-->

Sebelah Sayap

Saturday, 12 October 2013

HOT!! Salahguna Nama Negarawan Untuk Memburukkan Calon #PemilihanUMNO @khairykj


Mungkin dengan menggunakan nama Tun Dr Mahathir menampakkan mereka gagah?? Puihhh!! Jangan ingat dengan menggunakan nama negarawan hebat mereka diberi lesen untuk menjatuhkan orang sesuka hati mereka. Page Saya Sayang Tun Dr Mahathir sepatutnya menjadi satu medium untuk menyemai semangat sayangkan UMNO dan bukan memecah belahkan UMNO.

Perilaku admin SSTDM ini aku boleh cakap seperti SYOK SENDIRI. Apa sumbangan page ni kepada UMNO dan Barisan Nasional? Apa yang page ni buat untuk menyatukan orang malayu dan ahli UMNO?

Sepatutnya page yang gah menggunakan nama negarawan seperti Tun Mahathir ini tidak mempunyai admin yang bodoh. Memburuk-burukkan calon lain untuk menampakkan calon pilihan mereka ( Akhram ) adalah calon yang terbaik untuk memeraju PEMUDA UMNO.


Adakah calon pilihan mereka tidak mempunyai kekuatan lain melainkan dari memburukkan calon lain? Adakah ini sahaja yang mampu untuk dilakukan oleh SSTDM untuk memastikan calon mereka menang dalam perebutan jawatan sebagai ketua pemuda UMNO?

Sepatutnya page yang gah seperti SSTDM ini memastikan ciri-ciri calon mereka menonjol. Menunjukkan bahawa calon mereka mampu bekerja untuk mengukuhkan parti, mempunyai pengalaman yang luas dan menunjukkan calon mereka ini juga mempunyai track record yang bersih.

SSTDM patut menunjukkan calon mereka mempunyai perjuangan yang jelas dan sanggup untuk menjadi hamba kepada parti selama satu penggal dan bukannya calon mereka ini hangat pada musim pemilihan sahaja. Aku nampak sikap admin-admin SSTDM ini adalah golongan yang biadap.

Cuba cari idea yang lebih bernas laa page SSTDM ni, memburukkan calon lain bukanlah cara yang baik. Korang mempunyai kekuatan tersendiri apabila korang menggunakan nama negarawan ulung.

Dengan apa yang korang lakukan sekarang jelas memastikan calon pilihan korang ke LONGKANG. Sokongan demi sokongan bakal diperolehi oleh calon lain jika apa yang dipraktikkan oleh admin-admin bijak pandai SSTDM ini diteruskan. Bukannya  calon korang tak kuat, tapi cara korang promote calon korang dengan memburukkan lawan adalah cara kotor dan membuatkan orang muak dengan korang.

p/s: Apa yang calon pilihan SSTDM ni buat ek? Semasa PRK dia ada? Semasa PRU apa dia buat? Macam mana masa dia bertanding MBM? Korang cari laa jawapan sendiri.

Dah Singgah Komen Sikit

Pilihan Tepat Para Perwakilan Esok!! @KhairyKj


Selamat Bersidang kepada semua perwakilan!


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menaruh keyakinan tinggi bahawa perwakilan pergerakan itu akan membuat pilihan yang rasional untuk jawatan diperingkat sayap UMNO berkenaan.

Beliau turut berharap seluruh ahli Pemuda dapat menjaga instutusi parti dan juga imej parti itu sendiri dengan memastikan pemilihan yang akan berlangsung esok berjalan dengan lancar yang sekaligus memperlihatkan UMNO mempunyai keahlian yang matang dan membuat pilihan dalam suasana kekeluargaan.

Video url: http://youtu.be/t3nPLrxUzvU

“Saya harap mereka yang dipilih esok pertamanya mereka ini rajin. Saya tak nak dipilih hanya orang yang rajin kempen tetapi rajin sepenggal yang akan datang. Saya rasa media UMNO pun tahu ada yang rajin…..ada yang tidak berapa rajin sebab kita pilih ini bukan setakat jumpa perwakilan dua tiga bulan lepas tetapi akan sentiasa bersama jalankan program bantu visi kepimpinan untuk empat tahun akan datang.

“Kita tak nak dipilih terus senyap…..terus hilang. Saya betul-betul berharap mereka ini rajin dan keduanya dari segi visi mereka mestilah progresif macam visi saya. Apa yang saya cuba buat untuk menarik golongan muda dalam UMNO…, orang muda di luar UMNO itu penting.

“Itu saya bawa pembaharuan dalam pemuda. Ada yang tidak faham dan ada yang kritik, tak mengapalah. Ada yang nak ciri-ciri kepimpinan zaman dahulu tetapi bagi saya ini adalah pembaharuan yang dituntut oleh orang muda pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online, di pejabatnya sempena pemilihan UMNO 2013. Esok, Sabtu sayap UMNO akan mengadakan pemilihan masing-masing dan pada 19 Oktober depan, pemilihan diperingkat sayap dan Majlis Tertinggi UMNO.

Ketika ditanya mengenai jumlah mereka yang bertanding di peringkat Exco Pemuda cukup ramai serta semua jawatan dipertandingkan, Khairy melihatnya sesuatu yang cukup positif.

Katanya senario tersebut menujukkan kejayaan pergerakan itu sendiri sehingga dapat menarik minat Pemuda untuk bertanding di dalam kepimpinan tertinggi pergerakan tersebut.

“Saya melihat positif…, ramai yang bertanding dalam Pemuda UMNO. Kalau tak ramai bertanding maksudnya orang tak minat dengan Pemuda. Saya lagi risau kalau untuk jawatan Exco hanya ada 25 orang atau 30 orang bertanding.

“Tetapi bila kita tengok 77 orang dan yang paling ramai berbanding dengan sayap lain hatta dengan MT Pemuda pun paling ramai, ini menujukkan orang minat dengan Pemuda.

“Mereka nak menyumbang kepada Pemuda. Bagi saya itu adalah isyarat positif dan juga satu tanda kejayaan Pemuda bahawa Pemuda masih lagi dapat menarik minat begitu ramai untuk bertanding dalam kepimpinan tertinggi,” katanya.

Beliau seterusnya menambah pemilihan UMNO pada kali ini menujukkan UMNO jauh lebih demokratik.

“Kita dengan sistem ini ialah walaupun ada sedikt sebanyak kelemahan yang perlu kita perbaiki untuk pemilihan akan datang, tetapi melalui sistem ini kita buktikan kitalah antara parti yang paling demokratik di negara ini.

“Jauh lebih demokratik daripada DAP. DAP pilih jawatankuasa pusat dengan beberapa ramai yang terpilih. Itu pun nak pilih setiausaha agung dipilih dikalangan orang yang menang jawatankuasa pusat.

“Itu kalau kita buat analogi dalam UMNO macam Presiden parti kita dipilih oleh MT sahaja, bagi saya jelas kita paling demokratik dan yang lain kononnya hanya pejuangkan demokrasi sedangkan mereka patut belajar daripada UMNO,” ujar beliau.

Sambil mengucapkan selamat bersidang, beliau seterusnya berharap mereka yang tewas pada pemilihan nanti agar tidak berputus asa.

“Yang kalah jangan putus asa. Saya rasa semua tahu bahawa empat tahun yang lepas kita melalui jalan yang penuh berliku. Menang dalam parti tetapi tidak ada jawatan dalam kerajaan jadi sedikit sebanyak memberi satu kekangan kepada kita. Persepsi dan sebagainya tetapi saya teruskan juga dengan kerja saya.

“Jadi nasihat kepada yang tidak berjaya jangan putus asas. Empat tahun saya tidak dapat apa-apa tapi saya teruskan juga hingga akhirnya Pemuda dapat pengiktirafan selepas pilihan raya yang lepas,” ujarnya. – MediaUMNO

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday, 5 October 2013

Layak Ke @Khairykj Meneruskan Perjuangan Sebagai Ketua Pemuda? Anda Nilai Dari Sini.


Khairy Jamaluddin merupakan calon terbaik untuk menjadi Ketua Pergerakan UMNO Malaysia ketika ini. Selama tempoh satu penggal beliau menjadi ketua pemuda tanpa sebarang jawatan di dalam barisan kabinet, beliau telah berjaya untuk membawa pemuda ke satu tahap yang lebih tinggi. 

Jika dahulu seperti mana yang kita ketahui tidak ramai pemimpin pemuda yang sanggup berdepan dengan pembangkang untuk berlawan hujah, tapi selepas Khairy memegang tampok kepimpinan pemuda terdapat ramai lagi pemuda yang sedia untuk berhadapan dengan pembangkang bagi mematahkan hujah mereka. 

Pemuda UMNO bukan sahaja lagi dikenali sebagai golongan pendesak tetapi sebagai golongan yang senantiasa mencari solusi bagi permasalahan yang timbul. Pendekatan yang digunakan oleh Khairy Jamaluddin bukan "political-based" tapi merupakan "social-based". Aku melihat Khairy menganjurkan program untuk menyelesaikan masalah sosial yang berlaku.

Perjuangan pemuda harus lebih realistik dan sesuai dengan perubahan masa. Anak muda pada hari ini tidak gemar berbicara tentang politik dan aku melihat pendekatan "social-based' ini merupaka satu pendekatan yang terbaik dan perlu diketengahkan. 

BN Youth Job Fair merupakan contoh terbaik yang perlu dilihat kerana program ini telah membantu ramai golongan penganggur untuk mencari pekerjaan. Masalah pengangguran yang semakin meningkat telah membuatkan Khairy menzahirkan program yang boleh membantu menyelesaikan masalah pengangguran yang berlaku ini. 


Perjuangan "hidup melayu" bukan untuk memastikan melayu itu hidup tetapi untuk memastikan kelangsungan melayu itu dalam meneruskan kehidupan. Dengan membantu melayu terutamanya golongan muda dapat terus hidup dalam dunia yang semakin mencabar ini. Bukankah dengan mengadakan program-program sebegini juga merupakan satu perjuangan untuk membela bangsa melayu??

Pendekatan "social-based" ini bukan sahaja dapat membantu golongan muda tetapi secara tidak langsung ianya mampu untuk menarik minat golongan muda untuk bersama-sama dengan UMNO dan Barisan Nasional. Usaha yang dilakukan oleh Khairy bukan usaha syok sendiri malah dibuktikan oleh peningkatan jumlah pengundi muda semasa PRU-13 yang lepas dimana 54% pengundi menyokong UMNO dan Barisan Nasional. 

Jumlah pengundi muda melayu meningkat tetapi UMNO dan Barisan Nasional masih lagi gagal untuk mendapatkan pengundi daripada golongan bukan melayu. Khairy Jamaluddin pernah menyatakan hasratnya untuk memastika jumlah pengundi melayu untuk UMNO/BN meningkat sehingga 70 peratus. Namun begitu beliau memerluka  lebih masa untuk berusaha mencapai hasratnya itu.

Dari sudut kebajikan rakyat, sejak dari tahun 2008 selepas beliau memenangi kerusi parlimen Rembau. Beliau telah memastikan kebajikan penduduk di parlimen terjaga. Melawat ke kawasan-kawasan dalam parlimen beliau merupakan satu rutin mingguan bagi memastikan kebajikan penduduk dalam parlimen beliau sentiasa dijaga. Bukan seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan ahli parlimen hanya turun bertemu dengan penduduk bila musim pilihanraya. Hasil daripada usaha yang istiqamah oleh Khairy telah menampakkan hasil apabila PRU-13 beliau telah berjaya mendapatkan mejoriti 18 000 iaitu lebih 2 kali ganda semasa tahun 2008.



P/s: Pilihlah pemimpin yang benar-benar layak. Bukan sekadar kemampuan untuk bercakap tetapi kemampuan untuk bekerja untuk rakyat.

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday, 3 October 2013

@khairykj Bantu Anak Muda.


Anda masih ingat lagi akan logo di atas? Ya, inilah pasukan profesional yang telah merevolusikan kancah bolasepak negara. Bermula dengan rancangan realiti TV yang mencari bakat terpendam ke seluruh negara, MyTeam adalah hasil idea YB Khairy Jamaluddin yang telah menawarkan harapan baru kepada pemain muda tempatan yang berbakat untuk membuktikan diri mereka setaraf, atau mungkin lebih baik lagi berbanding pemain negara yang sedia ada. Lagi pun, pasukan bolasepak negara ketika itu sedang menghadapi krisis prestasi yang teruk.

Bermulanya MyTeam ini adalah apabila timbul kepercayaan bahawa sistem pemilihan yang sedia ada ketika itu adalah tidak adil, dikuasai oleh politik pengaruh dan kroni jurulatih yang akhirnya mengakibatkan banyak pemain berbakat keciciran. Pandangan ini telah dibuktikan kebenarannya apabila pemilihan pemain untuk menyertai program MyTeam ini dibuat secara terbuka dan adil untuk semua. Tiada siapa yang mendapat keutamaan khas selain bakat dan usaha sendiri.

Idea

Ahli politik Malaysia, Khairy Jamaluddin dan DJ radio Jason Lo adalah orang-orang di sebalik tabir pembentukan MyTeam. Ideanya adalah untuk mendapatkan 22 pemain bukan profesional yang dipilih daripada ujian pemilihan yang diadakan merentas Malaysia bagi bertanding merentasi skuad kebangsaan Malaysia.
Idea ini telah diwar-warkan sebagai satu revolusi bola sepak tempatan dan satu kempen media besar-besaran telah dilancarkan untuk menarik minat di kalangan muda-mudi untuk mencungkil bakat mereka. Perlancaran program ini telah dilakukan di Planet HollywoodKuala Lumpur .

Pemilihan

Cara memilih pemain dalam MyTeam adalah seperti berikut:
  • Pemain yang tidak menggunakan bola sepak sebagai kerja utama;
  • Berumur 17 tahun ke atas;
  • Boleh berlari 100m dalam 12 saat.

Krew MyTeam telah menjelajah ke 13 buah negeri di Malaysia untuk memilih tiga pemain terbaik di setiap negeri yang mereka kunjungi untuk diserapkan ke Bukit Jalil. Antara 39 permain yang berjaya menyertai MyTeam, hanya 22 yang berjaya masuk ke senarai terakhir pasukan MyTeam.- Sumber Wikipedia

Program realiti dan pasukan MyTeam ini telah membuka peluang kepada jutaan anak muda dari seluruh negara yang berbakat dalam sukan bolasepak untuk mencuba bagi mengubah nasib mereka dalam sukan ini. Antara beberapa pemain skuad kebangsaan yang pernah beraksi untuk MyTeam adalah seperti berikut:


Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo)

S.Saravanan

Azmi Muslim

Walaupun pasukan ini tidak mampu untuk bertahan lebih lama, namun ia sempat juga mengecapi kedudukan Naib Juara Liga Perdana pada tahun 2007. Namun apa yang lebih penting pada kami adalah, ia telah berjaya membawa satu dimensi perubahan yang baru kepada situasi dan prestasi pasukan Negara ketika itu. Ini adalah kerana, hanya selepas 2007, barulah pasukan Malaysia kembali dapat mengecapi kejuaraan Pesta Bola Merdeka, Emas Sukan Sea dan Piala AFF. Jika tidak kerana transformasi yang dibawa oleh MyTeam ini, kami pasti sistem pemilihan dan mentaliti pemain negara masih lagi ditakuk yang lama.


Inilah bezanya kualiti YB Menteri KBS merangkap KP Pemuda UMNO dan BN. Kami hendak tanya, apakah perubahan bermanfaat untuk rakyat yang boleh dibawa oleh KP PAS atau DAP atau PKR, selain saiz perut dan pinggang yang semakin mengembang? Sebab itulah mereka sekali-kali tidak akan mampu membawa slogan IKON ORANG MUDA dalam mana-mana kempen mereka, kerana tiada apa yang boleh ditawarkan, walau sekelumit harapan pun untuk anak muda.


Maka, persoalannya kini, apakah UMNO juga mempunyai sebarang pilihan lain sebagai Ketua Pemuda mereka jika KJ disingkirkan? Pada kami, untuk melayakkan seseorang itu bertanding melawan KJ, mereka perlulah sekurang-kurangnya mempunyai merit dan pencapaian yang setara untuk dibandingkan dengan beliau. Cuba kita sama-sama renungkan sejenak. Ada tidak mana-mana pemimpin Pemuda yang pencapaian dan kebolehannya LEBIH BAIK lagi berbanding dengan apa yang KJ mampu dan telah lakukan?!!



Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...