Dyana Sofya adalah satu fenomena baru apabila dia menjadi perempuan melayu Islam yang pertama diangkat menjadi calon DAP. Setiausaha Politik Lim Kit Siang itu masih lagi mentah dalam politik kerana dia menceburkan diri dalam arena politik dalam usianya 24 tahun iaitu sejurus selepas menamatkan pengajiannya di institut pengajian tinggi awam khas untuk orang bumiputera.
Pada pendapat aku, Dyana tidak lebih dari seorang pengikut kepada golongon pro-establishment. Bermula dari mengikuti ceramah-ceramah pembangkang dan demo-demo jalanan seperti Bersih, Hapus ISA, Hijau dan sebagainya. Minatnya dalam bidang politik mula terbentuk daripada program-program yang direncanakan oleh pembangkang.
Disamping itu, aku melihat seperti Dyana Sofya ingin membalas dendam untuk ibunya yang dahulu merupakan seorang ahli UMNO dan pekerja yang setia kepada parti UMNO. Tetapi malangnya pada zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri yang telah membuat satu perubahan dalam parti telah menyebabkan ibunya tidak dapat untuk meneruskan pekerjaannya. Dia melihat jasa dan keringat yang dibanting hanya untuk parti orang melayu itu hanyalah sia-sia. Dia melihat politik UMNO bergitu teruk sedangkan dia tidak melihat apa yang berlaku dalam DAP, PAS dan paling terbaru adalah krisis yang
berlaku dalam PKR.
Corak politik di Malaysia yang unik menyebabkan perkara seperti ini berlaku. Malangnya, akibat doktrin yang hebat semasa zaman belajarnya di UITM menyebabkan dia gagal untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dia hanya melihat ketidakadilan yang berlaku diantara non-bumi dengan bumiputera. Dia hanya melihat ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sedangkan adakah dia melihat apa sebenarnya yang ingin dilakukan oleh kerajaan pada asasnya dan apakah outcome selepas sesuatu itu.