-->

Sebelah Sayap

Thursday 22 November 2012

PAS Tolak Nik Aziz Jadi PM



PAS Kelantan berkata bukan sesuatu yang pelik jika anggota parti itu mahu presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

 Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pandangan anggota akar umbi pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 baru-baru ini akan dibincangkan pucuk pimpinan demi menghormati pandangan itu.

 "Kalau anggota parti yang mahukan presiden parti lain jadi perdana menteri, itu sesuatu yang peliklah," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat Akademi Limkokwing Kelantan sempena hari terbuka akademi itu di sini, pada Rabu.

 Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri berkata PAS Kelantan menganggap ia bukan satu isu besar dan mengakui hasrat akar umbi itu tidak semestinya boleh menjadi kenyataan.

 Beliau mendakwa dalam persepakatan hubungan pembangkang tidak pernah membincangkan secara rasmi siapa sebenarnya yang layak menjadi perdana menteri. - BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...