-->

Sebelah Sayap

Thursday 19 September 2013

Hai Siswa!! Pro M Is Back!!

Siapa yang tidak mengenali Pro-Mahasiswa ( konon-konon ) yang lantang bersuara menegakkan hak mahasiswa yang ditindas oleh AUKU dan kerajaan ( kononnya lagi ). Merekalah pejuang mahasiswa yang abadi sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mahasiswa asalkan mahasiswa bebas bersuara dan melakukan apa sahaja yang mereka mahukan ( ini mungkin auta semata-mata).

Mereka tidak kisah diculik ( Kes culik mastura ), mereka tidak kisah dipukul ( kes pukul edikop) , asalkan hak mahasiswa dijaga dengan baik. Mari kita kenang kembali beberapa kisah menarik yang berlaku sepanjang dua tahun pilihan raya kampus diadakan di Universiti Malaya.

Semasa mat berada pada tahun pertama di universiti malaya, mat tidak merasakan bahawa Pro Mahasiswa 
(konon) merupakan sekumpulan pejuang mahasiswa yang sangat ganas disebabkan oleh imej yang alim dan baik. Namun, apa yang mat lihat merubah segala-gala apabila sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Pro Mahasiswa dengan penampilan yang alim dan baik telah melawan permintaan baik felo Kolej Kediaman Pertama unutk mereka berundur daripada kolej kediaman pertama untuk menyebarkan flyers kepada mahasiswa di Kolej itu. 

Mat juga pernah melihat mereka sendiri merempuh dan memecah masuk pintu HEP untuk menyerahkan memorendum. Keganasan demi keganasan yang mat lihat sepanjang mat berada di Universiti Malaya. Bukan sahaja keganasan tetapi kebiadapan mereka ini sungguh tidak dapat diterima. 


Mat rasa mat akan tinggalkan korang dengan beberapa video untuk korang tonton. Korang nilai sendiri apa yang mereka katakan dan apa yang mereka lakukan. Mat harapkan dengan solgan mereka yang baru, #ANewHope #KebajikanKeilmuanKebersamaan adalah sesuatu yang benar dan bukanlah sekadar omong kosong yang bertujuan untuk menagih simpati mahasiswa untuk mengundi mereka. 





Mat mengharapkan apa yang dikatakan oleh saudara muhammad kamarul ini adalah sesuatu yang benar, "Apabila berpencak dilapangan politik harus ingat, kita bukan pewaris machiavelli yang menghalalkan apa cara sekali pun asalkan matlamat tercapai." Mat haraplah sangat kali ni tak ada lagi penipuan yang berlaku untuk menampakkan pihak Penggerak Mahasiswa adalah kumpulan mahasiswa yang jahat manakala melihatkan Pro Mahasiswa (konon) adalah satu pihak yang benar sahaja.

Lepas ni mat akan kenalkan mahasiswa dengan Pro-Mahasiswa (konon) yang Alim dan baik ini dengan lebih baik lagi. Siapakah yang berada dibelakang mereka. 

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...