-->

Sebelah Sayap

Sunday, 10 June 2012

Krisis UNISEL Dan PTPTN. (Part 2)

kalau korang tak nak tahu apakah sebelum part 2 ini.. sila kelik SINI yea..

Krisis UNISEL dan PTPTN ini telah mengukir banyak persoalan yang bermain dalam minda masyarakat malaysia terutamanya dalam kalangan mahasiswa. Mengapa perlunya pihak PTPTN mengambil tindakan menggantung pemberian pinjaman PTPTN kepada UNISEL?

Jika dilihat dari sudut politik, tindakan ini akan membunuh salah satu pihak tidak kira kerajaan mahupun pembangkang. Mat lihat dengan jelas bagaimana ianya dapat membunuh kedua-dua pihak jika tindakan yang betul diambil oleh salah satu pihak.

Jika pembangkang serius dalam menjalankan pendidikan percuma, mereka akan mengambil peluang ini untuk membuktikan yang mereka ini mampu untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat dan hal ini akan membunuh politik kerajaan. Malangnya, kenyataan dari pihak pembangkang yang menyatakan kerajaan bertindak kejam ke atas pelajar UNISEL telah memakan diri sendiri. MENGAPA???

Ini kerana pembangkang telah membuktikan kepada rakyat bahawa mereka tidak cukup kuat dari segi ekonomi dan pentadbiran untuk memastikan pendidikan percuma diberikan kepada pelajar UNISEL. Mat berkata begini adalah kerana dari segi kemampuan kerajaan negeri selangor ketika ini adalah lebih daripada mampu. Kenyataan menteri besar selangor dalam sidang media mengatakan Selangor telah mendapat keuntungan RM1.8 billion, tetapi kemanakah keuntungan itu dibelanjakan?? Di manakah keuntungan hasil galian yang bernilai RM32.2 juta yang dimomok-momokkan kepada rakyat?? 

Mat amat terkejut dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan pakatan selangor iaitu dengan mencairkan aset UNISEL bagi membantu pelajar yang bakal masuk ke sana. Adakah itu satu tindakan yang bijak? Mengapa cairkan aset UNISEL? Mengapa tidak digunakan sahaja keuntungan kerajaan negeri yang bernilai RM1.8 bil yang tak tahu ke mana perginya itu?? Sekali lagi kerajaan pakatan selangor telah membunuh kepercayaan politik rakyat kepada mereka. 


Khalid Ibrahim telah membuat kenyataan bahawa "Kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN." Kenyataan yang inilah yang membuatkan mat tertanya-tanya adakah kerajaan selangor tidak mempunyai aset lain ataupun alternatif lain.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menarik balik pembekuan itu susulan rayuan pentadbiran UNISEL yang mengaku kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak ada sebarang perancangan menawarkan pendidikan percuma kepada pelajar institusi itu. Pihak UNISEL telah membuat rayuan kepada pihak PTPTN yang menyatakan mereka amat memerlukan bantuan pinjaman itu untuk memastikan perjalanan universiti tidak terganggu.

Naib Censelor UNISEL, Profesor Dr Anuar Ahmad telah berterima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan menterinya kerana bersetuju untuk meneruskan semula pinjaman kepada pelajar universiti tersebut. Apakah mungkin kenyataan dari Naib Canselor UNISEL ini merupakan sandiwara? Adakah ianya hanya untuk memastikan wang terus dijana oleh UNISEL dan pelajar digalakkan untuk tidak membayar PTPTN seperti yang disarankan oleh Anwar Ibrahim??

P/S: Nantika Part Terakhir Krisis UNISEL dan PTPTN.

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday, 9 June 2012

Krisis UNISEL Dan PTPTN. (Part 1)


Pertama sekali mat melihat isu pendidikan percuma ini hanyalah satu perkara biasa jika sesebuah negara itu adalah negara yang maju. Kita kena faham yang negara kita ini belom lagi boleh dianggap sebagai negara maju kerana terdapat beberapa aspek penting bagi membolehkan sesebuah negara itu bergelar negara maju belom lagi mampu dicapai dan negara kita masih dalam usaha untuk mencapainya.

Isu Pendidikan Percuma ini muncul apabila Anwar Ibrahim terlepas cakap akan perkara ini, jika kita lihat sebelum Anwar Ibrahim terlepas cakap akan perkara ini, tidak ada seorang pon dari ahli pakatan rakyat ataupun  Pro-Mahasiswa yang memperjuangkan pendidikan percuma. 

Menariknya tentang pendidikan percuma dalam entry mat kali ini adalah bertapa serius Pakatan Rakyat dalam merealisasikan pendidikan percuma. Mat melihat tekanan politik yang diberikan oleh pihak pakatan telah membuatkan pihak PTPTN mengambil tindakan menggantung pinjamannya kepada UNISEL. Mengapa UNISEL??

UNISEL merupakan sebuah universiti yang dilihat sebagai sebuah universiti yang berada penuh dibawah tanggungan kerajaan negeri selangor dan ianya merupakan tapak yang paling bagus untuk kerajaan selangor ataupun yang lebih tepat kerajaan pakatan rakyat membuktikan yang mereka mampu memberikan pendidikan percuma kepada pelajar UNISEL. Kerajaan negeri selangor dikatakan mengaut keuntungan yang berganda selepas mengambil alih tampok pemerintahan dari Barisan Nasional tetapi masih lagi tidak mampu untuk memberikan pendidikan percuma kepada universiti tanggungan negeri itu. Jika diikutkan apa yang mereka perkatakan dengan keuntungan yang berganda itu, mat rasakan tidak menjadi masalah untuk kerajaan pakatan rakyat selangor memberikan pendidikan percuma.

Dua perkara utama yang menjadi mainan dalam kotak fikiran mat adalah bila kerajaan pakatan selangor ingin melaksanakan pendidikan percuma walaupun mengaut keuntungan yang berganda seperti yang dikatakan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim?? ataupun kerajaan negeri selangor tidak mengaut keuntungan yang besar dan tidak mampu untuk memberikan pendidikan percuma?? Sehingga kini mat masih belom mampu untuk mencari jawapan untuk persoalan yang bermain difikiran mat.

Mengapa UNISEL menjadi pilihan untuk penggantungan pinjaman PTPTN? UNISEL adalah hak milik penuh kerajaan negeri pakatan selangor. Kenapa bukan KUIS? KUIS adalah hak milik pusat zakat selangor dan pelajar yang masuk ke sana kebanyakkan mendapat bantuan zakat untuk membayar yuran pengajian tetapi bukan kos sara hidup dan tempat tinggal. 

Sabtu lepas Anwar Ibrahim menggesa pelajar supaya tidak menjelaskan bayaran PTPTN kerana Pakatan Rakyat akan "melenyapkan" hutang mereka beserta dengan PTPTN itu sendiri. Bagaimana kamu boleh berjanji sedangkan kamu masih belom memperolehinya lagi? Apa yang mat mampu kata sekarang, UNISEL sangat memerlukan PTPTN untuk memastikan anak muda mendapat pendidikan yang sempurna. UNISEL terpaksa menyatakan kepada seluruh negara bahawa mereka memerlukan PTPTN untuk memastikan UNISEL masih boleh "hidup".

Mat bukan nak cakap apa sangat laa, tapi kerajaan pakatan selangor seharusnya mengambil peluang yang diberikan oleh PTPTN untuk membuktikan yang mereka mampu untuk menyediakan pendidikan percuma. Mat melihat mereka tidak menggunakan keuntungan yang mereka dapat berganda itu untuk kesenangan rakyat dan mereka telah mengambil satu tindakan yang sangat kurang bijak apabila ingin menjual tanah hak milik unisel yang berharga RM30 juta untuk menampung sedikit keperluan pelajar baru UNISEL. Dari maklumat yang mat perolehi, RM30 juta itu tidaklah digunakan 100% untuk pelajar baru UNISEL tetapi hanya menggunakan sebahagian. 

P/S: nantikan sambungan Krisis UNISEL Dan PTPTN Part 2

Dah Singgah Komen Sikit

PR Dah Boleh Jual Janji.

AKHIRNYA perkara yang dinanti-nantikan tiba juga. Parti-parti pembangkang kini berpeluang menyiarkan manifesto masing-masing di stesen-stesen televisyen tempatan termasuk RTM semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Semua pihak baik parti politik dan rakyat biasa wajar menyambut baik langkah Kabinet membenarkan manifesto atau ‘ikrar pilihan raya’ disiarkan menerusi televisyen tempatan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun menyambut baik keputusan itu sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi.

Melalui penyiaran itu, masyarakat umum dapat menilai sendiri manifesto parti-parti politik yang akan bertanding dalam PRU-13.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kelmarin menjelaskan, keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat jemaah menteri baru-baru ini dan ia juga diputuskan berikutan penubuhan jawatankuasa khas berhubung perkara itu di Dewan Rakyat.

Keputusan itu selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Negara yang menghormati dan mengiktiraf hak kebebasan bersuara.

Berdasarkan penjelasan Rais, stesen televisyen BBC di England misalnya memperuntukkan kira-kira 10 hingga 15 minit untuk parti-parti politik di sana menyiarkan manifesto dengan beberapa syarat yang ditetapkan oleh stesen itu.

Begitu juga peluang yang sama dengan syarat tertentu diberi oleh stesen televisyen di Singapura, Thailand dan Myanmar dalam pilihan rayanya baru-baru ini.

Apa pun diharap penyiaran program itu tidak dilakukan secara langsung. Bimbang peluang yang diberi akan disalah guna oleh parti politik untuk menghentam dan memburuk-burukkan parti lawan.

Belajarlah daripada siaran langsung setengah jam Sidang Dewan Rakyat yang disiarkan pertama kali melalui RTM pada 2008. Muncul di televisyen bukan satu pasport bebas kepada mana-mana parti terutama pembangkang untuk tidak menghormati dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kita sedar pihak pembangkang cukup licik dan kreatif strateginya apabila diberi peluang terbuka. Jadi eloklah setiap parti politik diberikan masa yang dihadkan untuk bersiaran.

Buatlah program dalam bentuk rakaman. Dengan langkah ini, pihak parti politik juga dapat menyunting bagi memotong atau menambah fakta di mana yang perlu dalam tempoh yang ditetapkan. Tempoh yang diperuntukkan muncul di televisyen perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Pemimpin pembangkang sering berceramah seolah-olah merekalah yang hebat. Apabila pemimpin parti ‘masuk’ televisyen untuk menjual manifestonya, barulah kita tahu sama ada idea parti mereka lebih baik atau tidak daripada parti politik lain.

Melalui siaran manifesto di televisyen nanti, rakyat akan menilai sejauh mana parti politik yang bertanding pada PRU-13 mampu memimpin negara, menunaikan janji dan memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sebelum program itu berlangsung, tertanya-tanya benarkah parti-parti politik akan memenuhi syarat dan peraturan yang akan ditetapkan. Atau pelbagai alasan dicari untuk ‘mensia-siakan’ peluang keemasan yang diberi oleh kerajaan?-anuar azman

Dah Singgah Komen Sikit

Kuala Lumpur International Music And Light Festival.








Semalam berlangsungnya satu penutupan bagi KUALA LUMPUR INTERNATIONAL MUSIC AND LIGHT FESTIVAL yang bertempat di KLCC. Sepanjang 4 hari festival nie berlangsung, pelbagai persembahan kreatif menggunakan muzik dan lampu telah diadakan. Pada malam penutup semalam, lebih dari 3000 orang telah menghadiri majlis penutup festival nie. 

Festival nie telah berjaya menarik minat pelbagai kaum, bangsa dan agama untuk melihat persembahan disepanjang festival ini berlangsung. PETRONAS merupakan penaja dan penganjur untuk festival yang sangat berprestij ini.

P/S: mat tak boleh nak amek video..haha..sebab tak bawak..tapi mat rasa kompem banyak laa yang upload video semalam.. sangat cantik persembahan air pada malam penutup disertakan dengan letupan bunga api. SYABAS PETRONAS!!

Dah Singgah Komen Sikit

Pandangan Seorang Prof Madya Terhadap ULAMA PAS.

Tok guru hanya setaraf kedudukan Dewan Pemuda, Muslimat parti 

DEWAN Ulama dalam PAS sudah lama wujud tetapi dalam Perlembagaan parti itu ia hanya setaraf Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Majlis Syura Ulama ditubuhkan ketika PAS di bawah kepemimpinan Yusof Rawa dan ditempatkan dalam Bab Ketiga Perlembagaan PAS, manakala tiga dewan lain iaitu Pemuda, Ulama dan Muslimat ditempatkan dalam Bab 10.
Perlembagaan PAS memberikan takrif ulama ialah mereka yang dipanggil ‘tuan guru’ atau siswazah lulusan bidang pengajian Islam daripada mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) atau mana-mana orang yang berlatar belakangkan pengajian Islam yang menjadi ahli PAS.
Pindaan Perlembagaan PAS pada 2001 lebih ringkas iaitu ahli bagi Dewan Ulama ialah tuan guru atau/dan siswazah daripada mana-mana IPT Islam dan menjadi ahli PAS. 

Berdasarkan definisi ulama dalam Perlembagaan PAS ini, maka Datuk Seri Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat layak menjadi ahli Dewan Ulama PAS kerana mereka berdua dipanggil tuan guru atau tok guru. 

Demikianlah juga ‘tuan guru’ yang lain, tanpa mengira sama ada mereka lulus atau tidak dalam bidang pengajian Islam di IPT Islam (IPTI). Kelayakan ‘tuan guru’ ini diperlukan oleh PAS kerana pada peringkat awal PAS disokong oleh guru pondok dan mereka itu dipanggil tuan guru atau tok guru. 

Berdasarkan definisi ulama dalam Perlembagaan PAS, ia tidak mengkategorikan lulusan diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam bidang pengajian Islam. 
Justeru, definisi ulama bagi PAS amat mudah – sesiapa saja yang dipanggil ‘tok guru’ dianggap layak untuk menjadi ahli Dewan Ulama PAS (DUP), asalkan mereka menjadi ahli PAS. 

Kalau dibandingkan definisi ulama yang berada dalam DUP dan ulama yang berada dalam Majlis Syura Ulama (MSU), maka ulama dalam MSU lebih tinggi martabat atau hierarkinya kerana ulama dalam MSU mestilah: 

Mengetahui masalah pokok dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya. 

Dapat merujuk masalah pokok itu kepada Quran, sunnah, ijmak dan qias dengan faham maksud dan maknanya yang muktabar. 

Hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya. 

Hendaklah menjadi ahli PAS. 

Meneliti syarat adil ini, maka timbul isu senarai dosa besar dan kecil yang disenaraikan PAS kepada ulama dalam MSU. PAS perlu menyenaraikan dosa besar dan kecil untuk ulama dalam MSU kerana ulama Islam tidak ada kata sepakat dalam menentukan jumlah dosa besar dan dosa kecil. 

Malah, ada pendapat menyatakan bohong adalah satu dosa yang membawa kepada munafik kalau didasarkan kepada hadis yang menyatakan tanda atau alamat munafik ada tiga iaitu – apabila bercakap berbohong, apabila diserahkan amanah dikhianati dan apabila bergaduh sampai tahap fujur (fasik). 

Orang PAS ‘bergaduh’ dengan orang UMNO sejak dulu hingga kini masih belum berbaik, kecuali beberapa tahun ketika PAS berada dalam Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein selepas 13 Mei 1969. 

Apakah pergaduhan PAS dan UMNO ini tidak termasuk dalam pergaduhan fujur? 

Kalau diambil pendapat tokoh yang menyatakan ‘politicians are liars’ (ahli politik adalah pembohong), apakah ulama dalam MSU tidak berbohong dalam hidupan seharian mereka? 

Pernahkah ulama dalam MSU diambil tindakan kerana dituduh melakukan satu dosa besar atau kerana dituduh berterusan melakukan dosa kecil? 

Dalam sejarah umat Islam pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, baginda dituduh melakukan dosa besar oleh puak Khawarij dan dijatuhkan hukuman bunuh. Beliau dibunuh kaum Khawarij yang menanti baginda keluar dari masjid selepas bersolat Subuh. 

Dalam isu permusuhan antara kaum Khawarij dan Khalifah Ali, kumpulan Muslim tidak menghukum Khalifah Ali sebagai pelaku dosa besar, apa lagi sebagai kafir yang mesti dibunuh. 

Dalam konteks ahli politik PAS yang menjadi ulama MSU, apakah mereka yakin bahawa mereka sendiri tidak pernah melakukan dosa besar atau tidak melakukan dosa kecil berterusan untuk melayakkan masing-masing terus berada dalam MSU? 

Pada 1979, pernah seorang ‘tok guru’ sebuah sekolah pondok di Kelantan yang fanatik dengan PAS mengeluarkan hukum haram memakan daging sembelihan orang UMNO kerana UMNO berbaik dengan orang kafir. Tok guru berkenaan dalam ceramahnya juga pernah mengeluarkan beberapa hukum lain seperti tidak sah perkahwinan yang dilakukan jurunikah UMNO dan tidak sah berimamkan imam yang dilantik Kerajaan UMNO. 

Akibatnya, wujud fenomena dua imam di kawasan tertentu di Kelantan dan Terengganu. ‘Tok guru’ berkenaan didakwa di mahkamah di Besut dan kesnya masih belum diputuskan dan ‘tok guru’ itu juga sudah meninggal dunia. 

Oleh itu PAS perlu menyenaraikan senarai dosa besar dan dosa kecil semua ulama dalam MSU. Mahu atau mampukah PAS berbuat demikian? 

Ini adalah antara beberapa isu yang termasuk dalam polemik, etos dan mitos kepemimpinan ulama dalam PAS dari dulu hingga kini. PAA perlu mengakui hakikat zaman sudah berubah, ia kini sekadar sebuah parti politik – fatwa yang pernah ‘mengkafirkan’ UMNO suatu masa dulu, kini memakan diri sendiri. 

Penulis ialah Prof Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia



Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...