-->

Sebelah Sayap

Saturday, 9 February 2013

Hina Islam, Patrick Teoh Ke Balai


Akibat keterlaluan dalam mengutuk dan mengeji mengenai isu hina Islam. Patrick Teoh akhirnya dipanggil untuk memberikan keterangan di IPD Ampang. Patrick Teoh yang dilihat semakin rancak dan lancang berkata-kata dalam media sosial telah membuatkan orang ramai berasa tidak senang dengannya. 
Pada kira-kira jam 11 pagi semalam, Patrick Teoh telah diambil keterangan oleh ASP Basiron berhubung kes dia menghina Islam di laman Facebook. 
Patrick tiba pada jam 10.30 pagi ditemani peguamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Ampang, Selangor. 
 
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam dan bakal dihantar untuk diteliti oleh Timbalan Pendakwa Raya.
 
Dilaporkan Patrick keluar dari IPD Ampang melalui pintu belakang.kerana enggan ditemu bual oleh pengamal media. 
Sebelum ini, Patrick berulang kali 'menyalak' di blognya, Niamah.com dan tidak pula berasa segan melontarkan buah fikirannya, majoriti pro-pembangkang. Dia juga penyokong perhimpunan Bersih.

Tiba-tiba menjadi pemalu dengan wartawan dan juru gambar
?

Dah Singgah Komen Sikit

Duit Lebih Untuk Cybertroopers PR.


Sekali lagi kegagalan Cybertrooper PR dalam menipu dan memenangi persepsi masyarakat terhadap Najib Razak. Najib dalam kesibukkan dia mampu lagi untuk mencuri sedikit masa untuk bersama-sama menjayakan video ni untuk sambutan Tahun Baru Cina. Kerjanya yang banyak tidak membataskan dia untuk membuat ucapan khas kepada orang cina yang menyambut.


Ok. Cukup. Gambar dekat atas tuh adalah pendedahan yang dilakukan oleh blogger MEGATSPY. Cuba korang tengok jumlah "LIKE" dan "DISLIKE", kemudian korang compare dengan jumlah viewer. Tak sama beb. 919 Like + 1506 Dislike = 2425. Tapi jumlah orang view baru 2156. 

Korang mungkin akan cakap lambat untuk jumlah viewer dia naik. Ok. Takpe. korang usha pulak gamba bawah ni.


Sekarang nampak?? Jumlah viewer dia naik menyiput je. Tapi jumlah yang dislike hampir sama dengan jumlah viewer. Kat sini aku dah nampak kegagalan Cybertrooper PR yang kankung ni. Beli bots laa tuh. Tuh yang laju je. Kata nak lawan secara sihat, tapi kalau dah pakai bots tuh, baik korang lupakan je laa. 

Aku ada satu cadangan dekat korang, apa kata korang suruh Nik Aziz buat macam Najib buat. Ada bran?? haha. Kompem jumlah like akan lebih banyak dari dislike. Aku pon dengan tanpa segan dan silu akan like jugak video tuh. Menang persepsi bai. HAHAHA!!

Takpon korang suruh laa apek NIZAR JAMALUDDIN buat. Dia cina jugak maa. Jangan kasi dia rehat, kasi tiau satu kali laa. Kasi dia masuk dalam video ucapan tahun baru cina maa. HAHAHA!! 

akhir kata aku untuk entry kali ni. Jom kita layan video ucapan yang sempoi dari Perdana Menteri kita yang sempoi dan mesra rakyat ni. Layan...!!



Korang boleh baca jugak dari sumber asal dekat SINI

Dah Singgah Komen Sikit

Friday, 8 February 2013

Ada Barua Pakatan Rakyat Dalam SPRM


Aku berminat untuk share artikel dari bro ParpuKari (PK). Bila dibaca dengan teliti ada terdapat logiknya isu dalam artikel ni. Mungkin benar cerita yang disampaikan oleh bro PK ni. Korang baca dengan teliti dan korang akan nampak logiknya. Tapi aku yakin dengan bro PK punya artikel kali ni. 

Aku ada hati sikit panas la, bermacam-macam pendedahan sudah kita lakukan, tetapi nampaknya SPRM terus tidur, kalau bab BN bukan main laju lagi, seawal subuh SPRM akan serbu punya, kalau bab Pakatan SPRM buat bodoh je dan paling hina sekali bilamana SPRM kata takde kes. 
Khabarnya ada seorang dalang paling besar dalam SPRM ni, dalang ni jawatan dia sangat besar dalam SPRM dan mamat ni adalah penyokong tegar PAS serta semua conman-conman yang boleh suap dia. Inilah masalahnya bila badan yang mencegah rasuah sendiri terlibat dalam RASUAH! Ini bukan aku kata tetapi ramai yang bercerita di luar sana, aku nak share dengan korang artikel Flying Kick pasal SPRM ni. 
Sungguh pelik melihat tindak tanduk SPRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kelembapan SPRM cukup ketara biarpun SPRM tidak disirami hujan. Namun dari satu segi pula, SPRM cukup efisien dan cukup pantas seolah-olah merekalah yang paling hebat di dunia ini. 
Pendedahan demi pendedahan yang dibuat berhubung penyelewengan serta salah laku melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat, langsung tidak berbekas dan menandakan ada tindakan yang akan diambil oleh SPRM. Sebaliknya SPRM kelihatan cukup bersahaja dan buat-buat pekak badak dalam menangani masalah yang diutarakan serta didedahkan oleh pelbagai media. 
Kes pembalakan-pembalakan di Kedah yang secara jelas melanggar pelbagai peraturan dan akta. Penggubahan status tanah wakaf khas secara haram sehinggakan berlaku perintah mahkamah, kes perubahan status tanah rezab Melayu untuk membolehkan kewujudan sebuah kubur swasta terbesar di tengah-tengah perkampungan Melayu di Sungai Kob melibatkan Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan Galian, Exco dan Menteri Besar, pencurian pasir dan mineral sama ada di kawasan-kawasan yang telah digazetkan, mahupun di kawasan-kawasan yang tidak langsung mendapat kelulusan sebagaimana di kaki Gunung Bongsu, di Bukit Kachi dan sebagainya, semuanya jelas telah membuktikan betapa SPRM menjadi buta, tuli dan hati mereka terkatup rapat. 
Kalau di Selangor, dari awal lagi, kes pasir telah didedahkan namun sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan daripada SPRM. Memang benar, SPRM ada mengambil keterangan daripada beberapa orang Exco dan ADUN, malangnya selepas kena gertak dek Pakatan Rakyat, SPRM bagaikan budak kecil yang terkincit dan terberak dalam seluar. Asal Pakatan Rakyat buka mulut sahaja, SPRM akan lari menyorok sambil terketar-ketar ketakutan. 
Pendedahan berhubung pemilikan harta secara tidak sah melibatkan Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin, misalnya, sehingga kini terbiar. Tiada sebarang tindakan daripada SPRM. Bahkan pegawai-pegawai tinggi SPRM yang sebelum ini cukup bercinta dengan kamera dan mikrofon, juga menikus dan hilang terus. 
Cuba kalau melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional... 
Khir Toyo diekori, diawasi dan dipantau 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Walaupun Khir Toyo bersedia untuk memberi keterangan kepada SPRM, agensi berkenaan telah menghantar orang-orangnya menunggu dan membuat intipan dengan begitu jaya. Tidak cukup bukti, SPRM pandai pula mencari orang yang berkaitan dan seterusnya menggunakan keterangan bercanggah saksi tersebut untuk menghadapkan Khir Toyo ke mahkamah. Keterangan-keterangan yang bercanggah, tidak stabil dan tidak keruan telah dimanipulasi sehingga akhirnya, mahkamah mendapati Khir Toyo bersalah. 
Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka... hanya kerana kenduri kahwin anaknya, SPRM melayannya sepertimana SPRM melayan Khir Toyo. Cukup efisien dan cukup hebat. Walaupun Ketua Menteri Melaka itu bersetuju untuk memberikan keterangan dan menjelaskan kedudukan yang sebenar, SPRM tidak peduli. Sangat tegas untuk mengambil tindakan yang lebih keras ke atas Ali Rustam. 
Konon-kononnya SPRM sedang bekerjalah. Dan apabila SPRM sedang bekerja, maka sebarang keputusan yang dibuat, tidak boleh dibantah. Jangan tegur SPRM sebab SPRM sedang melakukan kerja-kerja pencegahan rasuah. 
Kononnyalah! 
Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah. Bersorak para penyokong Pakatan Rakyat kerana kes tersebut disahkan sebagai UMNO makan rasuah.Janice Lee gelapkan beratus ribu ringgit duit derma untuk sekolah Cina di tapak yang tidak wujud di Pandan Perdana, SPRM terus senyap sepi. 
Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah, sekali lagi para penyokong Pakatan Rakyat bersorak kerana UMNO dan Barisan Nasional semakin jelas mentekedaghah rasuah. Lim Guan Eng melakukan transaksi tanah dan terlibat dalam skandal rasuah mafia di Pulau Pinang bagi memastikan Pulau Pinang terus di tangan DAP dan kegiatan maksiat, dadah serta pelacuran tidak dikacau, haram SPRM tak pergi siasat dan tak berani nak sentuh Lim Guan Eng! 
Bersungguh-sungguh SPRM menyiasat tentang kes RM40 juta Musa Aman tetapi pada masa yang sama, SPRM haram tak berkutik apabila melibatkan RM3 bilion Anwar Ibrahim...
Itu sedikit sahaja contoh-contohnya... kalau nak disenaraikan kesemuanya, rasa-rasanya lebih banyak kes berbanding jumlah sebenar penduduk Malaysia melibatkan SPRM dan tindak tanduk agensi berkenaan yang cukup memalukan. 
Sekarang ini, pendedahan berhubung Talam Corporation Bhd di Selangor dan KUIN di Kedah sedang dilakukan. Kita nak tengok sejauh manakah SPRM akan bertindak atau sekali lagi SPRM sedang mencari-cari pemimpin UMNO-BN yang manakah untuk mereka siasat, uar-uarkan dan kemudian cerita tentang Talam Corporation dan KUIN senyap begitu sahaja.
Bukankan taktik sebegitu sudah terbukti dilaksanakan oleh SPRM selama ini?
artikel penuh oleh bro PK korang boleh baca dekat SINI 

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday, 7 February 2013

Alhamdulillah, Ada Parti Bogel Dekat Kulim.

Diorang buat apa semua halal, tak pakai baju pon takpe. Semua tuh JIHAD!! Aku tujukan benda ni kepada orang MELAYU yang menganut agama PAS dan bukannya menganut agama ISLAM. Bila UMNO buat agenda semua adalah sesat, membazir, tak ikot syariat ISLAM. Ni tarian bogel ni ikot syariat mana?? Syariat TUAN GURU NIK AZIZ ke? Korang masih lagi tak mampu untuk membezakan perjuangan ISLAM yang korang bawak dengan perjuangan PAS. PAS adalah Parti dan ISLAM adalah agama!!



PKR sebuah parti berbilang kaum. Melayu, cina dan india. Namun nominan parti adalah melayu. Ketua parti orang Islam (setahu Mc la). Hampir 70% ahli PKR adalah melayu, tapi belum tentu Islam. Sebab PKR ni pluralisme dan menyokong kebebasan beragama. 
PKR juga menyokong LGBT, satu pertubuhan khas untuk menyokong seks songsang. Mereka memperjuangkan keperluan seks lesbian, gay, pondan dan biseksual. Kata PKR, mereka ini juga manusia, jadi keperluan mereka perlu dijaga. 
Jadi apa nak heran sangat dengan tarian separuh bogel di Kulim ni. Itu pun korang nak bising ka? Nama PKR dah sinonim dengan seks bebas. Setakat separuh bogel ni takdak hal la. Kalau PKR menang, nak buat konsert berbogel pun nescaya akan diberi lesen. 
Kalau tak percaya tengok apa Anwar cakap pasal tarian separuh bogel ni..

Wartawan tanya dia jika berlaku perkara yang kurang sopan, parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab ke? Malah ditanya apakah bentuk tindakan yang bakal dikenakan, Anwar kata:" Tak tahu lagi apa tindakan, tapi kalau ronggeng sikit-sikit nak ambil tindakan apa bendanya?

Selanjutnya korang boleh baca dekat KedahKeKL

Dah Singgah Komen Sikit

Penghibur Veteran Menghembuskan Nafas Terakhir.


Masih segar lagi dalam ingatan aku lakonan Datuk Yahaya Sulong ni. Lawaknya yang spontan sungguh mencuit hati. Tapi kita hanya mampu untuk menonton kembali filem-filem lama lakonannya kerana dia sudah pergi meninggalkan kita semua buat selamanya.

Pelakon yang tidak jemu untuk memuaskan hati penonton dengan lawak-lawak jenakanya ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham tenang di sana. Al-Fatihah..
Pelakon veteran dan pelawak, Datuk Yahaya Sulong, 84, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini akibat sakit tua.

Presiden Seniman Malaysia Rozaidi Jamil atau Zedzaidi ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.45 petang.

"Malam ini jenazah akan dibawa untuk dimandi dan disemadikan di Teluk Intan, Perak," katanya.

Filem pertama lakonan Yahaya ialah Abu Nawas dan sehingga kini beliau telah berlakon dalam 24 buah filem.

Antara filem lakonannya dalam era 80-an sehingga kini termasuk Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du, Toyol, Prebet Lapok dan Senario The Movie.

Allahyarham juga popular dengan sitkom televisyen seperti Hang Setia bersama Allahyarham R.Jaafar, Param dan Hamid Gurkha serta siri Si Jantung Hati.

Allahyarham mempunyai 11 orang anak dan meninggalkan balu, Datin Alisah Ali.
Keluarga berkenaan menetap di Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul.
- Bernama

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...