-->

Sebelah Sayap

Thursday 26 September 2013

AJK Bahagian Vs EXCO Pemuda @NajibRazak @Khairykj @tunfaisal


DS Najib Razak melaungkan trasformasi dalam politik, dimulakan dengan penambahbaikan dalam Pemilihan UMNO bagi membunuh virus 'politik wang' yang sudah sekian lama bersarang.

Bila calon 'favourite' untuk memenangi kerusi MT - no.60 Tun Faisal Ismail Aziz disingkirkan dari senarai, membuatkan ramai tertanya-tanya transformasi bagaimana sebenarnya yang mahu dibawa oleh UMNO.

Alasan yang dikemukakan kerana beliau tidak pernah memegang jawatan sebagai AJK Bahagian, ada juga alasan beliau tidak menghantar borang pencalonan. Sebesar mana peranan AJK BAHAGIAN jika dibandingkan selama ini beliau adalah EXCO PEMUDA UMNO PUSAT yang bekerja keras memperjuangkan misi & visi parti.


Tun Faisal telah sepenuh masa dan usaha memperjuangkan UMNO bersama Pemuda, kelangsungan usia saja membuatkan beliau tidak lagi dapat berjuang bersama Pemuda kerana sudah melangkaui usia 40 tahun. Ketuanya YB Khairy Jamaluddin melihat secara dekat potensi Tun Faisal selama bersama Pemuda, kerana itulah nama beliau tersenarai dalam 4 orang #TeamPemuda yang disahkan dan disokong untuk bertanding jawatan MT.

Persoalan di sini adakah jawatan EXCO PEMUDA UMNO PUSAT terlalu murah & cikai jika dibandingkan dengan AJK BAHAGIAN??

Berapa ramai dari lebih 3,000 AJK Bahagian seluruh Malaysia yang benar2 berjuang untuk parti, telah terbukti jasa dan kredibiliti untuk membawa harapan baru kepada UMNO?

Jawatan EXCO PEMUDA UMNO PUSAT seharusnya diletakkan pada taraf lebih tinggi atau setara dengan jawatan AJK BAHAGIAN!

Adakah MT akan terus menjadi ruang untuk menyelit demi laba peribadi disamping mengaut populariti dalam parti atau jemaah teratas untuk memperjuangkan survival parti? Kita boleh senaraikan banyak nama di dalam barisan MT sebelum ini yang hanya menjadi 'penumpang',  tidakpun menjalankan apa2 tanggungjawab serius untuk memperkukuhkan parti.

Adakah kerja keras Tun Faisal selama ini sebagai EXCO PEMUDA UMNO PUSAT mendekati golongan anak muda dan mahasiswa, berdebat menerangkan polisi kerajaan di kaca tv & siaran radio berhadapan pemimpin2 pembangkang, mengepalai jentera menangkis serangan pembangkang di ruang siber mahu dipandang sebelah mata?



Tun Faisal Ismail Aziz, calon Ahli Majlis Tertinggi No.60 menyerahkan borang permohonan selepas mendapat endorsment dari ketuanya, YB Khairy Jamaluddin dan restu majikannya DS Hishammuddin Tun Hussein. Penyingkiran nama Tun Faisal dari senarai MT mendapat respon dari ramai pemimpin UMNO sendiri, kerana mereka tahu pemikiran beliau tidak perlu diperap lebih lama dalam masa UMNO semakin krititikal untuk menghadapi PRU14 nanti.


Jangan hak dan potensi seseorang untuk meneruskan perjuangan di dalam UMNO dinafikan oleh birokrasi yang remeh!

Adakah ini 'game' TS Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Sekretariat Pemilihan UMNO 2013 yang takut dengan gelombang kebangkitan orang muda? Atau ada 'pencucuk' di sekitar beliau yang sengaja mahukan Tun Faisal dikeluarkan dari senarai??

Sumber : http://jendelamy.blogspot.com/2013/09/jawatan-exco-pemuda-pusat-diperlekeh.html?m=1

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...