-->

Sebelah Sayap

Tuesday, 5 March 2013

#Pray4Sabah: Gerak Lincah Pengganas Memasuki Sabah




Inilah persoalan yg sering dimainkan pihak2 tertentu untuk menampakkan kononnya kelemahan Pihak Berkuasa negara. Sebenarnya perairan negara di Sabah, adalah jauh berbeza dengan perairan negara di Semenanjung Malaysia. Gugusan pulau2 yg beratus2 bauh yg berdekatan antara satu sama lain termasuk pulau2 yg termasuk dalam kawasan Filipina serta pantai yg luas, begitu mudah menyumbang kepada permasalahan ini.


Anda salah, kalau anda fikir 180 anggota penceroboh dari Filipina tersebut masuk merentas lautan dari Mindanao ke Sabah sekaligus? Bodoh lah mereka jika berfikir begitu kerana ia akan mudah dikesan oleh pihak pengawal perairan negara.

Untuk pengetahuan semua, setiap hari ada banyak bot2 kecil yg berulang alik dari pulau di selatan Filipina ke Sabah sama ada untuk berniaga ataupun diatas urusan harian. Dengan keadaan pantai yg luas, tak mustahil akan ada bot kecil yg bolos dari pemeriksaan pegawal perairan negara.

Kumpulan2 kecil penceroboh tersebut masuk ke Sabah dan berkumpul dalam skala besar di Lahad Datu bagi menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia menggunakan senjata sebagai ancaman. Tiada siapa yg tahu sudah berapa lama perancangan yg dilakukan oleh mereka sehinggalah ketibaan 32 orang berpakaian celoreng di kawasan tersebut.

Ada maklumat mengatakan, sebilangan anggota kumpulan penceroboh tersebut sudah berada di Lahad Datu hampir 4 bulan dari tempoh berlakunya pertumpahan darah. Ini menunjukkan bahawa perancangan mengangkat senjata oleh kumpulan ini sudah diatur sejak awal lagi.

Setelah musuh dikenalpasti, pihak yg dipertanggung jawabkan untuk menjaga keselamatan negara mula mengambil tindakan mengepung dan menangani sebarang tindakan musuh. Ia dilakukan dengan berhati2 agar konflik diantara Malaysia dan Filipina tidak tercetus.

Didalam rutin mengawal keselamatan dalam negara sendiri pun adakalanya menyaksikan anggota keselamatan kita cedera atau terkorban, apatah lagi ketika menentang kumpulan militan bersenjata lengkap dari luar.

Oleh itu, dakwaan bahawa pihak keselamatan negara cuai dalam menjalankan tugas serta kerajaan Malaysia memandang remeh isu keselamatan sempadan langsung tak boleh diterima pakai. Ia jelas menunjukkan bahawa sesetengah pihak itu sengaja mahu mempolitikkan isu ini demi kepentingan peribadinya sendiri. Sumber VAT 69 Pejuangan Semalam


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...