-->

Sebelah Sayap

Thursday, 28 March 2013

Menyingkap #AmanatHajiHadi Yang Membawa Kepada Bencana.


Kenyataan yang sukar untuk diterima oleh ramai penyokong tegar PAS. Bayangkan dalam pertempuran yang dijanjikan syahid yang dijadikan front liner adalah golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas. Mana Islamnya?

Di zaman nabi dulu, jika dalam peperangan kaum wanita ini akan menjadi pemukul gendang dibahagian belakang untuk membakar semangat para pejuang dibahagian hadapan. Tapi insiden Memali telah menunjukkan PAS tidak rasional.

Insiden Memali dan Lahad Datu bagi aku tidak jauh berbeza, dua-dua terjadi akibat penglibatan pengkhianat negara. Nyawa manusia tidak lagi bernilai.


Bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga pejuang negara yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara kita? Apabila jasa dan NYAWA mereka tidak dihargai. Mampukah BADUT-BADUT, PELACUR-PELACUR politik ini pergi ke medan perang dan bergadai nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara?

Dalam insiden Memali ini, pengakuan bapa kepada Ibrahim Libya:
Dia seorang anak yang baik, tetapi itu sebelum dia bertemu dengan  Mat hasan dari Alor Setar. Pakcik tengok dia dah sesat jauh. Pakcik dah nasihat dia 20 kali. Tapi dia diam saje.
Angkara kuasa, nyawa yang terkorban tiada lagi makna. Angkara kuasa, hati dan perasaan keluarga mereka persenda. Angkara kuasa, mereka lakukan apa sahaja untuk memastikan Putrajaya milik mereka. Tapi mungkin mereka lupa, angkara kuasa yang mereka inginkan.. 
  • anak kehilangan bapa
  • isteri kehilangan suami
  • ibu bapa kehilangan anak
  • kawan-kawan kehilangan rakan semeja kopi.


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...