-->

Sebelah Sayap

Tuesday 6 November 2012

Tiada Paksaan Dalam Agama Melibatkan Masyarakat Melayu - Nurul Izzah


Taksub untuk mendapatkan undian. Nurul Izzah telah berjaya memeraih sokongan dari golongan melayu yang ingin bertukar agama atau MURTAD. Menjual agama adalah perkara biasa dalam Pakatan Rakyat. Trend sebegini sudah lama ada dalam Pakatan Rakyat dan ULAMAK-ULAMAK PAS berdiam diri serta tidak mempertikaikan apa yang dilakukan oleh mereka.

Pemikiran Liberal yang mereka bawa ini boleh menghancurkan bukan sahaja agama Islam itu sendiri malah boleh menghancurkan bangsa Melayu yang sememangnya sinonim dengan agama Islam.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.-Nurul Izzah Anak Anwar

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI),Datuk Aidit Ghazali berkata Al Quran tidak perlu diterjemahkan mengikut akal fikiran sendiri semata-mata untuk mendapat undi.

“Jadi di sini saya menasihati Yang Berhormat tersebut (Izzah) serta mana-mana yang sefikrah dengan beliau supaya fikir masak-masak..jangan disebabkan hendak memperjuangkan agenda politik, kita sanggup untuk memutar-belitkan semangat dan juga tafsiran pada ayat-ayat Allah.Saya sangat kasihan kepada ahli-ahli politik yang mana disebabkan terlalu ghairah dengan agenda politik, mereka tergamak mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk membelai dan membuat penelitian kepada agenda politik hingga kata-kata mereka itu menunjukkan kejahilan mereka terhadap apa yang terkandung ayat-ayat al-quran dan juga hadis-hadis nabi,”Katanya.


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...