-->

Sebelah Sayap

Saturday, 5 October 2013

Layak Ke @Khairykj Meneruskan Perjuangan Sebagai Ketua Pemuda? Anda Nilai Dari Sini.


Khairy Jamaluddin merupakan calon terbaik untuk menjadi Ketua Pergerakan UMNO Malaysia ketika ini. Selama tempoh satu penggal beliau menjadi ketua pemuda tanpa sebarang jawatan di dalam barisan kabinet, beliau telah berjaya untuk membawa pemuda ke satu tahap yang lebih tinggi. 

Jika dahulu seperti mana yang kita ketahui tidak ramai pemimpin pemuda yang sanggup berdepan dengan pembangkang untuk berlawan hujah, tapi selepas Khairy memegang tampok kepimpinan pemuda terdapat ramai lagi pemuda yang sedia untuk berhadapan dengan pembangkang bagi mematahkan hujah mereka. 

Pemuda UMNO bukan sahaja lagi dikenali sebagai golongan pendesak tetapi sebagai golongan yang senantiasa mencari solusi bagi permasalahan yang timbul. Pendekatan yang digunakan oleh Khairy Jamaluddin bukan "political-based" tapi merupakan "social-based". Aku melihat Khairy menganjurkan program untuk menyelesaikan masalah sosial yang berlaku.

Perjuangan pemuda harus lebih realistik dan sesuai dengan perubahan masa. Anak muda pada hari ini tidak gemar berbicara tentang politik dan aku melihat pendekatan "social-based' ini merupaka satu pendekatan yang terbaik dan perlu diketengahkan. 

BN Youth Job Fair merupakan contoh terbaik yang perlu dilihat kerana program ini telah membantu ramai golongan penganggur untuk mencari pekerjaan. Masalah pengangguran yang semakin meningkat telah membuatkan Khairy menzahirkan program yang boleh membantu menyelesaikan masalah pengangguran yang berlaku ini. 


Perjuangan "hidup melayu" bukan untuk memastikan melayu itu hidup tetapi untuk memastikan kelangsungan melayu itu dalam meneruskan kehidupan. Dengan membantu melayu terutamanya golongan muda dapat terus hidup dalam dunia yang semakin mencabar ini. Bukankah dengan mengadakan program-program sebegini juga merupakan satu perjuangan untuk membela bangsa melayu??

Pendekatan "social-based" ini bukan sahaja dapat membantu golongan muda tetapi secara tidak langsung ianya mampu untuk menarik minat golongan muda untuk bersama-sama dengan UMNO dan Barisan Nasional. Usaha yang dilakukan oleh Khairy bukan usaha syok sendiri malah dibuktikan oleh peningkatan jumlah pengundi muda semasa PRU-13 yang lepas dimana 54% pengundi menyokong UMNO dan Barisan Nasional. 

Jumlah pengundi muda melayu meningkat tetapi UMNO dan Barisan Nasional masih lagi gagal untuk mendapatkan pengundi daripada golongan bukan melayu. Khairy Jamaluddin pernah menyatakan hasratnya untuk memastika jumlah pengundi melayu untuk UMNO/BN meningkat sehingga 70 peratus. Namun begitu beliau memerluka  lebih masa untuk berusaha mencapai hasratnya itu.

Dari sudut kebajikan rakyat, sejak dari tahun 2008 selepas beliau memenangi kerusi parlimen Rembau. Beliau telah memastikan kebajikan penduduk di parlimen terjaga. Melawat ke kawasan-kawasan dalam parlimen beliau merupakan satu rutin mingguan bagi memastikan kebajikan penduduk dalam parlimen beliau sentiasa dijaga. Bukan seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan ahli parlimen hanya turun bertemu dengan penduduk bila musim pilihanraya. Hasil daripada usaha yang istiqamah oleh Khairy telah menampakkan hasil apabila PRU-13 beliau telah berjaya mendapatkan mejoriti 18 000 iaitu lebih 2 kali ganda semasa tahun 2008.



P/s: Pilihlah pemimpin yang benar-benar layak. Bukan sekadar kemampuan untuk bercakap tetapi kemampuan untuk bekerja untuk rakyat.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...