-->

Sebelah Sayap

Sunday, 31 March 2013

Beza Antara Orang Tabligh Dengan ULARMAK PAS!!


Semalam sejarah telah tercatat bila YAB PM kita telah bertandang ke tempat markas Tabligh di Masjid Jame' Bdr Baru Sri Petaling. PM tiba dan terus solat Isyak bersama jemaah selepas itu duduk mendengar bacaan kitab Hayatussahabah bersama ulama dan jemaah tabligh yang saban minggu berkumpul di sana. Kunjungan ini bukan kali pertama kerana beberapa tahun sudah ketika ijtimak jutaan manusia di Masjid Kuarters KLIA beliau juga turut hadir dan memberi ucapan.

Kehadiran PM bukti bahawa semua golongan termasuk jemaah dakwah tabligh tidak diketepikan. Berpakaian baju melayu kain pelikat kopiah putih satu lagi transformasi imej PM lakukan ketika bersama rakyat.

Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu demi kepentingan agama Islam walaupun mereka berbeza pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kepentingan umat Islam perlu dipertahan di negara ini.

"Walaupun kita ada perbezaan pendapat, tapi kita carilah cara untuk penyelesaian dan janganlah sampai kita merosakkan kepentingan Islam dan masa depan negara," katanya di depan 500 jemaah Masjid Jamek Seri Petaling sempena program ziarah masjid di sini Sabtu malam.

Selepas ucapan ringkas dari PM untuk semua jemaah yang hadir, bacaan doa oleh Maulana Abd Hamid Imam Besar Masjid Jame' Bdr Baru Sri Petaling memohon hidayah Allah SWT agar rakyat memberi mandat kepada PM Najib untuk terus mentadbir negara serta umat Islam bersatu dalam mempertahankan agama Islam yang suci.


Najib berkata kerajaan akan sentiasa membantu pergerakan dakwah di negara ini dengan apa sahaja cara yang boleh dilakukan bagi mempertingkat syiar Islam.

"Sebab itu, dalam apa jua keadaan, agama Islam mesti kita pertahankan, syariat Islam, kalimah Allah kita sucikan kerana inilah tanggungjawab kerajaan yang memperjuangkan syiar Islam," kata beliau yang turut meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum beredar.


Dah Singgah Komen Sikit

Anwar Bengang Bila Ditanya Mengenai Video Nurul Izzah


Seperti biasa wartawan menjadi mangsa jika tidak memihak kepada Ketua Pembangkang akan dicemuh dan dituduh menyokong UMNO. Taktik propa yang biasa kita dengar. Dahulu mereka jugak yang mempertikaikan kebebasan media akan tetapi bila dah kena dengan batang hidung sendiri pandai pulak kona baring. Memang dasar hampeh punya Pak Sheik nie

KOrang tengok sendiri kebabasan media oleh PKR nie...
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur wartawan Antarapos yang mengajukan persoalan mengenai video seks yang dikaitkan kepada beliau.
Soalan itu bertumpu kepada kenyataan Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution yang mendakwa Umno akan mendalangi video seks fitnah membabitkan pemimpin selain Anwar, termasuk Nurul Izzah.

Ditanya mengenai kenyataan Saifuddin itu, Anwar menuduh Antarapos sebagai alat Umno.
"Saya nasihatkan UMNO waktu Maghrib, awak solat dan ambil wudhuk, malu kita kepada umat Islam, kalau masyarakat Islam khususnya UMNO dan Antarapos dan mari kita solat maghrib dan mohon keampunan daripada Allah SWT," kata Anwar kepada AntaraPos.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) di ibu pejabat PKR. 

Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang sebelum ini sering dicemuh oleh Anwar dilarang sama sekali daripada membuat liputan sidang akhbar itu. 

Pagi tadi Saifuddin menyamakan pimpinan PKR kepada Nabi Yusuf, Mariam dan Aisyah yang difitnah dengan fitnah seks. Anwar adalah Ketua Umum PKR.

“Kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa beberapa video palsu seks beberapa orang pemimpin lain PKR akan diterbitkan,” kata Saifuddin.

-MKP

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday, 30 March 2013

Kekecewaan CheguBard Apabila Gagal Mendapat Nama Sebagai Calon PRU-13


Hahahahaha! tweet dari Nurul Izzah punca Chegubard merajuk sambil menangis teresak-esak huwaaaaa!

Cer.... cer... baca tweet Nurul Izzah, "Pemimpin Muda, Membawa Perubahan" mana gambar Chegubard! Awal-awal dah kena reject ka?

Rupanya kerja yang ko buat macam kerbau hanyalah kerja sia-sia je bard, tak sangka pulak taraf ko ni hanya pencacai seumur hidup bro.....!

Kalau aku berada di tempat chegubard, dah lama aku blah... demi maruah Bard... Takkan sanggup nak jadi pencacai seumur hidup!

Saddisnya.... berkempen bagai nak rak.... akhirnya jadi pencacai jugak hahaha!

Bard you are nothing... kosong... tak diiktiraf sebagai pemimpin muda dalam PKR! Sungguh malang nasib ko Bard! Asyik kena main dari belakang kat Anwar Ibrahim je.... suruh tongeng, ko tongeng... suruh makan, ko makan... hidup ko hanya sekadar pencacai dalam PKR!

Kini ko terpaksa lari membawa diri yang lara jauh dari Rembau dan terpaksa melupakan sumpah ko untuk bertanding dimana saja Khairy Jamaluddin bertanding. Keh... keh... keh... what happen bro?

Malang tak berbau... Chegubard terpaksa mengalah dan merajuk dengan hanya menawarkan diri sebagai pencacai untuk mendapatkan simpati dari Anwar yang sememengnya tidak berminat dengan Chegubard ini. ( Ko tak jambu kot Bard? )

Chegubard kencundang kerana Shamsul ketot lebih memahami kehendak dan citarasa Anwar.

Nak tak nak... Bard terpaksa mengarang perutusan untuk menagih simpati dari Anuar Ibrahim .

Pencacai
ABC
Asalkan Bukan Chegubard
Petikan dari blog pencacai....

SEDIA JADI JENTERA BIASA DAN TIDAK BERTANDING DALAM PRU KE 13

Pilihanraya ke 13 merupakan PRU yang terpenting dalam sejarah negara. Belum pernah mood rakyat setinggi ini untuk membuat perubahan bagi menamatkan sejarah penguasaan regim yang diwariskan kepada negara ini oleh penjajah. 
Namun perlu disedari cabaran yang terpaksa didepani bukan sedikit. Seribu satu helah dan taktik jahat akan digunakan untuk mempertahan regim ini seiring dengan seruan Najib Razak iaitu akan pertahankan 'Putrajaya' dengan darah biar hancur tulang belulang. 
Maka fasa ini memerlukan penyatuan semua yang berada di pihak pro perubahan. Mood perubahan amat tinggi namun sejarah pernah membuktikan banyak kali perubahan gagal dicapai antara sebabnya ialah kerana perebutan dan pertelingkahan. che'GuBard menasihatkan diri dan teman - teman agar mengambil iktibar sejarah ini. 
Ini masa seharusnya semua kelompok khususnya anak muda menumpukan gerak kerja mengasak perubahan tanpa berehat. Jalan yang dipilih ialah perubahan melalui peti undi dan kenderaannya ialah politik kepartian, maka perlu sedar ia sudah tentu penuh dengan kerenah politik itu sendiri.

Mendepani regim yang amat rakus dan pertembungan politik yang tidak jujur dan adil selaku anak muda ikhlas diakui ia amat mencabar kadang kala seperti tidak sanggup berdepan. Namun apa pun cabaran dalaman fokus perubahan besar demi tanah air tidak boleh sama sekali teralih.Untuk terus berada pada fokus yang betul maka kepentingan peribadi harus diletak tepi.

Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka , che'GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa. Kita semua harus sedar pertembungan kali ini ialah pertembungan kebangkitan dan kesedaran rakyat melawan regim yang jahat, korup dan sedang menghancurkan tanah air.
 
Menyeru semua kelompok anak muda untuk bersama dalam mood perlawanan maksima, yakinlah kejayaan kita bukan memenangi satu dua pertempuran sahaja tetapi peperangan menumbangkan regim menyelamatkan negara lebih penting.

che'GuBard tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 akan akur. Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa.
 
Bersama rangkaian komrad Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), kami sedia menggerakkan jentera anak muda dalam dan luar negara untuk terus mengasak perubahan dengan segala daya yang ada. SAMM telah pun menjalankan dan sedang menjalankan perbagai program juga tidak berhenti malah terus merancang perbagai program penyusunan anak muda untuk mengasak perubahan. Komrad SAMM percaya anak muda cita - citanya harus tidak singkat hanya untuk bergelar YB tetapi cita - cita kami ialah mencipta secara perubahan total yang akan dibaca ganerasi mendatang. 
Kepada semua ayuh bersekutu ke arah perubahan. Anak muda berparti atau tidak berparti yakinlah tidak apa atau tiada siapa yang boleh menghalang kita untuk berjuang merobah negara. Tidak perlu menjadi ahli politik untuk berjuang kerana kebanyakan anak muda tidak punya syarat lengkap untuk menjadi ahli politik iaitu kemahiran dan kebolehan mengampu, bermuka - muka dan mengipas, tetapi berjuanglah dengan cara masing masing kerana perjuangan merobah negara milik semua. 
Kepentingan teratas kini ialah tumbang regim dahulu.
Sekian.
 
che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
anggota biasa PKR


Dah Singgah Komen Sikit

Cacai PAS Meroyan Bila Treler Kene Tahan.

Sekarang ini, di merata-rata media Internet, para pecacai PAS sedang menyerang dan menyalahkan pihak polis kerana bertindak MENGANIAYAI dan MENZALIMI mereka. Kononnya PDRM bertindak kerana terlalu takut UMNO dan Barisan Nasional akan kalah pada PRU13. Mereka juga membuat cerita kononnya, rombongan penceramah PAS yang menggunakan trak dan treler telah menakutkan UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan PDRM telah dikerah untuk menahan, menyekat dan menyita kenderaan-kenderaan berkenaan.

Dalam kejadian pagi tadi, lebih kurang 30 orang anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah menahan treler Negara Berkebajikan PAS di Taman Pinji Perdana setelah rombongan tukang kempen PAS itu keluar dari lebuhraya PLUS menuju ke Pangkalan Pegoh.


Para pecacai PAS cuba mengaitkan tindakan anggota-anggota penguatkuasa tersebut sebagai cubaan untuk menggagalkan kempen dan ceramah PAS. Malah paling menarik apabila mereka mendakwa, sekatan tersebut turut membabitkan anggota-anggota Cawangan Khas. Pecacai PAS turut mewuar-uwarkan kononnya anggota-anggota penguatkuasaan tersebut tidak tahu mengapa mereka diarahkan menahan konvoi tersebut, sebaliknya memberikan arahan kononnya mereka sekadar menjalankan tugas setelah arahan dikeluarkan.

Sebenarnya, kenderaan-kenderaan tersebut menyalahi akta dan peraturan kenderaan Malaysia. Pengubahsuaian kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk berkempen oleh PKR dan PAS telah menyalahi Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disebabkan itulah, kenderaan-kenderaan tersebut ditahan untuk siasatan.


Bagaimanapun, para pecacai Pakatan seboleh-boleh mungkin cuba menggambarkan kenderaan-kenderaan berkenaan ditahan di bawah Seksyen 60 (3).

Jika disabitkan kesalahan, pemilik kenderaan-kenderaan tersebut boleh dikenakan kompaun di bawah Kaedah 34 dan Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Pengesahan telah dibuat oleh Unit Kejuruteraan Otomotif JPJ di mana pengubahsuaian kenderaan-kenderaan tersebut telah dibuat tanpa kebenaran Ketua Pengarah JPJ. Kesalahan menyalahguna permit dan lesen kenderaan turut dilakukan dan telah dikesan oleh SPAD. Manakala Kerajaan Tempatan PBT telah mengesan kesalahan meletak kenderaan.


PDRM pula boleh mengenakan kompaun kerana kesalahan mengiklan di bawah Kaedah 12 (4), berhenti di tempat larangan di bawah Kaedah 16 (1) halangan, 49 (2) (a) iaitu menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lian, 49 (2) (f) iaitu penggunaan di bawah pembuatan dan penggunaan dalam Kaedah Lalulinta Jalan 1959 (LN 166/1959), melanggar syarat-syarat dalam Permit yang dikeluarkan oleh OCPD mengikut Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, Akta Perhimpunan Aman dan Kesalahan Akta Pilihanraya.

Mengapa agaknya para pecacai Pakatan langsung tidak menyatakan kesalahan-kesalahan yang telah dilanggar oleh kenderaan-kenderaan tersebut? Sebaliknya cuba menunjukkan kononnya PDRM dan JPJ cuba menganiayai mereka?

Belum pun berkuasa, Pakatan Rakyat sudah menunjukkan yang mereka langsung tidak menghormati undang-undang di negara ini. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja, dan kemudian menyalahkan pihak berkuasa apabila mereka ditangkap melakukan kesalahan melanggar undang-undang.

Kejadian di Taman Pinji Perdana sudah cukup untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sememangnya bukanlah pihak yang tahu menghormati undang-undang walaupun pada masa yang sama, mereka seringkali mendesak agar mereka dihormati!!!

-Sel13

Dah Singgah Komen Sikit

Haji Hadi Mesti Bertanggungjawab Atas Apa Yang Berlaku.



Lihat gambar di atas dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pencacai pakatan haprak. Peristiwa berdarah di Kampung Memali, Baling Kedah pada 19 November 1995 diputarbelitkan fakta oleh puak PAS bahawa pihak Kerajaan ketika itu bertindak kejam pada masyarakat Kampung Memali.

Kanak-kanak dipergunakan dan wanita tidak kira usia diletakkan dibahagian hadapan pertahanan manakala kaum lelaki hanya berselindung disebalik rumah, semak samun dan ada yang hanya duduk di dalam rumah. Dimanakah perginya Islamnya..?? Di zaman nabi dulu, wanita diletakkan di bahagian belakang sebagai pemukul gendang semangat untuk kaum lelaki yang bertarung dihadapan.

Perwatakan mereka juga seperti telah 'DIRASUK HANTU' bertindak seperti tak ada perasaan perikemanusiaan. Inikah ajaran Islam yang sebenar?

Dalam video ini kita dapat lihat dengan jelas Amanat Haji Hadi adalah punca kejadian ini berlaku. Doktrin melampau tentang perjuangan Islam membawa kepada pertumpahan darah.

Ajaran Syiah yang juga menjadi pegangan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS juga menjadi antara punca pengikut Ibrahim Libya seperti dirasuk untuk menyertai perjuangan yang tidak pasti kebenarannya.

Saksikan video di bawah PENDEDAHAN SEBENAR (bahagian 2) betapa bahayanya Amanat Hj Hadi yang membawa pertumpahan berdarah yang menghilangkan nyawa mereka yang tidak berdosa ini.


Sekarang ini mereka yang kononnya mati syahid bagaikan mati katak, masakan tidak daripada memperjuangkan negara Islam sekarang ini ditukarnya kepada negara berkebajikan beracuankan Malaysian Malaysia.

Dah Singgah Komen Sikit

Friday, 29 March 2013

Mereka Di Manila Selang Beberapa Hari Sebelum Pencerobohan #LahadDatu


Akhirnya, Tian Chua dan Sivarasa telah dikantoikan sendiri oleh rakan rakannya dalam PKR. Penglibatan kedua dua orang daripada SUARAM dengan apa yang berlaku di Lahad Datu sudah semakin jelas.

Video di bawah ini dirakam pada 10.02.2013 (2 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu) semasa Program Sambutan CNY PKR 2013. Video Url: http://youtu.be/kA9d8hxvLVY


Video yang membuktikan Tian Chua, Siva Rasa, Darell Leiking dan beberapa orang pemimpin pembangkang yang tidak diketahui, telah berada di Philipina selang beberapa hari sebelum insiden pencerobohan di Lahad Datu berlaku.

Kemudian lihat pula kenyataan Tian Chua di twitter...



Dalam ucapan ringkas Darell Leiking, beliau ada mengatakan;

"Baru tadi.... baru semalam (09.02.2013), saya balik daripada Manila untuk satu misi bagi parti dengan rakan kita di sana, YB Tian Chua dan YB Siva Rasa. DSP Wilfred Bumburing pun sepatutnya bersama kami tapi beliau banyak urusan di sini Sabah tapi saya tahu beliau selalu Touch dengan kami berkenaan apa misi kita di manila baru-baru ini......"

Suatu yang mengejutkan, tarikh Tian Chua bertolak ke Philipina (31 Jan 2013) sehingga Darell Leiking memaklumkan kepada hadiri dengan ayat "semalam" (09 Feb 2013), menggambarkan seakan-akan pemimpin-pemimpin pembangkang berada di Philipina untuk suatu tempoh yang agak lama.


Dah Singgah Komen Sikit

Anwar Berkubur Di Perak



Walaupun perkataan seperti ‘malu’ atau ‘segan’ membawa takrif berbeza sejauh mana melibatkan kamus politik, dan mungkin juga kamus hidup beliau,  paling jelas ialah perkataan ’takut’ sama sekali tidak wujud dalam kosa kata Anwar Ibrahim.

Akibat politik beliau pernah meringkok (1974-1976)  di Kem  Kamunting, Perak. Tahun 1999 pula terpaksa meninggalkan jawatan dan dunia politik apabila disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan kuasa lalu berehat selama enam tahun di Penjara Sungai Buloh.  Kemudian 2000, dihukum sembilan tahun kerana tuduhan liwat.

Pada 2004 ketika Pak Lah jadi PM, Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan kerana pendakwaraya gagal kemuka bukti kukuh. Selanjutnya 2008, selepas PRU12, Anwar ditahan dan dihadap ke mahkamah kerana tuduhan liwat terhadap pembantunya Saiful Bukhari walaupun pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi bebaskan Anwar dari tuduhan salah laku.

Tidak mustahil ketiadaan perkataan ‘takut’ dalam hidupnya itu melahirkan semangat juang, ‘lawan selagi hidup’. Namun, Anwar sendiri akur betapa kejayaan dalam perjuangan memerlukan lebih dari semangat.

Selepas mempergunakan Abim selaku batu loncatan, tanpa segan  dan tanpa rasa bersalah terhadap rakan-rakan seperjuangan,  Anwar memilih Umno sebagai tapak baru dalam politik.

Jawatan presiden Abim dilepaskan pada 29 Mac 1982 dan menyertai Umno atas ihsan Tun Dr Mahathir selaku Presiden Umno dan PM ketika itu.
Walaupun bersama-sama Abim, turut berkempen untuk Pas di Kelantan pada 1978, tindakan beliau menyertai Umno bukan sahaja menghampakan rakan-rakan, tetapi juga Datuk Asri Muda, Presiden Pas ketika itu.

Kini atau setidak-tidaknya bermula 2008,  ia berada di  barisan depan pembangkang sebagai ketua mereka. Musuh lama seperti Lim Kit Siang dan Hadi Awang atau DAP dan Pas, kini rakan sebantal.

Menjelang PRU13 Anwar menambah lagi warna hidupnya yang sedia ada apabila mengambil keputusan untuk meninggalkan kubunya - Permatang Pauh untuk bertanding di Perak.

Bagi pengundi di Permatang Pauh yang lebih mengenali Anwar, graf politik Anwar di kawasan berkenaan melalui pasang surut. Dalam PRU11 pada 2004, tempatnya diisi oleh isterinya  hampir menyaksikan satu ‘up-set’.  Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding atas tiket PKR menang hanya bermajoritikan 590 undi.

Pemuda Pas Perak undang Anwar tanding di Lumut, iaitu kawasan majoriti Cina. Tapi sanggupkah Anwar berkempen menentang calon Cina, Kong Cho Ha - Setiausaha Agong MCA yang merupakan anak tempatan.  Anwar mahu dilihat “tidak anti Cina” justeru jika ia berdepan tokoh MCA itu, ia terpaksa guna bahan kempen yang anti MCA.

Sama ada Anwar takut kepada pengundi generasi baru di Permatang Pauh atau ia sekadar salah satu strategi terbaru, ia diulas oleh hampir semua pihak. Dr Mahathir berkata “jika beliau mahu lari dari Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap kerusi Parlimen itu semakin hari semakin berkurangan.”

Nampaknya Perak seperti menggamit keberaniannya untuk mencari kawasan baru. Jalan di hadapan masih berliku dan tanpa kepastian jitu terutama jalan ke Putrajaya.

Setakat ini harapan lamanya  iaitu menjadi PM melalui Umno  berkecai, harapan baru dengan andaian rakyat menyokongnya juga menunjukkan graf penurunan.

Percaturannya kini dilihat seperti kehilangan arah tujuan.

Memetik kata-kata MB Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ‘setiap insan politik ada surutnya.’  Tidak ada yang lebih tepat untuk menghuraikan realiti politik Anwar yang sedang mengharungi zaman surut dari kata-kata tersebut. Ini dapat disaksikan di mana-mana.  Walaupun konon sambutan ceramahnya mengundang ramai, namun beliau tidak memiliki sesuatu baru untuk ditawarkan.

Kembali ke Permatang Pauh bererti mengambil risiko besar untuk tewas. Kekalahan akan meranapkan segala impian untuk menjadi perdana menteri. Justeru, pada hemat beliau, jalan selamat ialah mempergunakan sokongan pengundi Cina di Perak (atau Selangor). Namun, besar kebarangkalian ini juga satu kesilapan percaturan.

Kalau dalam PRU lalu, Umno menang 27 kerusi dari 59, kini di bawah Dr Zambry, jumlah itu akan bertambah dan malah MCA dan parti komponen lain yang bertanding akan mencatatkan pertambahan kerusi.

Justeru biarpun Anwar  berusaha memadamkan perkataan ‘takut’ dari Kamus Dewan sekalipun, malangnya usaha sedemikian tidak mencukupi untuk memberikan beliau kemenangan.

Jika Perak melahirkan bibit-bibit awal politiknya, maka nampaknya Perak juga akan menyaksikan politik Anwar Ibrahim berkubur untuk selama-lamanya. Kepada Anwar, selamat mencuba.-29/3/2013 -Sinar Harian

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday, 28 March 2013

Ibu Saiful Juga Terlibat Dalam Konspirasi Liwat Beliau?


Dulunya memperjuangkan nasib si anak yang telah disondol oleh pemimpin bernafsu binatang. Kini dia tampil sebagai wira untuk menidakkan tindakkan pemimpin bernafsu binatang yang telah menyondol anaknya..



Di manakah pergi sifat bapa, sifat untuk melindungi anak? Hanya kerana wang dia mampu bersekongkol dan bersama-sama dengan pemimpin bernafsu binatang ini menidakkan apa yang berlaku kepada anaknya malah menyatakan ini semua adalah satu konspirasi terancang UMNO/BN. 

Mungkin si bapa ini tidak mahu hidup dalam kehidupan yang susah. Mungkin wang yang diberikan terlalu banyak sehingga membuatkan si bapa tidak mampu menolak. Tetapi adakah si bapa tidak tahu menilai yang manakah lebih berharga? Maruah anaknya ataupun nilai wang yang diterima.. ?? Fikirkan laa..

Dah Singgah Komen Sikit

Kejutan Dari Anwar Menjelang PRU-13


  1. Anwar akan menggunakan keluarga Saiful Bukhari untuk menentang Saiful Bukhari.
  2. Anwar akan merancang pelbagai 'bencana' yang kononnya menimpa beliau, termasuk cubaan menembak beliau, demi meraih simpati rakyat sewaktu kempen PRU13 sedang berlangsung.
  3. Anwar akan menghasut serta menyogok pegawai-pegawai kanan kehakiman untuk mengeluarkan kenyataan bahawa kes Sodomy 1 dan Sodomy 2 adalah rekaan semata-mata.
  4. Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, demi mengaburi minda penyokong-penyokong beliau.
  5. Anwar akan tunjukkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi.
  6. Anwar akan memujuk ADUN dan Ahli Parlimen PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR dan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana telah disogok dengan wang ringgit.
  7. Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya.
  8. Peguam-peguam dan anggota-anggota polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk oleh Anwar supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut.
  9. Mereka akan hina dan fitnah Datin Seri Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal.
  10. Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti.
  11. Anwar akan menunjukkan surat palsu Yusuf al-Qaradawi mengatakan bahawa Anwar patut menjadi Perdana Menteri Malaysia.
  12. Pihak pakatan haram akan mengumumkan pengharaman UMNO/BN.
  13. Anwar look-alike akan muncul untuk mengaku bahawa dialah yang berlakon dalam video skandal Chinadoll.













Dah Singgah Komen Sikit

Menyingkap #AmanatHajiHadi Yang Membawa Kepada Bencana.


Kenyataan yang sukar untuk diterima oleh ramai penyokong tegar PAS. Bayangkan dalam pertempuran yang dijanjikan syahid yang dijadikan front liner adalah golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas. Mana Islamnya?

Di zaman nabi dulu, jika dalam peperangan kaum wanita ini akan menjadi pemukul gendang dibahagian belakang untuk membakar semangat para pejuang dibahagian hadapan. Tapi insiden Memali telah menunjukkan PAS tidak rasional.

Insiden Memali dan Lahad Datu bagi aku tidak jauh berbeza, dua-dua terjadi akibat penglibatan pengkhianat negara. Nyawa manusia tidak lagi bernilai.


Bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga pejuang negara yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara kita? Apabila jasa dan NYAWA mereka tidak dihargai. Mampukah BADUT-BADUT, PELACUR-PELACUR politik ini pergi ke medan perang dan bergadai nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara?

Dalam insiden Memali ini, pengakuan bapa kepada Ibrahim Libya:
Dia seorang anak yang baik, tetapi itu sebelum dia bertemu dengan  Mat hasan dari Alor Setar. Pakcik tengok dia dah sesat jauh. Pakcik dah nasihat dia 20 kali. Tapi dia diam saje.
Angkara kuasa, nyawa yang terkorban tiada lagi makna. Angkara kuasa, hati dan perasaan keluarga mereka persenda. Angkara kuasa, mereka lakukan apa sahaja untuk memastikan Putrajaya milik mereka. Tapi mungkin mereka lupa, angkara kuasa yang mereka inginkan.. 
  • anak kehilangan bapa
  • isteri kehilangan suami
  • ibu bapa kehilangan anak
  • kawan-kawan kehilangan rakan semeja kopi.


Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday, 27 March 2013

#ManifestoBukanJanji Penipuan Negeri Pembangkang


Apabila berbicara soal mungkir janji, pasti kita tidak akan terlepas dari memandang kepada pakatan pembangkang, ini kerana golongan tersebut telah dipenuhi dengan mereka-mereka yang sering khianat terhadap janji yang telah diberikan.

Lisan atau lidah mereka yang bergelar pemimpin di dalam pakatan, memang terkenal menuturkan seribu satu janji, namun seringkali gagal untuk mengotakannya. Contohnya, ketika berkempen dan di atas pentas ceramah, mereka sering mengatakan ‘tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya pakatan (dahulu dikenali sebagai barisan alternatif) diberikuasa, apabila ayam berkokok, menjelang subuh kita akan berikan itu dan ini.

Namun setelah mendapat kuasa yang diidamkan itu dan apabila janji tersebut dituntut oleh rakyat mereka dengan mudah akan mengatakan ‘Manifesto PR Bukan Janji’. Sedangkan di dalam Islam, menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)
Malah, dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah s.w.t., seperti firman-Nya yang bermaksud:

“…..Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji……” – (Al-Baqarah:177)

Oleh yang demikian mereka yang gemar berbohong atau sering memungkiri janjinya merupakan tanda-tanda adanya sifat nifaq atau ‘MUNAFIQ’. Malah junjungan besar kita nabi Muhammad SAW ada bersabda berhubung perkara ini.

“Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)”. (Hadis riwayat Bukhari).

Semua petikan surah dan hadis tadi merujuk kepada peri-pentingnya untuk seseorang itu menunaikan janji yang pernah diberikan, apatah lagi mereka yang telah diangkat sebagai pemimpin.

Namun berlainan dengan pakatan pembangkang, amaran dan peringatan yang diberikan oleh Allah dan Rasul itu seolah tidak memberikan kesan kepada mereka. Sedangkan ada dikalangan mereka yang dikatakan sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ dan mereka yang kononnya bertaraf ulama. Seolah-olah Islam pada kaca mata mereka, hanya digunakan untuk membodohkan rakyat.

Bukanlah niat untuk melemparkan tuduhan, namun setelah 4 tahun mentadbir kerajaan di Pulau Pinang, Selangor & Kedah, serta 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji manis mereka yang masih lagi belum ditunaikan. Patutlah penyanyi Aishah yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ sertai pembangkang, rupa lagu tersebut ditujukan kepada pemimpin mereka.

Antara janji-janji mereka yang sehingga kini hanya tinggal janji kerana berpegang kepada pendekatan #ManifestoBukanJanji ialah tabung permulaan RM100 bagi anak-anak kelahiran Selangor (mana duit yang diJANJIkan itu???), bantuan RM75 bagi setiap kanak-kanak di nurseri (nak tunggu kes di ke mahkamah barangkali).

Itulah antara janji yang pernah diberikan kepada rakyat yang sehingga kini GAGAL dilaksanakan. Malah di Kelantan, kerajaan Pas baru nak rasmikan pembinaan stadium yang dijangka akan siap pada PRU18 nanti.

Kesimpulannnya rakyat khususnya pengundi di 4 negeri yang ditadbir oleh pakatan WAJIB menolak menolak wakil/calon pakatan dalam PRU13 nanti sebagai pengajaran agar jangan cuba membodohkan rakyat dengan menabur jan-janji palsu.


Dah Singgah Komen Sikit

Orang Cina Mula Mempersoalkan Anwar



Apa kata Tun Daim?
"Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau -- apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan"

"Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat."
 
"Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita"
Pengundi Cina Hilang Keyakinan Terhadap Anwar #1Malaysia #TolakPR

Fakta Kegagalan Anwar Penasihat Ekonomi Selangor.http://riziqin.blogspot.com/2013/03/pengundi-cina-hilang-keyakinan-terhadap.html

(Atas - infografik) Carta perbandingan kedudukan wang tunai Selangor semasa pemerintahan Barisan Nasional (2003 – 2007) dengan Pakatan Rakyat di mana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penasihat ekonominya.

Perbandingan ini dibuat berdasarkan laporan Ketua Audit Selangor 2007 dan 2011.

The Economist : Pengundi Cina Mula Bimbang Dengan Anwar

Kajian terbaru The Economist menyebut perubahan pola sokongan masyarakat Cina kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjadi samar-samar apabila sikap dan berpendirian Ketua pembangkang itu kurang diyakini daripada beberapa perkara.

“Melanggar peraturan, sesetengah orang Cina masih bimbang dengan Anwar atas sebab-sebab yang berbeza,” lapor The Economist dalam kajian bertajuk “Malaysia’ Looming Election“.

Kajian turut menyebut tuduhan salah laku seks terhadap Anwar turut sama memberi kesan dan menghakis populariti beliau.

Dakwaan-dakwaan tersebut juga mungkin mencipta ketegangan dalam Pakatan Rakyat, lapornya.

Laporan turut menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih popular yang dibuktikan dengan kaji selidik pendapat baru-baru ini.

Kedudukan Najib dalam kaji selidik itu mencapai 61 peratus, lapornya.

“Beliau mempunyai cerita yang baik untuk diberitahu, pertumbuhan ekonomi yang kukuh sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2012, kemiskinan hampir dihapuskan, ketidaksamaan dikurangkan dan 400 kes undang-undang terhadap rasuah dimulakan.

“Dan dia mampu mengumumkan satu skim pemberian wang tunai kepada isi rumah miskin akan menjadi acara tahunan,” lapornya lagi.

Sementara itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dilaporkan Antarapos mendedahkan masyarakat Cina dalam DAP tidak mempercayai Anwar tetapi mempergunakan Ketua pembangkang itu untuk kepentingan politik mereka.

Tunku Aziz berkata perkara tersebut diketahui berdasarkan pergaulan yang masih akrab beliau bersama kepimpinan DAP setelah meninggalkan parti itu tahun lalu.

“Memang tidak percaya. Saya biasa tanya sahabat-sahabat saya di dalam DAP, adakah mereka serius terhadap Anwar. Tapi mereka tidak berikan jawapan yang kukuh,” katanya kepada Antarapos.

Secara peribadi, Tunku Aziz menambah, beliau langsung tidak mempercayai Pakatan Rakyat selain menjangkakan negara akan menjadi kucar kacir sekiranya mereka memerintah.

“Mereka tidak serius. Mereka gunakan Anwar dan Anwar gunakan mereka. Inilah dinamakan ‘mutual exploitation’.

“Adakah ini kumpulan yang akan memimpin negara? Saya tidak percaya mereka langsung. Ini akan jadi sesuatu yang teruk jika mereka berkuasa,” katanya.

-TF

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday, 26 March 2013

Ini Yang Buat Rosmah Pening Kepala #FaktaBukanAuta



Cerita-cerita seperti Rosmah kawal Najib, Rosmah PM dibelakang tabir, apa yang Najib nak buat semuanya kena dapat kelulusan Rosmah. Sekarang pula bila masuk musim pilihan raya timbul pula cerita Najib tidak bubarkan parlimen kerana Rosmah halang. Semua nama-nama calon ditentukan oleh Rosmah. Dipendekkan cerita, maksudkan mereka cuba memberitahu rakyat Malaysia bahawa Rosmah berkuasa dalam segala hal dan PM akan ikut apa yang Rosmah kata. 

Rosmah dibandingkan dengan Wan Azizah kononnya Wan Azizah seorang isteri yang baik, isteri yang zuhud, isteri yang beriman.

Sedar atau tidak rakyat Malaysia bahawa apa tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah selama ini adalah menjadi amalan Wan Azizah ?

Rosmah yang tak pegang apa-apa jawatan dalam politik dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Wan Azizah yang paling berkuasa dalam PKR mereka pejamkan mata.

Isteri Najib yang tiada kuasa membuat sesuatu keputusan dalam Umno dituduh paling berkuasa, manakala bini Anwar yang terang-terang paling berkuasa dalam PKR, orang tak nampak.

Rosmah yang tidak ada kuasa untuk menentukan senarai-senarai calon BN dituduh paling berkuasa, Wan Azizah yang terang-terangan paling berkuasa menentukan calon-calon PKR mereka butakan mata. Bukan setakat tentukan calon malah berkuasa menandatangani watikah calon. Lihat pendedahan sel13.com di sini

Rosmah yang terang-terang kata beliau tidak akan sesekali bertanding dalam pilihan raya mereka kata Rosmah akan bertanding, Wan Azizah yang nak bertanding mereka kata itu amalan demokrasi.


Rosmah digelar wanita puaka kerana dituduh mengamal ilmu hitam dan menggunakan bomoh. Tapi sampai hari ini pun tidak pernah ada satu bukti yang ditampilkan. Wan Azizah yang terang-terang bersekongkol menggadaikan kalimah Allah kepada bukan islam, diangkat sebagai muslimah beriman.

Rosmah tidak bertudung tetapi sehingga hari ini Rosmah masih mampu jaga dan didik anak-anak dia supaya tidak masuk ke gereja dan berkata orang islam wajar diberi kebebasan untuk menukar agama. Wan Azizah yang bertudung bukan sahaja gagal didik anak malah menyokong anaknya yang berkata orang islam wajar diberi kebebasan memilih agama dan dia diberi anugerah Sayyidatina Khatijah oleh ABIM. Sepatutnya dia diberi gelaran wanita celaka.

Dalam keluarga Najib hanya Najib seorang yang terlibat dalam politik. Isteri dan anak-anak beliau tidak terlibat dan memegang apa-apa jawatan dalam politik. Ini fakta dan realiti. Tetapi dalam keluarga Anwar habis anak beranak terlibat . Yang ini apa cerita ? Rakyat Malaysia tak nampak ke ?

Cuba cari dalam dunia ini mana ada parti politik yang si suami sebagai ketua umum, isteri presiden dan anak pula naib presiden ??? Siapa yang jumpa cari dan disahkan betul, saya akan tutup blog ini.

Pernahkan anda lihat Najib dan Rosmah buat sidang media begini ?


Pernah anda lihat Rosmah buat sidang media angkut pengerusi parti komponen BN, MB dan ahli parlimen seperti yang Wan Azizah lakukan ini ?


Laki bini habis buat poster.....Dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia tidak pernah berlaku perkara sebegini.
-RBF-

Dah Singgah Komen Sikit

#LahadDatu: Ramai Yang Tidak Tahu Hal Ini.



Di bawah adalah laporan Inquirer News yang pasti akan mengejutkan kita semua tentang kronologi dan kaitan percerobohan Lahad Datu dengan pakatan pembangkang.
Secara ringkasnya, Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga iaitu pembangkang Malaysia politik, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

Pegawai perisikan Filipina berkata bahawa salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang telah bertanding bagi jawatan di Sabah.

Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kirams. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kirams membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.

Malah, satu laporan The Philippine Star minggu lepas telah mendedahkan percerobohan di Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aguino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya 3 kumpulan yang memperalatkan tunutan Kirams untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.

Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan BN seperti yang dibohongi oleh kepimpinan pembangkang.

Malah, kenyataan pemimpin pembangkang yang begitu cepat menyalahkan parti lawan dilihat sebagai satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu yang sebenarnya berlaku.

Bagaimana pun, MiM berharap agar Anwar Ibrahim tampil ke hadapan untuk menjawab isu ini bagi menggelak spekulasi dan sebagainya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca terjemahan artikel Inquirer News yang boleh menyebabkan Anwar Ibrahim dan pembangkang berasa gelisah dan panik :

Sama ada waris kesultanan Sulu bertindak sendiri untuk menuntut Sabah atau telah dihasut oleh kuasa luar untuk berbuat demikian, satu perkara yang pasti, menurut sumber-sumber perisikan kerajaan: Ia adalah perniagaan yang terbukti terlalu besar bagi waris untuk mengendalikan pada mereka sendiri. 


 
Sumber itu juga percaya bahawa dalam mesyuarat mereka pada November tahun lepas, yang Kirams memutuskan untuk "menuntut Sabah atau sekurang-kurangnya meminta untuk pampasan satu untuk Sabah yang setimpal ke hari ini nilai-tanah itu, dan untuk keluarga diraja diberikan pengiktirafan yang sewajarnya oleh Malaysia " 
Sama ada waris kesultanan Sulu bertindak sendiri untuk menuntut Sabah atau telah dihasut oleh kuasa luar untuk berbuat demikian, satu perkara yang pasti, menurut sumber-sumber perisikan kerajaan: Ia adalah perniagaan yang terbukti terlalu besar bagi waris untuk mengendalikan pada mereka sendiri. 
Sumber-sumber berkata bahawa dasar kerajaan Filipina di Sabah adalah untuk memastikan ia dalam back burner. 
Tetapi nampaknya "sesetengah orang" mahu menolak ia ke hadapan sekarang. Dan mengapa sekarang, pada masa ini, adalah salah satu daripada perisikan kerajaan soalan mengkaji. 
Sumber-sumber konsisten menyebut tiga kumpulan yang muncul telah mengambil kesempatan daripada keputusan Kirams untuk meneruskan tuntutannya Sabah mereka. 
"Ini adalah kumpulan yang mahu menaiki mengejar Kirams 'dengan kepentingan mereka sendiri dalam fikiran," kata salah satu sumber berkata.

 
Sumber lain menambah: "Terdapat banyak yang boleh mendapat manfaat daripada ini, bukan sahaja di Filipina tetapi di Malaysia serta." 
Ini "faktor-faktor luaran," sebagai sumber bertanya menyifatkan kumpulan, satu puak kecil yang ada di dalamnya untuk wang, sebuah kumpulan anti-pentadbiran Aquino, dan parti politik pembangkang Malaysia. 
"The Kirams merancang untuk meneruskan tuntutan mereka seawal tahun lepas. Tetapi mereka pergi ke Lahad Datu juga pada hasutan itu daripada kumpulan-kumpulan ini, "pegawai perisikan berkata. 
Kumpulan kecil didakwa mendorong para Kirams untuk meminta kerajaan Malaysia agar membayar sewa yang lebih tinggi untuk Sabah. Jika Malaysia menerimanya, kumpulan kecil ini didakwa akan mendapat habuan kerana peningkatan itu. 
Kumpulan anti-pentadbiran itu semata-mata mahu menjatuhkan Presiden Aquino dan menggunakan proses perdamaian sebagai punca rasa tidak puas hati untuk Kirams.
"Semua orang-orang yang tidak suka P-Noy (nama samaran Presiden) telah bergabung. 
Ini adalah satu cara untuk benar-benar menguji bagaimana pentadbiran ini akan bertindak balas (seperti isu ini). Apa sahaja yang berlaku di Malaysia, akan ada tindak balas kepada kami, "kata satu sumber. 
"Dalam erti kata lain, sesiapa yang mahu mengganggu proses damai atau menguntungkan Presiden Aquino, telah memenangi," tambah sumber.

-DrMIM 

Dah Singgah Komen Sikit

Friday, 15 March 2013

PANAS!! Bendera PKR Dekat Bangunan UMNO!!



Bendera PKR yang dipacak dibangunan UMNO Temerloh yang buatkan pencacai PKR Klimaks awal!!!

Halahai!!! Sedih betul SH tengok perangai hodoh puak - puak Pakatan Haramjadah ni ek. Benda - benda bangang macam ni pun diorang nak kecoh satu Malaysia.

Konon bangga sangat la bila diorang dapat pacak bendera diorang kat bangunan UMNO. Kononnya, macam diorang dah dapat tawan la bangunan UMNO tu.

Kes ni berlaku di Temerloh dimana puak - puak Parti Kencing Rakyat tu dengan biadap telah menaikkan bendera diorang di bangunan UMNO Temerloh yang lama.

SH ulang. Bangunan UMNO Temerloh yang LAMA!!! Bangunan tu dah lama ditinggalkan sebab UMNO Bahagian Temerloh sekarang ni beroperasi di pejabat baru.


Bangunan UMNO Temerloh yang lama. Sekarang ni dipagar dengan zink biru untuk pengubahsuaian...

Pejabat UMNO Bahagian Temerloh yang baru kini terletak di pekan Mentakab dan mula beroperasi sejak tahun 2008 lagi. Ni gambarnya.


Bangunan UMNO Temerloh yang baru terletak berhampiran hentian Bas Mentakab. Tengok 'time stamp'. 16.08.2008

Jadi, puak - puak Parti Kencing Rakyat tu setakat berani nak tawan bangunan UMNO yang telah pun dikosongkan dan menunggu masa untuk diubah suai.

Setakat itu je ke yang diorang mampu buat? Ceroboh bangunan yang telah ditinggalkan? Kalau setakat macam tu, suruh Mat Pit pun boleh beb. Tak payah suruh diorang.

Apa, diorang ingat UMNO kecut ke dengan diorang bila diorang pacak bendera PKR tu kat atas bangunan UMNO tu? Jangan harap la!!!

Tak sampai beberapa hari, Bendera Barisan Nasional pulak berkibar megah diatas bangunan milik mereka di Temerloh. Nah! Ini gambarnya.


Bukan satu beb, tapi 3 bendera BN berkibar kat atas pejabat diorang. Dan tambah memalukan, bangunan tu merupakan pejabat yang masih dan sedang beroperasi.

Yang lagi menyedihkan ialah apabila Ketua Cabang PKR Temerloh terketar - ketar lutut bila menyatakan bahawa bendera PKR kat pejabat UMNO lama tu bukan kerja diorang.

Kiranya, dia nak nafikan yang bendera tu dipasang oleh budak - budak PKR. Hah! Sekarang, siapa yang kecut buah kerandutnya bila tengok keadaan ni berlaku?

Tolong la ye. Jangan ingat orang UMNO ni pengecut. Kalau nak pasang bendera pun, pasang la kat pejabat yang ada orang. Pasang kat pejabat yang dah berzaman ditinggalkan tu buat apa. Buat mengabihkan masa je!!!

Dah Singgah Komen Sikit

#Pray4Sabah: Penduduk Lahad Datu Terima Bantuan Asing


Penduduk tempatan yang menjadi mangsa akibat insiden pencerobohan pengganas Sulu dijangka menerima bantuan wang ihsan RM1,000 bagi setiap keluarga mulai minggu hadapan, menurut Majlis Keselamatan Negara.

Setiausahanya, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, bancian telah dilakukan bagi menentukan jumlah sebenar penduduk yang terjejas dalam krisis pencerobohan yang layak menerima bantuan itu.

Beliau berkata, MKN kini dalam proses saringan bagi menentukan hanya mereka yang benar-benar terjejas sahaja diberikan bantuan.

"Daripada lebih 2,000 penduduk yang terjejas, separuh daripada mereka adalah kanak-kanak. Maka kita jangkakan lebih kurang 500 keluarga layak menerima bantuan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Kerajaan pada Selasa lepas mengumumkan tiga bentuk bantuan untuk penduduk kampung yang terjejas dalam Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di sini.

Tiga bantuan itu ialah pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar.

Mohamed Thajudeen berkata, hanya warganegara yang layak menerima bantuan wang ihsan itu.

Katanya, bagi bantuan pembinaan semula kediaman yang dimusnahkan penceroboh, pihaknya kini masih meneliti status pemilikan tanah mangsa yang terlibat.

Beliau berkata, pihaknya perlu menentukan sama ada tanah yang diduduki mangsa adalah milik mereka atau kerajaan negeri atau Felda.

"Jika tanah itu bukan milik mereka ia lebih senang bagi kita untuk membuat projek perumahan di satu penempatan yang baharu dan tersusun. Jika tanah itu milik mangsa, maka rumah yang musnah akan diberikan bantuan seperti yang diumumkan baru-baru ini," katanya.

Mengenai pendidikan kepada anak-anak mangsa yang tercicir selama tiga minggu, Mohamed Thajudeen berkata hanya Dewan Serbaguna Embara Budi menyediakan khemah sebagai kelas sementara untuk mereka meneruskan pembelajaran.

Manakala tiga lagi penempatan sementara iaitu Dewan Serbaguna Cenderawasih, Fajar Harapan dan Gemala Pura, kesemua mereka dihantar ke sekolah berhampiran.

MKN juga menyediakan keperluan pembelajaran kepada anak mangsa pencerobohan termasuk buku, alat tulis dan pengangkutan.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur. - Bernama

Dah Singgah Komen Sikit

#Pray4Sabah: Cikgu Bangang Telah Pon Ditahan.


Kesian.. Itu je yang mampu aku cakapkan.. Ni aku kira sama je dengan Tian Chua.. Tapi ni lagi bangang sebab dia adalah seorang cikgu.. Yang sepatutnya membimbing anak bangsa untuk menjadi lebih berguna tetapi dia menunjukkan sikap yang lebih bodoh..


Cikgu yang telah menghina anggota keselamatan yang bergadai nyawa di Sabah telah ditahan dekat rumahnya.. Time tengah sedap makan kepok lekor cecah sos.. pintu rumah kene ketuk untuk bawak cikgu yang bangang ni ke balai polis.

Aku nak nasihatkan dekat juak pembangkang ni, jaga-jaga laa kalau nak mengeluarkan kenyataan. Bukan apa, bukan ahli keluarga kita yang terkorban. Cuba bayangkan jika yang mati itu adalah daripada keluarga kita? Dan orang mengatakan kematian itu adalah sia-sia sebab itu dan ini.. Apa yang kita rasa?? 

Fikirkan laa..
Guru menghina anggota keselamatan di Lahad Datu ditahan di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat Pasir Puteh, Kelantan, jam 7 petang tadi. 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaludin Abd Rahman berkata, suspek berumur 36 tahun itu bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Tok Bali dan mengaku seringkali tidak pergi ke sekolah sejak hujung tahun 2012 atas alasan tertekan. 
Turut dirampas sebuah beg berwarna hijau, laptop, pengecas, boradband dan kad sim telefon, katanya.-SinarHarian

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday, 14 March 2013

#Pray4Sabah: @niknazmi pertahankan Tian Chua. Tiada Semangat Patriotik


Apa laa bodoh sangat puak pembangkang ni, dah buat kenyataan dah kene tindakkan minta tarik balik. Bro!! Pandai cakap pandai tanggung. Tak perlu laa nak pertahankan apa bagai. Bagi aku tak perlu. Kenapa tak boleh berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan.

Itulah orang tua-tua selalu cakap.Terlajak perahu boleh diundur,Terlajak cakap.. SAMAN.. PENJARA.. semua boleh dapat.


So Nik Nazmi tak payah laa nak mempertahankan sangat cina yang takda semangat patriotik. Aku tahu yang kau ni orang yang belajar luar negara, so aku assume semangat patriotik kau ni kurang. Kau rasa negara lain much better dari negara kau.
PKR menggesa kerajaan menggugurkan tuduhan yang dikenakan ke atas Naib Presidennya, Tian Chua berhubung kenyataan mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan Lahad Datu. 
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, Tian Chua telah menjadi mangsa media selepas kenyataa asal ahli parlimen itu yang didakwa telah manipulasi secara sistematik oleh media arus perdana sehingga didakwa di mahkamah. 
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan beliau mahu memansuhkan Akta Hasutan, tetapi ini caj baru menunjukkan ada niat jahat kerajaan untuk mengenakan Tian Chua di bawah undang-undang yang menjadi anarki. 
"Atas apa alasan pun, Tian Chua adalah seorang penjawat awam yang mencintai negara dan telah berkhidmat selama bertahun-tahun untuk rakyat Malaysia termasuk anggota keselamatan.
"Ia adalah kejam untuk menuduh beliau mengambil ringan ke atas kematian tentera dan anggota polis di Sabah," kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini. 
Pagi tadi, Ahli Parlimen Batu itu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Dalam pertuduhan itu, Tian Chua menghadapi pertuduhan kerana menyebut perkataan menghasut dengan membuat empat kenyataan berhubung isu Lahad Datu. 
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya. 
Nik Nazmi juga mendakwa, Tian Chua turut dikenakan tekanan politik selepas ada usaha oleh pihak polis untuk menangkap Tian Chua di kafeteria mahkamah pagi tadi. 
"Sedangkan beliau (Tian Chua) sudah menunjukkan pada pagi ini di kompleks mahkamah untuk menghadapi pertuduhan. 
"Ia adalah jelas satu langkah untuk memalukan Tian Chua lagi," dakwa beliau.-Sinar Harian 

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...