semua aset-aset di atas ditukar secara cepat dan urusniaga melompat, yakni menghapuskan hutang-hutang sampingan dan digantikan dengan nilai-nilai lebih tinggi daripada paras hutang, untuk mendapat Tunai Segera (Cash).

Konsep ekonomi marginal dalam mikro ekonomi diketepikan, sebaliknya aspek makro ekonomi dilihat sebagai peluang untuk menambah poket.

Dalam hal ini, Rafizi gagal menghuraikan kenapa Anwar Ibrahim melabur ke atas hartanah bernilai jutaan ringgit yang diduduki keluarganya sekarang. Di atas sebuah bukit tinggi, dikawal oleh puluhan CCTV, bodyguard dan pengawal keselamatan!

Adakah Rafizi mengerah rakyat mempercayai bahawa hartanah peribadi keluarga Anwar itu sedang menyusut nilai dan semakin lama semakin rendah nilainya?

Bagaimana isu Talam di bawah, apakah Rafizi lebih Bijak berbanding Akuntan Bertauliah yang mengaudit Aktiviti Merampok Wang Talam ini.

Auditor juga detect yang perbezaan baki tertunggak yang direkod dalam buku kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan mengambil kira hutang yang telah dihapus kira oleh SAP sebelum ini. Hutang tersebut adalah dari anak2 syarikat Talam iaitu; Maxisegar Sdn Bhd, Expand Factor Sdn Bhd and ABRA Development Sdn Bhd, yang berjumlah RM15,001,451.90.
Secara ringkasnya, hutang dari Talam ke SAP ialah seperti berikut;
Perkara
Jumlah Hutang (RM)
Hutang Talam Group ke KHSB
178,680,939
Hutang yang tidak Termasuk
48,578,079
Hutang kasar
130,102,860
Hutang oleh Talam Yang Dihapuskira oleh SAP
15,001,452
Hutang bersih Talam ke KHSB
115,101,407
Mengikut perjanjian untuk menyelesaikan hutang bertarikh 3 November 2009 antara KHSB, Permodalan Negeri Selangor (PNSB), Pendidikan Indutri YS Sdn Bhd (PIYSB), TCB dan Kerajaan Negeri Selangor . TCB confirm amount yang tertunggak adalah sebanyak RM391,986,473.00 kepada syarikat berikut;
(i) KHSB - RM115,101,407.00
(ii) PNSB - RM28,208,066.00
(iii) PIYSB - RM248,677,000.00
(Dikenali sebagai "hutang-hutang" pada muka surat seterusnya")
Mengikut perjanjian tersebut, Talam mesti menyelesaikan hutang dalam waktu yang ditetapkan. Kegagalan utk menyelesaikan hutang tersebut menyebabkan Talam dikenakan interest sebanyak 6% per annum terhadap baki yang tertunggak.

Walau bagaimanapun, auditor detect yang interest sebanyak RM58,400,113.79 tidak diambil kira oleh Talam dalam laporan kewangan mereka walaupun hutang tersebut telah dipersetujui oleh pemiutang2 seperti yang dinyatakan di atas. !!!

Wang ini telahpun masuk ke dalam akaun Khalid Ibrahim dan AnwarIbrahim. Selepas ini Auditer Bertauliah akan buktikan bagaimana Rafizi mendapat persen daripada urusniaga menipu ini.

-GAP

Dah Singgah Komen Sikit

PANAS: Nik Nazmi Tolak Hak Rakyat



Media sosial sekali lagi menjadi platform penyebaran rakaman 'video tersembunyi' bagi mendedahkan sikap sebenar pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan hak rakyat.

KLPOS di maklumkan mengenai penyebaran video ini di laman Youtube daripada email seorang pembaca. Rakaman video sepanjang 5 minit 34 saat yang bertajuk 'Nik Nazmi Penipu Rakyat' itu telah dimuatnaik ke laman Youtube oleh pengguna 'TheRakyatMarhaen'.

Video tersebut memaparkan mesyuarat 'Nik Nazmi' dengan beberapa orang ahli parlimen membincangkan soal perobohan jambatan besi yang berhampiran dengan Kuil Thirumurugan di Taman Medan .

Dari audio rakaman tersembunyi, 'Nik Nazmi' yang mempengerusikan mesyuarat itu menyatakan isu penggunaan jambatan besi bermula apabila salah faham antara kaum berlaku di Taman Medan pada Mac 2001.

Pada ketika itu, Datuk Seri Samy Vellu yang merupakan Menteri Kerjaraya membenarkan penduduk menggunakan jambatan besi itu , iaitu antara langkah mempertingkatkan infrastruktur kemudahan bagi memastikan penduduk di sekitar tempat yang berlaku kekecohan iaitu Kampung Medan, Kampung Lindungan, Taman Desaria dan Taman Datuk Harun hidup lebih selesa.

Walau bagaimanapun, 'Nik Nazmi' dalam rakaman berkenaan menegaskan jambatan besi yang dibina itu juga bukanlah kekal tetapi telah digunakan penduduk lebih dari 10 tahun. 'Nik Nazmi' membangkitkan soal keselamatan pengguna jambatan dan bimbang sekiranya tragedi berlaku sekiranya jambatan roboh maka akan timbul pula isu yang lebih besar.

'Nik Nazmi' juga sedar sekiranya jambatan besi itu dirobohkan ia menjadi satu keputusan yang tidak popular kepada penduduk namun ia masih perlu dilakukan dengan menjadikannya sesuatu yang boleh diterima.

Video yang telah diedit itu juga memaparkan salah seorang dari ahli mesyuarat membangkitkan kepentingan jambatan besi itu kepada penduduk dan mencadangkan supaya ia dinaik taraf dan bukannya diroboh bagi kemudahan penduduk sekitar yang terpaksa berulang alik menggunakan jalan berkenaan bagi mengelakkan tol New Pantai Expressway (NPE) .

Salah seorang ahli mesyuarat dipercayai wakil NPE bertegas mahukan jambatan berkenaan dirobohkan dan pendirian NPE itu dipersetujui 'Nik Nazmi' walaupun mendapat bantahan 'ahli-ahli parlimen' .

Mungkin bertujuan untuk sengaja menjatuhkan kredibiliti ADUN Seri Setia itu, video berkenaan juga memaparkan bagaimana 'Nik Nazmi' membuat kenyataan kurang senang dengan sebuah 'kuil bawah pokok' berhampiran jambatan besi itu. Berkemungkinan kuil yang dimaksudkan ialah Kuil Thirumurugan.

Mesyuarat menjadi agak tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara 'Nik Nazmi' dan 'wakil-wakil parlimen' yang bertentangan pendapat. 'Wakil-wakil parlimen' dilihat faham dengan kegusaran 'Nik Nazmi' tentang risiko penggunaan jambatan berkenaan dan mencadangkan peningkatan taraf namun dibidas 'Nik Nazmi' tentang kos naik taraf yang bukan kecil nilainya.

'Nik Nazmi' juga dilihat agak tertekan hingga terpaksa meninggikan suara dan bertegas kepada 'ahli-ahli mesyuarat' yang membuat bantahan. Salah satu maklumat di minit-minit akhir video dipaparkan menyatakan pemaju sudi untuk membayar kos naik taraf jambatan sekiranya ia menjadi satu isu.

Pendedahan yang dibuat oleh 'TheRakyatMarhaen' ini menimbulkan persoalan tentang keikhlasan Pakatan Rakyat dalam usahaa mereka untuk menghapuskan tol NPE. Pada 10 Jun 2012 , AMK Selangor telah mengadakan demonstrasi di pintu Tol Taman Medan.

Sekiranya jambatan besi ini dirobohkan, secara tak langsung penduduk terpaksa melalui tol NPE untuk urusan-urusan tertentu. Sekiranya tol NPE di Taman Medan ingin dihapuskan, soal merobohkan jambatan tak akan timbul dan 'Nik Nazmi' dalam video berkenaan juga tak perlu bersetuju dengan wakil dari NPE.

- KL POS

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday, 9 April 2013

Idea Rafizi Sama Macam Sapa?



Tika ini heboh di kalangan beberapa kerat pemimpin penyokong PR khususnya dari PKR yang sibuk memperkatakan dakwaan bahawa Manifesto BN bertemakan “Menepati Janji Membawa Harapan” telah meniru idea dari Manifesto PR.

Salah satu inti pati Manifesto BN yang dikatakan ditiru dari Manifesto PR ialah mengenai janji penurunan 20% hingga 30% harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Untuk mengetahui hakikat siapa yang meniru siapa, kita perlu mengimbas kembali tahun-tahun sebelumnya kerana ia kaedah terbaik untuk mencari kebenaran.

Pada 22 Mac 2006, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan Dasar Automatif Negara (DAN) selepas rangka pelan mengenainya diumumkan seawal 19 Oktober 2005.

Antara tujuan utama kewujudan DAN 2006 ialah mengurangkan cukai terhadap kereta-kereta import yang enjinnya di bawah 1,800cc selanjutnya meningkatkan daya saing pasaran bagi syarikat tempatan dan antarabangsa.


Kesan awal perlaksanaan dasar itu menurut analisis oleh OSK Research tika itu menyaksikan harga kereta buatan nasional telah mengalami penurunan antara RM353 hingga RM385.

Sementara kereta import jenama luar yang dipasang di negara ASEAN seperti Honda City, Nissan Sentra dan Toyota Altis pula penjimatan yang diperolehi ialah sekitar RM1,900 hingga RM4,000.

Untuk menghindari kesan buruk dasar ini kepada syarikat penjual kereta terpakai (secondhand), maka melalui DAN 2009 yang diumumkan pada 28 Oktober 2009 pula diperkenalkan Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai bagi menangani pengisytiharan bawah harga.

Dengan langkah penambahbaikan itu, para pengusaha kereta terpakai boleh bernafas lega dan risiko perniagaan mereka rosak atau muflis dapat dikurangkan.

Contoh mudah untuk mengetahui impak positif dari DAN 2006 diikuti DAN 2009 ialah bila saat ini kita sudah dapat membeli kereta baru (VIVA 660) pada harga RM24,912.15 yang mana pada tahun 2009 harganya adalah RM28,800.00.

Pada tahun 2004, kita hanya mampu bergaya dengan kereta Kancil 660 yang harganya tika itu ialah RM25,846.00 namun dengan harga yang hampir sama pada tahun 2011 hingga sekarang kita boleh memiliki model kereta yang sedikit besar dan selesa.


Sedangkan PKR melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli hanya mula bercakap mahu menurunkan harga kereta pada pertengahan 2012, lewat 6 tahun dari DAN 2006 yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN.

Malah janji PR melalui manifestonya untuk meliberalisasikan harga kereta supaya sebuah kereta dapat dijual pada harga serendah RM25,000 sebenarnya sudah lama dicapai semenjak tahun 2004 lagi, tapi baru sekarang PR sibuk memperkatakannya.

Berdasarkan beberapa ringkasan fakta di atas, patutnya kita dah tahu siapa yang meniru siapa.

Apa pun tak usahlah pelik dengan sikap lembik dan lembap Rafizi Ramli dan PKR, tak berapa lama dulu pun mereka sibuk mendakwa BN mencedok idea mereka dalam hal pemberian permit individu untuk pemandu teksi, padahal sebenarnya BN sudah mula membincangkan isu permit teksi individu semenjak 1999 lagi.

Yang penting, dalam hal menikmati harga yang lebih rendah untuk apa sahaja model kereta, ia tidak semudah diperkatakan. Banyak perkara perlu dihalusi supaya ia tidak memberi impak negatif pada ekonomi negara.

BN telah berusaha semenjak 2005 lagi ke arah itu. Semua penjimatan ini tidak berlaku secara mendadak, ia berdikit-dikit yang pentingnya setiap dasar dan penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan BN mengambil kira kepentingan semua pihak.

Petikan: MyKMU.Net

Dah Singgah Komen Sikit

Apa Yang Rakyat Johor Perlu Lakukan.





Dah Singgah Komen Sikit

Janji Turun Harga Dan Janji Mansuh Cukai.



Penganut pembangkang nampaknya begitu ghairah mendakwa kononnya 'Aku Janji BN' untuk PRU13 yang ingin menurunkan harga kereta dikatakan diciplak dari pembangkang. Benar manifusto PR menjanjikan penurunan harga kereta, begitu juga BN.

Dakwaan ciplak ini timbul hanya kerana satu perkataan saja iaitu 'TURUN'.

Justeru itu, untuk membuktikan strategi BN tidak sama dengan PR kita kena ikuti congak kira dari si jambu terlebih dahulu.

Segala maklumat yang diperolehi oleh jambu Rafizi Ramli adalah sama iaitu dari MOF.

Strategi Rafizi Ramli sebagaimana diperolehi dari blognya - SINI
  • Menghapuskan /memotong cukai (duti eksais) secara berperingkat 20% setiap tahun.
  • Menambah pendapatan antara tahun 2013-2015 dengan lelongan A.
  • Memperuntukkan RM2 bilion antara tahun 2013-2014 dan RM1 bilion antara 2015-2017 agar aliran tunainya berimbang menjelang 2017, kerana menjelang 2017 ekonomi yang dijana akan berjaya mengatasi jumlah RM7 bilion cukai eksais yang dihapuskan.
Strategi BN pula : 
  • Menurunkan Duti Eksais sebanyak 20 - 30 % secara berperingkat.
  • Mengekalkan penjualan AP (bukan lelongan seperti apa yg Rafizi lakukan)
Apa yang jelas kedua-dua strategi ini wujud perbezaan yang ketara, tetapi ramai yang jenis malas membaca dan hanya fokus kepada perkataan 'TURUN HARGA KERETA' - manifesto BN dikatakan meniru PR.

Sekarang kita lihat kesan atau impak terhadap kedua-dua strategi ini, yang mana lebih bagus dan yang mana pula memberi kesan buruk kepada ekonomi negara?

Strategi BN vs. PR - Mana Satu Bagus?
1) Menurut tafsiran kewangan tahun 2012, pendapatan negara menerusi duti eksais adalah sebanyak RM 7 billion. Dan ianya meningkat setiap tahun sebanyak 4 %. 
2) Menurut Rafizi, duti inilah yang hendak mereka hapuskan secara berperingkat selama 5 tahun. Apabila ini berlaku, negara akan mengalami defisit seperti berikut : (unit Billion)

  • 2013: 7.0  
  • 2014: 7.3  
  • 2015: 7.6  
  • 2016: 7.9  
  • 2017: 8.2  
  • 2018: 8.5  
  • 2019: 8.9  
  • 2020: 9.2 
2.1) Rafizi sedar akan berlakunya defisit yang banyak. Maka beliau mengambil langkah berani dengan melelong AP, bukan menjual AP. Harga penjualan AP per unit adalah RM 10 000 sekarang ini. Tetapi, Rafizi akan melelongkan AP dengan harga mula RM 10 000. Ini bermakna, harga AP yang terjual bukan RM10k tapi lebih dari itu. Tak mengapa, sebab mereka yang membeli AP ini adalah kenderaan import. Dan hanya mereka yg berduit sahaja akan membida AP dgn harga yg mahal. 
2.2). Menurut beliau juga, pendapat dari lelongan AP inilah yg digunakan secara maksimum utk 3 tahun pertama (2013-2015). 
**Boleh rujuk blog beliau. 
2.3) Beliau juga sedar bahawa, dengan lelongan AP juga masih tidak mampu mengatasi defisit yg ada. Oleh itu, beliau mencadangkn suntikan modal sebanyak RM2billion unutk 2 tahun pertama ( 2013 - 2014) dan 1 billion ( 2015 - 2017). Persoalannya, dari mana sejumlah wang rakyat ini diambil? 
3) Amat malang sekali, pengiraan secara kasar Rafizi adalah silap. Beliau hanya menunjukkan aliran tunai positif utk 5 tahun pertama. Namun aliran tunai selepas itu sebenarnya adalah negatif. Dari jumlah angka yang ditunjukkan pun sebenarnya telah menuju ke arah defisit. Malah pengiraan beliau juga tidak tepat. 
Mari kita sama rungkaikan :  
4) Berikut adalah formula pengiraan aliran tunai 
4.1). Income : 
a) Pendapatan dari lelongan AP ( rujuk 2.1) +
b) Peruntukan tahunan ( rujuk 2.2) +
c) Cukai tambahan dari domestic consumption (Rujuk blog Rafizi )
4.2) Kehilangan duti eksais secara berperingkat selama 5 tahun : 
2013: 1.4 ( - 20% x Total duti eksais)
2014: 2.9 ( - 40% x Total duti eksais)
2015: 4.5 ( - 60 % x Total duti eksais)
2016: 6.3 ( - 80% x Total duti eksais)
2017: 8.2 ( - 100% x Total duti eksais)
2018: 8.5 ( - 100% x Total duti eksais)
2019: 8.9 ( - 100% x Total duti eksais)
2020: 9.2. ( - 100% x Total duti eksais)
** dalam unit billion
4.3) Aliran tunai :  
(4.1) - (4.2)=
2013: 2.88
2014: 1.648
2015: -0.70272
2016: -4.1792384
2017: -5.78900992
2018: -5.8365703168
2019: -5.897233129472
2020: -5.97152245465088
**Dalam unit billion

Mari kita lihat Manifesto BN :  
1) Mengambil secara minima dan kasar. Katakanlah kerajaan menurunkan duti eksais sebyk 30 % pada tahun pertama dan seterusnya (ini situasi yang paling teruk) 
Total pendapatan negara: 
(70% x Duti Eksais dari tahun berkenaan + penjualan AP)
** Penjualan AP setiap tahun secara purata adalah 66608 unit. 
( rujukan dari blog pembangkang http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/07/isu-cukai-kereta-rm8-billion-akan.html
Maka, aliran tunai negara dari 2013-2020 adalah : 
2013: 5.566
2014: 5.762
2015: 5.96584
2016: 6.1778336
2017: 6.398306944
2018: 6.62759922176
2019: 6.8660631906304
2020: 7.11406571825562
(Dalam unit billion)
Telah lihat congak pengiraan dari kedua-dua pihak, sekarang masa untuk kita melepaskan apa yang tersimpul dan pastikan simpulan ini membuatkan Rafizi terpingga-pingga.
1) Pada tahun 2020, pendapatan negara (BN ) adalah RM7.11billion. Tetapi jika PR memerintah, pendapatan kita adalah defisit sebanyak RM -5.9billion.
Ulang lagi sekali dalam bahasa jambu agar Rafizi Ramli boleh faham - RafiziDEFISIT you...DEFISIT! bukan sikit tau, RM-5.9billion, you tau add maths tak?

Adakah Rifizi tersalah tekan calculator atau Rafizi kira guna Excel?

Adakah Rafizi tertinggal angka @ Nilai seperti mana Lim Guang Eng?

Kenapa dalam blog dia hanya menunjukkn unjuran aliran tunai bagi 5 tahun saja.

Cuba tunjukkan tahun ke 6, you berani tak Rafizi Ramli?
2) Duti Eksais yg dipererolehi oleh kerajaan hasil dari pembelian kereta import, maka keuntungan pendapatan yg diperolehi akan dimanfaatkn kepada rakyat. Tetapi, jika PR memerintah, Defisit kerugian akan ditanggung oleh rakyat untuk manfaat kerajaan Pakatan Rakyat. 
3) Niat Rafizi itu baik untuk memberi harga kereta yg murah kepada rakyat dengan menghapuskan duti eksais. Tetapi dengan menggunakan lelongan AP itu juga sebenarnya membebankan rakyat.
Siapa tiru siapa sekarang?

Ada orang boleh tolong jawab?

Itulah terlalu memuja Anwar Ibrahim, keletung keletang sembang pasal ekonomi walhal belajar dalam bidang sastera.

Apa yang sama hanya satu perkataan dari hasil BN dan PR ini - iaitu TURUN, tetapi PR punya strategi bukan sahaja TURUN malah merugikan negara.

Maka tak hairanlah jika dulu kita kata boleh bangkrap kalau main mansuh ikut kepala Rafizi je!

-Double-Y-

Dah Singgah Komen Sikit

"Hantu Siam" Bakal Ganggu Pilihanraya Umum Di Kelantan


Tak tahu nak cakap macam mana dah ni. Ni siap ada kertas kerja lagi nak bawak orang masuk dalam untuk jadi "hantu". Duk kecoh cakap BN ada pengundi hantu, tapi bukti takda pon. Ni sapa nak jawab duk ada buat bajet lagi untuk bawak "hantu" dari Siam.

Tak tahu laa macam mana nak komen lagi, aku rasa baik korang sendiri tengok pendedahan yang dibuat oleh blogger Mymassa..
MyMassa harap UMNO Kelantan sedar tentang rancangan pihak lawan mengimport pengundi dari Thailand semasa hari pengundian. 
Apa yang berlaku sekarang adalah pembangkang seboleh-bolehnya merekayasakan fitnah bahawa yang bawa pengundi hantu ini adalah UMNO. 
Cara mereka mudah. Tuduh dahulu, buktikan kemudian. Kali ini MyMassa nak berkongsi macam mana fitnah dari Naib Presiden PAS yang menuduh seorang rakyat Malaysia sebagai warganegara Myanmar.

Dah Singgah Komen Sikit

Papa Gomo Bertanding Lawan Anwar Ibrahim Di Permatang Pauh.


Jom kita baca kenyataan dari wakil blogger Papa Gomo yang ingin bertanding di Permatang Pauh menentang Papa Homo ( Anwar Ibrahim). Dia mahu Papa Homo berundur dari arena politik secara kehormat tetapi dia memilih untuk memanjangkan lagi sengketa diantara Papa Gomo dan Papa Homo.

Jom Baca kenyataan dari wakil Papa Gomo yang merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.
Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari Arena politik negara. 
Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum.Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi. Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah.  
Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay,Dato Nallakarupan,Ezam Mohd Nor,Ng Lum Yong,Zahid Mat Arip,Yb Zulkifli Nordin,Anuar Shaari,Hamizun dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim. 
Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh.Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.

Dah Singgah Komen Sikit

Monday, 8 April 2013

Wan Azizah Menangis Peguam Tarik Diri


KUALA LUMPUR 8 April - Peguam yang mewakili Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam kes saman fitnah yang difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), mengemukakan permohonan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes itu.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor memberitahu pemberita bahawa pihaknya membuat permohonan penarikan itu pada Jumaat lepas. Tiada alasan diberikan mengenai keputusannya itu.

Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaluddin Md Said yang mendengar prosiding di dalam kamar hari ini menetapkan 18 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 16 Ogos 2010 Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman RM200 juta terhadap Dr Wan Azizah dan lima lagi kerana memfitnah agensi itu menerusi artikel yang disiarkan Suara Keadilan.

Selain Dr Wan Azizah, turut dinamakan Felda sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn. Bhd., Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Felda selaku plaintif, mendakwa akhbar itu menerbitkan artikel pada 22 dan 29 Jun lepas yang mengandungi fitnah terhadap Felda.

Felda mendakwa artikel pertama bertajuk "Felda Bangkrap" dan artikel kedua berserta gambar bertajuk "Kontroversi" dan "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu" berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.

Felda diwakili peguam Datuk Fairuz Hussein Jamaluddin. - BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

@siswa_4u Tunjukkan Sokongan Dan Kematangan Dalam Politik.


Saudara Hafiz Ariffin selaku Jurucakap Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan  (MPPK) menyatakan bahawa flyers yang dilemparkan oleh aktivis pakatan rakyat adalah satu fitnah. Bagi aku pula cara mereka ini tidak lari daripada Pilihanraya Kampus (PRK), menjatuhkan lawan dengan menabur fitnah. 

Mari kita lihat kembali Edikoup yang dikatakan dipukul oleh sekumpulan gengster yang memihak kepada Aspirasi. Sehingga kini masih tiada sebarang tangkapan yang dibuat, bukan setakat kes Edikoup, malahan kes mastura juga merupakan satu cara kotor mereka mendapatkan undi.

Tapi, dengan game plan yang sebegini aku rasa mereka tidak akan mampu pergi lagi jauh dari yang mereka ingin capai. Mereka tidak tumpah dengan cara pembangkang yang menabur fitnah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.


Semasa pelancaran manifesto Barisan Nasional, saudara Tun Faisal juga telah memberikan kenyataan bahawa golongan belia yang terdiri daripada mahasiswa IPTA dan IPTS telah menyatakan suara mereka serta sokongan mereka kepada Barisan Nasional. 

Tun Faisal memuji tindakan mahasiswa yang menunjukkan semangat mereka menyokong kepimpinan Dato' Seri Najib dan Barisan Nasional. Menurutnya lagi dengan penubuhan SISWA4U selaku jentera mahasiswa yang menunjukkan sokongan kepada BN telah menunjukkan satu sikap yang positif dan budaya ilmu yang betol. Mereka tidak memilih cara dijalanan untuk menyelesaikan masalah dan tidak rakus seperti yang dilakukan oleh aktivis pakatan rakyat.

Dah Singgah Komen Sikit

Haji Hadi Dan Artikel Ini Demi PAS


"Over my dead body" kata Karpal Singh bila mengutuk PAS kerana mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Maka bertempiklah para mujahidin dan bakal syuhada di dalam PAS menghentam dan memaki hamun Karpal Singh & DAP sehingga nak terbalik si punjabi tak berturban tu! Malah ada yang sanggup mati syahid untuk menentang Pengerusi DAP ini!

Belum pun mati si Karpal Singh, tau-tau Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS mengisytiharkan pada hari Ahad 03 Rejab/ 06 Jun 2011 bahawa PAS tidak akan memperjuangkan lagi penubuhan Negara Islam dengan fatwa "negara Islam tidak ada dalam Al Quran!!!".

Tentu tidur Karpal Singh nyenyak penuh dengkuran puas, pasti Kitsiang tersengeh meleret macam Anwar tengok China-doll melihat pendirian PAS yang terkulai kini. Tidak cukup dengan pemimpin PAS mengisytiharkan sanggup mati mempertahankan Karpal, kini PAS sudah sanggup mematikan perjuangan mendirikan sebuah Daulah Islamiyyah. Ini tidak ada bukti lain selain membuktikan bahawa cengkaman DAP sudah lengkap bukan sahaja keatas PKR, malah kini keatas PAS!!!

Apa yang menyedihkan ialah fatwa terbaru Ustadz Hadi ini sangat menghina para syuhada', mujahidin dan pejuang-pejuang PAS terdahulu yang bukan sahaja berkorban harta benda dan keringat peluh, malah ada yang membayar dengan nyawa demi mencapai impian Amanat Hadi untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Ramai yang terpengaruh dengan Amanat Hadi sehingga ada yang mengkafirkan UMNO dan orang Melayu yang didakwa kononnya menolak penubuhan sebuah Negara Islam.

Akibat daripada Amanat Negara Islam Hadi ini, maka muncullah isu solat jemaah dua imam, pemboikotan kenduri walaupun di kalangan sanak-saudara, putus hubungan ahli keluarga, suami isteri ada yang bercerai berai, anak-anak kehilangan ibu bapa akibat dirasuk fahaman penubuhan Negara Islam melalui Amanat Hadi ini. Melihat sendiri orang kampung yang walaupun hidup kais pagi makan semalam, kais petang makan minggu lepas, tapi sanggup belanja duit untuk buat frame Amanat Hadi yang nak menubuhkan sebuah negara Islam. Rupanya 30 tahun pengorbanan mereka semua selama ini sia-sia, perjuangan yang mereka sokong selama ini tidak ada dalam Al Quran pun!!!

Dan persoalan besar ialah: adakah perjuangan orang saperti Ustadz Ibrahim Libya selama ini sia-sia; sedangkan beliau difatwakan mati syahid kerana memperjuangkan sebuah Negara Islam, demi memenuhi Amanat Hadi tersebut. Fatwa terbaru bahawa "perjuangan menubuhkan Negara Islam tidak ada dalam Al Quran" adalah satu penghinaan besar terhadap ‘Assyahid’ Ustadz Ibrahim Libya dan ‘para syuhada' yang lain!!!

Kalau ikut logik fatwa terbaru Ustadz Hadi itu, maka Negara Islam Madinah yang ditubuh oleh Rasulullah saw juga tidak ikut Al Quran lah jugak agaknya! Malah kalau ikut fatwa terbaru ini, PAS perlu ubah namanya kerana nama Parti Islam SeMalaysia pun tiada dalam Al Quran!

Padanlah Rasulullah saw berpesan kepada kita, kelak kamu nanti akan diratah oleh kafir kerana walaupun kamu besar dan ramai, tetapi kamu terkenapenyakit hubbud dunya wakarohiyatul maut - terlalu cintakan dunia, dan takut mati!!! Na'uzubillah min zalik!

Cukup diyakini ramai ahli akar umbi PAS yang tidak bersetuju dengan perubahan dasar perjuangan PAS ini. Ramai juga yang melahirkan perasaan sedih dan dukacita mereka. Kepada para ahli akar umbi PAS, inilah harga yang perlu dibayar oleh PAS demi memenuhi nafsu seorang manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan. PAS berterusan mahu bergayut kepada Anwar, PAS akan terpaksa membayar harga yang mahal.

Dalam keadaan DAP bukan sahaja masih kekal dengan prinsip perjuangannya Malaysian Malaysia, perjuangan mahu menyamatarafkan semua agama dan kaum dalam negara ini, malah makin bertambah cauvinis, rasis dan biaDAP; tau-tau PAS pulak yang bukan sahaja tumPAS dan gagal mempertahankan prinsip perjuangannya untuk mendaulatkan sebuah Daulah Islamiyyah; malah menghalalkan tindakan mematikan perjuangan menubuhkan sebuah Negara Islam atas fatwa "ianya tidak ada dalam Al Quran!!!". Na'uzubillah min zalik! Moga ALLAH mengampuni kita semua.

Mungkin selepas ini para kuffar dan muysrik akan berebut mengundi PAS. Mungkin selepas ini para kaafirun dan musyrikun akan berasak-asak memangkah calon-calon PAS menjadi Yang Berhormat. Mungkin selepas ini para penghalal khinzir ini akan menobatkan kepimpinan PAS ke Putrajaya bersama Anwar, Karpal & Kitsiang. Mungkin selepas ini para taukeh judi & arak akan turut sama memenuhi tabung jihad PAS demi membiayai perjuangan negara kebajikan PAS. Tetapi apa guna itu semua jika prinsip tergadai, aqidah berkecai, perjuangan bersepai!!! Bolehkah para kuffar, musyrik, penghalal khinzir ini membantu kita di hadapan ALLAH nanti?!

Pesan kepada para ahli akar umbi PAS, Janganlah dikorbankan perjuangan PAS semata-mata kerana kilauan palsu Putrajaya. Kalau dahulu UMNO dikafirkan kerana kononnya tidak menerima Negara Islam, bagaimana pula dengan dakwaan pemimpin PAS sendiri yang memfatwakan Negara Islam tidak ada dalam Al Quran? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing .

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Semoga ALLAH memberikan kita semua hidayah dan istiqamah, dan memberi petunjuk kepada kaum yang perlu diberikan petunjuk.
Amin.

TOLONG EDARKAN!!!!

-GAP

Dah Singgah Komen Sikit

Sunday, 7 April 2013

Apa Yang Haji Hadi Telah Lakukan?


Kita lihat bagaimana yang dikatakan ulama oleh Tuan Guru Haji Hadi sanggup membuat u-turn apabila dia menyatakan yang negara Islam itu tidak wujud. Apakah selama ini dia hanya menipu pengikutnya yang setia? Adakah kerana kuasa dia sanggup untuk menggadaikan perjuangannya selama ini??

Adakah nilai kesetiaan yang diberikan oleh pengikutnya dibayar dengan satu pendustaan? Jom baca apa yang GAP rungkaikan.
di atas adalah print screen kenyataan hj hadi mat lebong yang menyatakan dalam al quran takde negara islam. 
maknanya tertipu lah seluruh ahli pas dengan kelentongan luar tabie presidennya sendiri yang puluhan tahun ajak ahli sokong pas kerana tujuan mahu menubuhkan negara islam. 
bila pas campur anwar dan dap, tiba-tiba hadi mat lebong kata dalam quran takde disebut negara islam. 
perkara basic sebegini kalau sukar di fahami oleh penyokong pas, maka rakyat malaysia takleh ank buat apa lah.. 
dah ketentuan illahi tahap IQ politik penyokong pas takat buku lali nak buat macamana.

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday, 6 April 2013

Tabung Lahad Datu Ke Akaun PAS.


Apa nak jadi ntah dengan budak-budak PAS ni. Blogger Harapan Esok telah membongkarkan kegiatan tak bermoral dari juak PAS ni.. Tak bermoral..

Jom tengok gambar ni...korang tengok..tabung Wira Lahad Datu...kalau masukkan duit...nama yang tertera akan keluar nama Tabung Wira Lahad Datu... 
Tapi berbeza dengan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu...sesiapa yang masukkan akaun ini maka ia akan masuk ke akaun Parti Islam Se Malaysia.. 
apakah PAS sendiri tahu kuantiti jumlah sumbangan dari orang ramai untuk tabung prajurit? 
yalahkan...kalau kita bank in mana ada tulis tujuan untuk apa... 
ini maknanya..semua sumbangan akan diiktiraf sebaga duit PAS..sapa ajar menipu ni..kalau betul pun nak buat sumbangan apa salahnya buka akaun bank baru... 
kalau macam tu kenapa tak masukkan jer kt akaun Nik Aziz atau Md Sabu? 
HE :Umat akhir zaman...Islam dipermain-mainkan..rosak!!!

Dah Singgah Komen Sikit

Bendera Baru Untuk Malaysia Jika PR Menang.

  

Jangan kita lupa suatu masa dahulu mereka mahu menukar bendera Malaysia. Manakah yang mereka nyatakan mereka sayang negara kita? Jika benar negara kita ini yang mereka katakan mereka sayang dan mahu mempertahankannya, mengapa mereka tidak mahu menerima apa yang sedia ada?

Jangan kita lupa juga, pada tahun lepas mereka telah design bendera baru buat negara kita. Jika yang kotor itu pentadbiran, mengapa perlu ditukarkan bendera? 


Bagi aku ni bukan sayang kepada negara, ini namanya ingin malu dengan negara sendiri dan ingin menukar identiti negara keseluruhannya. Seperti mahu menjadikan negara kita ini negara republika. 




Dah Singgah Komen Sikit

Anwar Ibrahim Takot Dengan DAP Perak Dan Bertanding Di Permatang Pauh?

Adakah sebab kurang yakin dengan kemampuannya untuk menang dalam pilihanraya kali ini membuatkan Anwar Ibrahim merasakan curiga dengan kerusi yang mahu ditandingnya? Mula-mula di Perak dan kini kembali ke Permatang Pauh??

Adakah dia tidak yakin dengan kemampuannya selaku ketua Pembangkang yang dahulunya merupakan Timbalan Perdana Menteri untuk menang pilihanraya? Dan adakah Anwar hanya mahu bertanding di kawasan yang boleh menang sahaja. 

Mungkin Anwar melihat jika dia bertanding di Perak berkemungkinan dia akan kalah ataupun dia tidak boleh bertanding di kawasan Parlimen yang dimiliki oleh Cina DAP?? Mungkin juga Anwar takot kepada Nga dan Ngeh untuk bertanding di Perak?? 

Jom kita lihat apa yang Megat Spy bangkitkan dalam posting terbarunya..
Ya..Buat pertama kalinya Anwar bertanding atas tiket PKR untuk Pilihanraya Umum!! Yang mana sebelum ini bertanding atas tiket Barisan Nasional..sebelum ini Anwar menang dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 2008 yang mana Kak Jijah memberi laluan kat lakinya yang gila jawatan sangat. 
 
Heh! Masa Piliharaya Kecil dulu boleh la menang sebab semua jentera boleh dikerah pergi ke satu kawasan..sekarang ni Pilhanraya Umum la der...
 
kalo yakin boleh menang permatang pauh asal tak declare awal-awal...sebab tak yakin boleh menang ke?? (SINI) 


Dah Singgah Komen Sikit

Friday, 5 April 2013

Kisah Nik Aziz Yang Perlu Kita Tahu..


Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan antara beberapa pemimpin utama PAS yang tak pernah serik dari mencetuskan kontroversi demi kontroversi gara-gara tutur katanya yang kasar, celupar dan tidak berhikmah.

Tak berapa lama dulu Nik Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya penjaga kunci yang akan menentukan orang yang sokong PAS masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.

Sebelumnya, Nik Aziz dengan selamba menyatakan kesediaan bersahabat dengan syaitan semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama PAS dengan DAP.

Terbaru, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.

Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Makin tua makin merapu pula orang tua tak sedar diri yang gila kuasa mahu bertongkat langit sampai mati ini.

Nampak sangat Nik Aziz dah tersesat arah kerana salah memahami maksud kebangsaan mengikut fahaman sempit, tapi peliknya liberalisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam PKR sedikit pun tak berani disentuhnya.

Ada pemimpin Melayu yang bersekongkol dalam DAP yang berpegang pada fahaman sosialis, tak pula Nik Aziz pertikaiannya. Mentang-mentang geng sendiri, hipokrit punya manusia bertopengkan agama.

Nik Aziz sebenarnya terdesak nak memainkan semula persepsi yang PAS itu Islam dan Islam itu PAS, menyokong PAS bermakna menyokong Islam dan menolak PAS maka dituduhnya menolak Islam.

Hakikatnya, Nik Aziz tak sedar yang PAS hanyalah sebuah parti politik semata-mata yang tertubuh akibat kekecewaan pemimpin-pemimpin awalnya.

Untuk pengetahuan Nik Aziz, semangat kebangsaan atau nasionalisme yang mendasari perjuangan UMNO merujuk pada wathan (tanah air), Dar al-islam dan Diyar al-islam, maksudnya satu perjuangan mendaulatkan tanah air tanpa mengetepikan ajaran Islam.

Susur galur fahaman yang sama juga yang mendasari kelahiran PAS di zaman Ahmad Fuad yang kemudian diteruskan oleh Burhanuddin Al Helmi dan Asri Muda. Adakah Nik Aziz sanggup mengira pahala dan dosa mereka, atau sebab mereka ini pernah bersama PAS maka terkecuali dari timbang tara Nik Aziz dan PAS?

Orang UMNO yang Nik Aziz kata tak dapat pahala bila bersolat inilah yang sakan berjuang memerdekakan tanah air dan berjuang memajukan ummah untuk bersaing dengan penganut agama lain supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

UMNO ini jugalah yang sibuk berjuang mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T dari dinodai oleh DAP dan PKR, sedangkan PAS sehingga sekarang gagal mengubah dasar PR supaya kembali menghormati kalimah Allah S.W.T.

Justeru itu, tak usahlah Nik Aziz memesongkan orang ramai tatkala diri sendiri gagal memahami realiti, lebih baik Nik Aziz cermin diri sendiri dan perbetulkan hala tuju PAS yang semakin dekat bergelumang dengan fahaman PR yang liberalisme dan pluralisme, ada juga faedahnya.

-GAP-

Dah Singgah Komen Sikit

Musim Pemimpin PAS Jadi Miskin

Tengok media penyambung fitnah Pas HARAMKAH tidak menang tangan untuk menunjukkan bahawa ulama tersohor Pas tetiba jatuh papa kedana bila fasa piliharaya baru nak bermula.

Mereka pukul canang bahawa pemimpin mereka makan nasi bungkus sahaja..bersederhana dalam semua perkara..kononnya mereka terlalu rakyat!


Jangan mudah percaya dengan pemimpin pembohong seperti Pas…inikan musim fasa pertama pilihanraya…jadi rakyat kesian tengok pemimpin Pas makan nasi bungkus namun ini cara utama mereka raih sokongan untuk menutup segala kemunafikrun janji mereka yang tidak terlaksana!

Awas Ya..gimik kotor pemimpin mereka..usaha tertipu.

-PasPisPus

Dah Singgah Komen Sikit

Ahli PAS Menetak Terima 13 Jahitan.



Apa nak jadi laa dengan puak PAS ni, duk cakap UMNO gengster. UMNO diwakili oleh orang-orang jahat. Tapi sebenarnya UMNO tidak mampu melakukan seperti mana yang dilakukan oleh puak PAS. Menetak orang sesuka hati..

Dikhabarkan bahawa yang menetak tu adalah adik kepada si Mangsa. Jom baca apa yang di update oleh blogger brader jai.
Bachok. 11.45 mlm 3/4/13 berlaku kes tetak di Pos BN Chabang 3 Melawi. Pemilik kedai di tetak oleh seorang penyokong PAS yang datang bersama adik mangsa.  
Mangsa di arah menurunkan semua poster BN. Poster BN kemudiannya di potong dengan pedang dan mangsa di tetak di bahu. Mangsa cedera di bahu kanan dan menerima 13 jahitan.  
Kes disiasat Peg. Penyiasat IPD Bachok di bawah seksyen 324. Nombor report1093/2013.  
P/S : Ini baru betul politik gangster kan?Siap tetak-tetak bagai.SAY NO TO PAS.(SINI)

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday, 4 April 2013

Rosmah Bongkar Isu Cincin RM24 Juta.


Saya telah membaca apa yang dinyatakan oleh isteri PM dalam buku yang diterbitkan.Isteri PM menafikan dia membeli cincin berkenaan.Bukan setakat menafi malah turut sama bersumpah.Datin Seri Rosmah akui cincin berkenaan masuk ke Malaysia dan dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya (Maira Nazarbayev) yang pada ketika itu berada kediaman PM untuk beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira Nazarbayev adalah 'regular customer' kepada Jewellry Jacob & Co New York.Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd.


Borang kastam 1-Borang pengishtiharan cincin berkenaan masuk ke Malaysia yang bertarikh 16 April 2011

Diringkaskan cerita,cincin tersebut masuk ke Malaysia mengikut lunas undang-undang yang ada walaupun ianya dialamatkan ke rumah PM.Bodohlah Rosmah kalau saat dia diserang tanpa henti-henti tiba-tiba pula beliau import cincin dan melalui pemeriksaan Kastam.Bukankah lebih baik waktu beliau keluar negara beliau beli cincin tersebut dan pakai di jarinya.Tiada siapa yang tahu.Beliau berani ambil langkah tersebut kerana beliau tahu tiada apa perlu disorokkan kerana beliau berada di pihak yang benar.Bukan macam Anwar yang bodoh piang langgar pelacur sampai tak sedar jam kena curi.Setelah cincin berkenaan dipamerkan kepada Maira Nazarbaye,ianya dibawa keluar dari Malaysia melalui KLIA dan diuruskan oleh ejen yang sama. Sekali lagi cincin berkenaan melalui prosedur pemeriksaan Kastam sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang negara.Cincin berkenaan keluar dari Malaysia pada 20 April ke Singapura juga untuk tujuan pameran kepada pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan.


Borang kastam 2-Borang pengishtiharan cincin berkenaan keluar dari Malaysia ke Singapura yang bertarikh 20 April 2011

Selepas dari Singapura kita tidak tahu ke negara mana pula cincin berkenaan dihantar untuk tujuan pameran kepada pelanggan-pelanggan Jacob & Co.Yang saya tahu dan sahih cincin berkenaan pulang semula ke New York dari Hong Kong pada 13 Mei 2011.Di Hong Kong mungkin cincin berkenaan dipamerkan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang lain. Lebih kurang sebulan cincin berkenaan terbang ke beberapa negara untuk tujuan pameran dan akhirnya kembali ke negara asal.


Cincin berkenaan tiba semula di New York pada 13 Mei 2011 dengan pesawat Cathay Pacific (CX 888) dari Hong Kong. Format tarikh yang digunakan di borang diatas MM/DD/YY

Kalau Datin Seri Rosmah yang beli cincin berkenaan, apa ke jadahnya cincin tersebut masuk ke rumah PM,kemudian terbang ke Singapura,kemudian terbang entah ke mana-mana negara,kemudian ke Hong Kong dan kembali semula ke New York ???

NAK TAHU JAWAPAN SEBENAR ???


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...