-->

Sebelah Sayap

Saturday 24 March 2012

Attention to Ministry Of Higher Education!!

Segerombolan mahasewel yang mahu diangkat sebagai pejuang mahasiswa, penegak keadilan dan pemangkin kepada revolusi mahasiswa telah datang dengan “aman” ke bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan yang telah dikeluarkan mengenai tarikh pilihan raya kampus. Laungan mahasiswa bangkit telah menggegarkan bangunan KPT selepas solat jumaat dan semakin rancak apabila perhimpunan ini telah mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak.

Pada mulanya mat menjangkakan kehadiran pada demonstrasi kali nie adalah lebih ramai berbanding sebelumnya. Ternyata apa yang mat jangkakan meleset apabila hanya 40 orang termasuk pihak media yang hadir. Bagi mat, mereka melaungkan kepada orang ramai bahawa mereka nie adalah suara seluruh mahasiswa, tetapi mengapakah apabila ingin menuntut dan berjuang atas sesuatu dasar suara seluruh mahasiswa nie menjadi kerdil dan kadang kala seperti tak wujud?? Ke mana hilangnya suara-suara seluruh mahasiswa?? Mengapa hanya beberapa orang sahaja yang mampu hadir ke bangunan KPT untuk “berjuang”??

Dalam hal nie jugak, mat rasa tak puas hati dekat dekat pihak media pembangkang. Mat nak bagitau korang bahawa media pembangkang yang membuat liputan tidak berlaku jujur dalam mengeluarkan artikel mengenai demonstrasi dekat KPT nie. Mereka nie tidak berani dan malu untuk mengeluarkan gambar-gambar yang menunjukkan bertapa ramai mahasewel yang telah menyertai demonstrasi nie disebabkan jumlah mahasewel yang menyertai demonstrasi nie amatlah sedikit. Meh sini mat tunjukkan bertapa meriahnya kehadiran mahasewel dihadapan KPT:-

korang rasa sampai tak 80 orang??

masa mat sampai dekat KPT, 20 orang pon tak sampai lagi

yang pegang kain rentang pon nak tak nak je.haha

Mat rasa dengan persetujuan kumpulan-kumpulan hardcore mahasewel nie mampu untuk menarik lebih ramai lagi kehadiran. Di antara yang telah bersetuju dengan memorandum ialah:-
  1.  Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
  2.  Solidariti Mahasiswa Malaysia
  3.  Kumpulan Aksi Anak Muda
  4.  Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
  5.  Pro Mahasiswa IPTA
  6.   DEMMA

Di sini mat rasa korang dah boleh Nampak tahap perpaduan antara mereka, takkan laa demonstrasi yang mereka anjurkan sendiri nie tidak mendapat sokongan ahli?? atau pon mat rasa yang demonstrasi mereka adakan nie tak dirancang dengan rapi?? Atau pon demonstrasi kali nie sekadar untuk mengambil perhatian pihak-pihak tertentu?? Yang kita sedia maklum bahawa gerombolan mahasewel nie tidak pernah melakukan sesuatu tanpa asbab yang kukuh. namun kali nie mereka telah melakukan sesuatu yang kelihatan seperti tidak dirancang. Perkara macam nie yang memaksa mat untuk memikirkan apa rasionalnya mereka bertindak sedemikian..korang rasa kenapa?? Mat rasa untuk meyakinkan lagi korang..korang klik laa dekat sini.

P/S: mat pasti lebih ramai yang sukakan berita yang tulus dan adil, jika kita mempunyai penyokong yang kuat, kita tidak perlu untuk menipu penyokong kita..

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...