-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 31 October 2012

#AES Perlu DiKaji Semula @NajibRazak @Khairykj @tunfaisal


Oke. Aku nak mula menulis balik ni. Sekarang tengah hangat isu AES. Apa benda tuh AES yang dibisingkan sangat? Kenapa orang ambil berat sangat pasal AES berbanding isu-isu lain. Sebelum panjang dan lebar aku define dulu apa benda AES nie.AES short form untuk AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM adalah satu sistem yang memantau pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan jalan raya. Yang lebih tepat adalah memandu melebihi had laju dan melanggar isyarat lampu jalan.

Ada 3 jenis AES yang digunakan di Malaysia nie..

  1. Had Laju
  2. Lampu Merah
  3. Kawasan kemalangan dan merbahaya.





















Yang orang bising pasal AES ni kebanyakkan adalah disebabkan had laju tuh. Pantang tekan minyak sikit kene "candit camera". Aku tak rasa AES ni jadi masalah. Bukan aku je kate ok, tapi Dr Khoiry Damyati pon cakap ok. Dia boleh mengurangkan kadar kemalangan yang asyek naik je. Setiap musim perayaan dah jadi macam musim kematian. Banyak sangat kemalangan yang berlaku.

Yang menjadi masalah sekarang nie adalah tempat yang diletakkan tue tak sesuai. Dalam kawasan taman letak AES. Banyak pulak kemalangan yang berlaku dalam taman nak dibandingkan dengan jalan-jalan bandar. Lagi satu. Mane logik letak AES dekat highway dengan kelajuan 70kmj dekat highway. Dah nama pon highway, mesti laa laju. Tapi kalau laju yang melampau tuh tak patut jugak.

AES ni perlu dan pelaksanaannya kene dikaji semula. Aku melihat perkara ni dari dua sudut yang berlainan.
Kalau dari sudut yang baik, aku melihat AES memang betol-betol boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. JIKA tempat AES diletakkan adalah betol. Kawasan seperti di lebuhraya karak yang selalu meragut nyawa ramai orang patut diletakkan AES. Di jalan-jalan persekutuan yang memang popular dengan kematian di hari perayaan.

Dari sudut yang tak baiknya. Rayat akan menderita dengan saman yang banyak dan tak mampu untuk membayar saman. Kalau macam aku ni naik moto je takpe laa. Yang naik kete, lori, bas tuh acane..??
Sapa nak bayar tuh ha. Aku rasa memang kerajaan kene check balik laa AES ni. Membebankan rakyat sebenarnya. Aku tahu niat kerajaan nak mengurangkan kematian dijalan raya. Tapi pelaksanaannya kene kaji balik. Tempat kene kaji balik.

Rata-rata komen yang aku dengar tentang AES ni elok. Semua rasa tindakkan kerajaan ni bagus. Tapi bila pelaksaannya tak betol. Rakyat mula rasa marah.. Tuh yang kene tukar kerajaan tuh. Dekat bawah nie aku letakkan rumusan lokasi AES dekat Malaysia ni.

Rumusan Lokasi AES
Lokasi AES - Lampu Isyarat

Sekarang ni Pemuda UMNO pon dah nyatakan desakkan kepada kerajaan tentang isu AES ni. Bukan setakat Pemuda UMNO je, Pakatan Rakyat pon menyatakan sokongan diorang tentang AES ni. So better check laa wahai kerajaan.

Akhir kalam dari aku.. baik check balik pelaksanaan dan kaji dengan terperinci untuk kebaikkan bersama.!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...