-->

Sebelah Sayap

Thursday 1 November 2012

AJK PAS Pusat Bocorkan Gerak Kerja Meracuni Pemikiran Remaja.


Aku nak sentuh bagaimana PAS menanam kebencian kepada kerajaan. Sangat tersusun dan sistematik. Orang yang sepatutnya diberi tanggungjawab untuk mengajar "anak-anak" di sekolah, ipt atau mana-mana tempat belajar telah disuruh untuk menanamkan sifat kebencian pada kerajaan dan sayang pada PAS.

Aku dapat info ni dari Ustaz Idris iaitu AJK Pusat PAS.
Usrah remaja untuk anak ahli Pas

Kita perlu meninggalkan pelapis parti untuk akan datang. Tenaga pelapis tidak wujud jika kita tidak menyediakan tapak daripada awal lagi. Usrah wajib diadakan untuk menyelamatkan parti dan zuriat kita meneruskan perjuangan ibu bapanya. Dalam suasana mendidik anak yang begitu mencabar, anak merupakan ujian dan fitnah kepada ibu bapa dan jamaah jika kita tidak bentuk dengan betul. Anak-anak kita lebih selesa dengan kawannya yang sebaya. Maka usrah remaja perlu diadakan, InsyaAllah anak kita terselamat daripada kancah kerosakan.

Caranya 
-Tubuhkan unit usrah remaja samaada unit amal atau nisa’ yang berumur 13-18 tahun di setiap cawangan Pas.
-Umur seperti begini agak mudah untuk dibentuk
-Naqib terdiri daripada remaja juga yang umur lebih sidikit daripada ahli usrah. Kerana naqib seperti ini lebih memahami jiwa keremajaan.
-Buku yang dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat Pas Pusat “Tajuk-Tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh” boleh dijadiklan rujukan di samping buku yang dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan Pas Pusat.
-Buat di rumah secara gilir dan sediakan sedikit minuman dan makanan ringan secara mingguan.

*NOTA PENTING: Pesan kepada anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran kena mengikuti usrah Pas. Pesan juga kepada anak yang sudah bekerja kena cari usrah Pas jangan pula menakutkan anak supaya jauh daripada Pas. Kita tidak mahu berlakunya kecelaruan fikrah di kalangan anak-anak kita. Dalam Suasana yang pihak musuh yang cuba merosakkan anak-anak kita dengan program PLKN, BTN (Biro tatanegara), minggu suaikenal di pusat pengajian tinggi. Program ini semuanya menjurus supaya anak kita jauh daripada perjuangan bapanya. Kecuaian ibu bapa Pas tidak berperanan untuk menjuruskan anak kepada perjuangan berakhir dengan mala petaka meninggalkan anak sebagai penentang kepada pejuangan Pas. Cukupkah kita hanya berbangga dengan kehebatan Pas di zaman kita sedangkan kita tidak meninggalkan benih pejuang untuk masa akan datang. Dalam apa keadaan sekalipun anak tidak boleh disalahkan, kerana yang boleh disalahkan ialah ibu bapanya yang tidak membawa balik pejuangan Pas ke dalam rumah. Contoh yang ditunjukkan oleh baginda nabi Muhammad SAW melatih Saidina Ali, Asma’ Abu Bakar, Abdullah Abu Bakar walaupun mereka masih muda telah diberi peranan untuk menjayakan misi hijrah baginda ke Madinah

Usrah Di Sekolah

Samaada sekolah Pas, sekolah kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Swasta perlu diadakan program ini. Mereka adalah bakal pemimpin masa akan datang samaada sebagai ahli politik, bekerja di sektor swasta atau badan berkanun. Pelajar yang berada tingkatan 5 (17 tahun) sekarang ini bakal menjadi pengundi PRU 13. Sebab itu Umno menggunakan kaedah PLKN, Biro Tata Negara dan minggu suaikenal di universiti untuk mencapai cita-cita mereka.

Caranya
-Guru-guru Pas di sekolah kena berperanan besar dan berjiwa besar dengan mengorbankan sedikit wang dan masa untuk masa depan perjuangan Islam
-Pilih pelajar-pelajar yang berbakat dan cerdik dahulu disamping pelajar-pelajar lain.
-Program boleh dibuat selepas kelas dalam masa 45 minit sudah cukup.
-Sekali sekala ajak pelajar datang kerumah untuk jamuan kepada mereka.
-Kalau ada masa boleh bersukan dengan mereka
-Muqarrar usrah boleh pakai topik yang sama seperti usrah remaja.
-Sekali sekala (satu kali sepenggal) atur program qiamullail, khemah ibadah dan wujud suasana beragama dan kecintaan kepada agama.
SUMBER ASAL DI SINI. 

Kalau setakat nak mengembangkan Islam tuh bagi aku takde masalah sangat. Itu sangat dituntut oleh agama. Tapi apa yang berlaku sekarang ni usrah tuh menanamkan sifat kebencian kepada kerajaan. Sepatutnya dalam usrah agama ni, penekanan pada agamalah yang utama. Tak perlu untuk meracuni pemikiran anak muda untuk membenci kerajaan.

Aku yakin anak muda sekarang sangat mudah untuk terpengaruh dengan mendengar "bisikan pertama". Kalau bisikan yang pertama ni dah tersemat bagi aku dah susah nak betolkan balik kecuali dengan bagi mereka sendiri melihat apa yang mereka dengar  itu. Kemudian mereka akan tahu yang mereka sebenarnya sedang ataupun sudah ditipu oleh PAS.

Akhir kalam dari aku.. Para pendidik kene ingat tanggungjawab mengajar anak murid. Korang dibayar untuk mengajar apa yang diberi.. PAS tak bayar korang untuk mengajar.. Kate tahu agama.. 

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...