-->

Sebelah Sayap

Sunday 8 July 2012

Pelajar UTP Maut Nahas Kemalangan Jalan Raya.

Pelajar UTP nahas dalam kemalangan jalan raya. Ini bukanlah kali pertama kemalangan maut yang melibatkan mahasiswa. Pastinya sukar bagi 3 sekawan menerima kenyataan yang rakan mereka telah tiada. Affifi Emara Abdullah yang merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Teknologi Petronas telah maut dalam kemalangan yang berlaku di highway PLUS. Arwah baru sahaja pulang dari menyambut hari kelahiran ibunya di rumah tetapi terpaksa pulang ke universiti kerana terdapat kerja yang perlu diselesaikan. [SUMBER].





Kereta Vios yang pada mulanya dinaiki oleh 3 sahabat dari Johor Bharu telah berhenti di Kuala Lumpur untuk mengambil arwah Affifi yang berada di Sg Besi sebelum meneruskan perjalanan ke Universiti mereka. Malangnya kereta yang dibawa gagal dikawal apabila terlanggar lopak air dan kereta yang dipandu telah hilang kawalan sebelum berpusing-pusing dan merempuh penghadang jalan lebuhraya. 

2 sahabat arwah telah mengalami cedera parah manakala seorang lagi hanya mengalami cedera ringan. Arwah yang duduk dibahagian belakang sebelah kiri telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ditempat kejadian. [SUMBER].

Mat mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga tabah dengan dugaan yang diberikan oleh Allah yang Esa. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Mat jugak nak berpesan kepada semua pengguna jalan raya tidak kira mahasiswa ataupun tidak, pandulah dengan cermat. ANDA MAMPU MENGUBAH SEGALANYA!! SAYANGI ORANG YANG MENYAYANGI ANDA!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...