-->

Sebelah Sayap

Tuesday 24 September 2013

Ugutan Dalam Pemilihan CEC DAP



DAP hari ini tidak menolak wujudnya unsur 'ugutan' dalam arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan parti itu menjalankan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) jika tidak mahu parti itu dibatalkan pendaftarannya.

Timbalan Setiausaha Publisitinya, Zairil Khir Johari mendakwa kenyataan berbaur ugutan itu bukan sahaja dikeluarkan oleh pihak ROS bahkan ia kerap kali diulangi oleh pihak kerajaan sedangkan tuduhan mereka tidak berasaskan termasuklah isu pengundi hantu dan perwakilan tidak menerima notis.

“Kita buat semula pemilihan CEC ini kerana tidak mahu parti kami dibatalkan dan risikonya agak tinggi.

“...amaran itu diulangi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ROS, walaupun tuduhan mereka tidak berasas dan tidak pernah didapati bersalah, namun ia seolah-olah cuba mengugut parti kita,” katanya kepada Sinar Harian Online, di luar Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP menjalankan semula pemilihan CEC pada hujung bulan ini setelah ROS tidak mengiktiraf penyandang jawatan DAP yang dibentuk pada pemilihan parti 15 Disember 2012.

Isu pemilihan CEC timbul apabila ahlinya mendakwa DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi, yang juga ahli sah dan layak mengundi pada pemilihan itu.

ROS sebelum ini mengatakan pemilihan CEC DAP sebelum ini catat berikutan dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.

Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti tersebut.

Menurut Pengerusinya Karpal Singh, DAP memutuskan pemilihan baru bagi menyelamatkan parti itu daripada tindakan pembatalan pendaftaran oleh ROS.

DAP mengakui berlaku masalah teknikal dalam keputusan pemilihan tersebut, yang menyebabkan berlaku salah pengumuman mengenai calon-calon yang berjaya.

Calon yang tersilap umum berada dalam CEC adalah Vincent Wu dan bukannya Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu Zairil Khir Johari yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...