-->

Sebelah Sayap

Monday, 29 December 2014

Mohon @PDRMsia Mengambil Tindakan Keras.

Bukan main aktif pulak puak-puak dajjal ni menjalankan kerja keji dekat media sosial ni. Aku pon hairan kenapa mesti kene buat benda macam ni.

Negara kita sedang dilanda oleh satu bencana alam yang besar yang hampir melibatkan seluruh negeri. Alhamdulillah makin banyak tangan yang datang membantu memberi sumbangan kepada mangsa banjir. Tapi malangnya dalam kesatuan rakyat Malaysia dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir terdapat dajjal yang tidak menyukai kesatuan rakyat Malaysia dalam membantu dan meringan beban mangsa bencana.

Dajjal ini telah mengambil kesempatan dalam kesibukan pemimpin dan rakyat dalam menyampaikan bantuan. Gambar-gambar bencana yang berlaku dinegara lain telah diupload dan menjadi viral untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional kerana tidak bertanggungjawab terhadap mangsa-mangsa bencana. 




Dajjal yang menjelma ini juga telah membuat satu mesej berantai yang berbaur hasutan yang menyatakan pihak PDRM dan agensi-agensi kerajaan yang bertugas menghalang bantuan-bantuan sampai kepada mangsa-mangsa bencana. Terdapat juga mesej-mesej yang menyatakan bantuan disekat oleh pihak-pihak tertentu jika bantuan yang sampai tidak di cop UMNO/BN. 



Aku harap PDRM dan SKMM dapat menyiasat dan mengambil tindakan kepada mereka yang membuat cerita palsu dan menyebarkan fitnah ini. Perkara seperti ini boleh menjejaskan kesatuan yang diperolehi daripada bencana yang menimpa negara kita pada masa ini.

Psssstttt!! Jangan seronok sangat buat dosa. Mati tak tunggu tua. Mati tak kenal usia! Adios!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...