-->

Sebelah Sayap

Sunday, 10 March 2013

Pemimpin Pakatan Haram Buat Apa ni..!!!


Lawak apakah ini, Rafizi percaya pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari dapat membantu Pakatan Haram khususnya Parti Kencing Rakyat menarik undi kalangan orang Melayu. Weyh.!! Yang kene tala tu bukan bapak dia, yang kene tala tuh Saiful.

Logik atau tidak dia yang dulu bermati-matian berjuang untuk mendapatkan rayuan semula kes Saiful yang kalah. Tiba-tiba mengatakan ini semua konspirasi UMNO. Kenapa baru sekarang dia menyatakan yang ini semua adalah konspirasi UMNO. Kenapa tidak pada mula-mula Saiful menyatakan dia kene tala dengan Anwar?

Mengapa bapa Saiful mengambil masa begitu lama untuk menyatakan semua ini adalah konspirasi UMNO?
Ini merupakan respon Saiful selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh bapanya.
Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita bapa saya. Saya sedih bapa saya jadi mangsa kerasukan politik makhluk bernama Anwar Ibrahim. 
Demi Allah, agama, bangsa, negara tercinta saya tegaskan tidak sama sekali berganjak dengan dakwaan saya.
Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya dan segala keterangan saya di mahkamah juga sumpah lakhnat yang telah saya lafazkan sehingga akhir hayat. 
Anwar Ibrahim bertaubatlah. Saya telah lima tahun bertahan dan berdiri teguh walau sukar, saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. 
Sungguh terdesak dan jijik sekali. Saya beri amaran pada Anwar, jangan babitkan bapa saya untuk putar-belit keadaan.

Saya percaya isu sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu pengkhianat negara yang sedang berlaku.
Saiful sendiri melihat perkara ini merupakan mainan bekas bosnya, untuk mengalihkan tumpuan mengenai isu Lahad Datu dan Sabah. Bayangkan, Sabah yang dulunya aman dan makmur kini dihiasi dengan bunyi letupan bom, bunyi tembakkan dan bermacam-macam lagi. Dan mulut rakyat tidak lekang dari menyebut nama Anwar sebagai orang yang bertanggungjawab mengenai isu pencerobohan ini.

Dibawah ni korang boleh baca kenyataan daripada beberapa pemimpin Pakatan Haram.. kikiki..
Lawak.. Korang boleh baca... huihuihui..
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli percaya pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari kelmarin berhubung kes liwat melibatkan Saiful-Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membantu Pakatan Rakyat (PR) khususnya PKR menarik kembali undi kalangan orang Melayu. 
Sambil menyifatkan perkembangan itu sebagai sesuatu yang berlaku secara kebetulan, Rafizi mengakui kes itu, yang muncul tiga bulan selepas 
Pilihan Raya Umum 2008, ada menghakis arah aliran sokongan pengundi Melayu.
"Saya memang terkejut. Saya yakin ia akan membantu Pakatan dan PKR khususnya dalam menarik pengundi orang Melayu," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
 
Rafizi mengulangi pendirian menyangkal PKR mengatur strategi pendedahan yang dibuat oleh Azlan Mohd Lazim kelmarin iaitu genap lima tahun selepas PRU 2008.
"Tidak, tidak. Bukan kami merancang. Ia bukan strategi yang dirancang oleh kami, PKR
 
"Dari segi tarikh 8 Mac, selepas kes Deepak dan Bala, ia berlaku secara kebetulan. Tarikh 8 Mac juga secara kebetulan... saya lihat ia sesuatu yang berlaku kebetulan.
"Jika pendedahan ini satu strategi kami, sudah pasti saya tahu, saya akan dimaklumkan. Tetapi tidak dibangkitkan dalam perbincangan," kata beliau sambil menambah, "kemungkinan kemunculan bapa Saiful juga sebahagian daripada mereka yang mula melihat potensi Pakatan dalam PRU13."
 
"Sebab itu saya lihat ramai yang mula mendampingi kami, bertemu dengan kami, mengatakan sokongan termasuk bapa Saiful ini," katanya lagi. 
Katanya, berbanding isu Sabah, pendedahan bapa Saiful akan memanfaatkan PR menjelang PRU13. 
"Isu Sabah, terlalu awal untuk buat kesimpulan," katanya yang membuat perbandingan antara perkembangan insiden pencerobohan ke atas Sabah dan pendedahan bapa Saiful. 
Semalam, Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, mengucapkan terima kasih kepada Azlan atas pendedahan yang dibuatnya semalam bahawa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mendalangi kes liwat kedua melibatkannya.
Anwar berkata, pendedahan yang dibuat Azlan itu menguatkan lagi bukti konspirasi fitnah jahat yang dilakukan untuk memenjarakannya. 
“Walaupun pendedahannya itu tidak memberi apa-apa perubahan, tapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup buat begitu. 
“Dari awal lagi saya tidak bersalah dan mahkamah juga telah putuskan… jadi kenyataan ayahnya (Azlan) itu telah membongkar satu lagi sudut yang kita terangkan sebelum ini walaupun ia tidak dibawa ke mahkamah seterusnya iaitu penglibatan pegawai khas perdana menteri,” katanya. 
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya dakwaan terhadap tuduhan liwat yang dihadapi Anwar akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.
“Pendustaan satu masa dulu akan terbongkar, menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar).
 
“Alhamdulillah, semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini, dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya,” kata Menteri Besar Kelantan itu.-SinarHarian 

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...