-->

Sebelah Sayap

Saturday, 4 May 2013

Detik-Detik Di Ambang "MalaysianSpring".

ada macam darah mengalir kene tumbuk ke?? hurm..
Pakatan Rakyat sudah tiada isu yang ingin di mainkan, paling baru dan tengah hangat sekarang ni adalah isu budak PAS kene pukul dekat Ipoh. Haa. Aku nak cakap the best part of the video, tiada orang pon yang kisah pasal budak-budak ni kene pukul.

Biasanya kalau ada sebarang pergaduhan, mesti laa ada crowd yang akan tengok. Mesti juga ada yang rekod diorang gadoh. Tapi bukti yang ada hanyalah seorang yang ditumbuk dengan teruk sampai berdarah-darah, tidak mampu untuk berjalan dan suara kecoh-kecoh.


Setakat video macam tu, aku pon boleh buat. Senang je. Tak memerlukan otak yang pandai untuk buat. Yang aku perasan skrip ni macam budak-budak IPT yang sokong diorang. Sapa ek nama budak GAMIS tu, Safwan Anal.. argh.. ouhh.. Safwan Anang.. Dipukul macam orang giler katanya tapi tengok lepas tu elok je makan suap-suap dengan bini lepas dikatakan teruk kene pukul.

So adakah korang rasa "MalaysianSpring" yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat akan aman jika dalam PRU13 kali ni BN menang mudah dengan mejoriti 176/222.

Aku dah banyak kali kene tipu dengan pembangkang ni, dari Bersih 1.0 sampailah Bersih 3.0 takda satu pon yang aman. Semua aku kene simbah dengan air dengan Polis yang menjaga keamanan kawasan tu. Mungkin ke "MalaysianSpring" ni boleh jadi aman seperti yang diorang cakap.

Kemarahan Pemimpin-pemimpin PR akan membawa satu lagi musibah yang tak elok pada negara.Tidak akan terjadi satu "MalaysianSpring" yang aman. Jika mereka mengambil "ArabSpring" sebagai satu contoh, makanya istillah AMAN tidak akan wujud. Lihatlah bagaimana keadaan "ArabSpring", banyaknya nyawa yang tergadai, ramai wanita, kanak-kanak yang tak bersalah tercedera dan kehilangan nyawa. Begitukah AMAN yang mereka war-warkan?

Mereka beberapa kali gagal menunaikan janji untuk membuat perhimpunan yang aman. Dan kini kita percaya yang "MalaysianSpring" akan aman?



Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...