-->

Sebelah Sayap

Friday, 19 April 2013

Masih Enggan Mengaku CEC DAP Tak Telus


Parti Tindakan Demokratik (DAP) berada dalam keadaan serba salah berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan Notis Menurut Seksyen 16(1), Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Semalam pendaftar pertubuhan memutuskan di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1996, untuk tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan Parti Tindakan Demokratik yang dibentuk oleh Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat pada 15 Disember 2012.

Konflik DAP ini bermula apabila sekumpulan ahli DAP membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan mengenai kemungkinan wujudnya kesalahan dan penipuan dalam pemilihan CEC DAP yang lalu. Berdasarkan aduan oleh ahli DAP, Pendaftar pertubuhan mendapati ada asas bahawa Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP telah menyalahi Perlembagaan DAP dalam Fasal X Perkara 1.

Aduan kedua yang dibuat oleh ahli DAP ialah berkenaan jangka masa notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan tidak mencukupi. Beberapa Setiuasaha Cawangan membuat aduan bahawa mereka tidak menerima notis panggilan mesyuarat dalam tempoh 10 minggu sebelum mesyuarat seperti dalam perlembagaan. Aduan tersebut menyatakan, kegagalan menyerahkan notis mesyuarat mengikut tempoh yang ditetapkan menyebabkan sejumlah 753 ahli DAP dinafikan hak untuk hadir sebagai wakil ke Kongres Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik. Ini juga menyebabkan mereka tidak boleh mengundi dalam pemilihan lalu.

Oleh kerana kedua-dua aduan ini mempunyai asas kesalahan yang serius dan kukuh, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menangguh pengiktirafan ke atas jawatankuasa yang baru sehingga mendapat maklumat pembelaan bersama bukti-bukti bagi menolak aduan yang telah dikemukakan oleh ahli DAP sendiri.

Strategi Serampang Dua Mata

Mereka mengharapkan ROS mengharamkan DAP sebelum pilihan raya bagi meneruskan strategi serampang dua mata dalam pilihan raya kali ini.

Pertamanya, DAP berhadapan dengan krisis imej dan kebolehpercayaan parti tersebut di kalangan orang melayu dan Islam. DAP dilihat sebagai parti yang akan menghakis kedudukan orang Melayu dan agama Islam. Kebanyakan orang Pas tidak akan mengundi DAP. Sungguhpun pemimpin Pas dan DAP boleh tidur sekatil, namun ia bukan kepada pengikut Pas di bawah.

DAP percaya jika mereka bertanding atas tiket Pas, lebih besar undi akan diperolehi. Orang Cina tetap akan mengundi calon DAP walaupun bertanding atas tiket Pas. Namun adalah dijangkakan akan terdapat sebahagian orang melayu dan Islam akan mengundi logi Pas kerana percaya DAP tidak mempunyai masalah berada di bawah Pas. Ini akan dibuktikan melalui penggunaan logos Pas.

Dengan menggunakan logo Pas di Gelang Patah Kit Siang percaya ia akan menarik sokongan orang Melayu yang cenderung kepada Pas dan atas pagar di sana. Seorang cina bukan Islam bertanding atas tiket Pas tentu akan memberi imej yang sangat positif terhadap DAP di kalangan orang Melayu yang tidak mahu berfikir.

Kedua, dengan menyalahkan ROS ia memberi implikasi ada usaha untuk tidak membenarkan DAP bertanding atas logo sendiri dilakukan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Ini sudah tentu akan menimbulkan kemarahan kaum Cina dan akan menarik banyak undi simpati.

Ramai pemerhati politik dan juga para strategis dalam BN sendiri percaya sekiranya DAP akan meraih banyak undi simpati kaum Cina jika mereka berjaya mempengaruhi pemikiran kaum Cina bahawa mereka dianiayai oleh BN sehingga tidak boleh bertanding atas logo sendiri. Mereka ingin keadaan seolah-olah BN ini zalim dan takut kepada DAP sehingga cuba menghalang logo mereka dari digunakan.

Sebab itu, sungguhpun ROS dan SPR telah menyatakan mereka layak bertanding atas logo sendiri, mereka masih mencipta kekecohan dan drama politik bagi meneruskan strategi ini. Jika benar mereka khuatir pencalonan mereka akan dibatalkan kera pertikaian penjawat yang sah, DAP boleh sahaja memohon surat pengesahan daripada ROS mengenai siapa sebenarnya yang berkuasa dalam DAP pada masa ini. Tapi ini tidak berlaku kerana mereka sememangnya mencari alasan untuk menggunakan logo Pas dan meraih simpati pengundi Cina,

Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday, 17 April 2013

Petualang Yang Khianat Pada Amanahnya.



Penulis rasa pasti ramai pembaca di luar sana yang semestinya kecewa tentang perihal pemuda ini. Sudahlah berkhidmat di Jabatan Kerajaan (JPM), tetapi dalam masa yang sama menjadi pengkhianat kepada kerajaan?

Gaji yang diperolehi, bonus, dan sebagainya yang datang dari poket kerajaan nampaknya langsung tidak dihargai oleh pemuda ini. Apa lagi yang kurang? Kenapa tidak bersyukur dengan rezeki yang diperolehi hasil berkhidmat dengan kerajaan?

Kalau rasa pihak kerajaan selama ini tidak membantu beliau mahupun keluarga beliau, lebih baik berhenti daripada terus berkhidmat!! Cubalah berhijrah di negeri pembangkang dan carilah rezeki di sana. Baru tahu tinggi rendah langit.

Jadilah manusia yang bersyukur dan tahu berterima kasih. Insyaallah rezeki kita akan bertambah lagi.

Jangn jadi manusia yang tidak tahu mengenang budi. Tidak rasa bersalahkah anda??  

-PemudaPutrajaya

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday, 16 April 2013

Ghani Othman Berganding Bahu dengan Jason Teoh Kalahkan Si Racist


Mungkin ramai yang terkejut disebalik pengumuman nama calon Barisan Nasional yang diumumkan tadi diseluruh Malaysia. Mungikin ada kata Calon itu tak sesuai dan mungkin akan kata ada calon yang memang diharapkan untuk mewakili mereka. Semuanya sudah tersurat dan apa yang jelas Tranformasi Najib Razak bukan sahaja dibawa kedalam UMNO, Kerajaan malah dalam parti Barisan Nasional juga Najib Razak melakukannya.

Gomo berminat untuk mengulas pertembungan antara Bekas Menteri Besar Johor Datuk Haji Abdul Ghani Othman (BN) menentang Lim Kit Siang (DAP) bagi parlimen Gelang Patah.

Gomo sebenarnya lebih suka jika Jason Teoh MCA Gelang Patah untuk bertanding atas ticket BN pada PRU 13 ini kerana Gomo sendiri cukup kenal dengan Jason Teoh kerana 4 tahun bersahabat dengan beliau. Beliau sememangnya disukai oleh rakyat Gelang Patah baik Cina, India mahupun Melayu.

Bertahun Jason Teoh melakukan bermacam macam program untuk penduduk di Gelang Patah dan kata kata dari penduduk sudah yakin Jason tidak menghadapi masaalah bagi menang Parlimen Gelang Patah jika beliau bertanding.

Namun apabila Lim Kit Siang mengumumkan untuk masuk ke Gelang Patah, pekara ini menjadi tidak keruan memandangkan kita tahu sentimen kaum Cina dengan kepala Komunis ini Lim Kit Siang. Peluang untuk Jason Teoh menang semakin sukar memandangkan Hasutan DAP ala ala Komunis pastinya membuatkan masyarakat Cina akan memenangkan Lim Kit Siang.

Mungkin atas percaturan tersebut Jason Teoh tidak bertanding di Gelang Patah pada PRU 13 ini dan membuka laluan buat Datuk Haji Ghani Othman bekas Menteri Besar Johor yang cukup disegani oleh rakyat Johor.

Tidak ada rezeki Jason Teoh sahabat Papa Gomo untuk bertanding pada PRU 13 ini namun Gomo dimaklumkan oleh Jason bahawa beliau akan menyokong Barisan Nasional untuk menang pada PRU 13 ini apatah lagi beliau ingin Ghani Othman menewaskan Lim Kit Siang kepala Racist yang menghuru harakan kemanan antara kaum di Malaysia.

Perletakkan Ghani Othman di Gelang Patang menentang Lim Kit Siang sebenarnya telah menaruhkan Ghani Othman ke dalam satu bentuk baru pertandingan yang tidak dijangka sebelum ini. Dengan pengundi yang majoritinya kaum Cina :M: 33.54% C: 54.06% I: 12.22% pasti Ghani Othman sukar untuk menang. Namun harus diingat sejara dan rekod Ghani Othman selama mana beliau menjadi Menteri Besar Johor dan hubungan baik Ghani dengan kaum cina di negeri Johor. Mungkin ada strategi yang baik dengan meletakkan Ghani Othman di Gelang Patah dan ini juga merupakan satu isyarat jelas bahawa Lim Kit Siang bakal dikuburkan pada PRU 13 ini.


Jason Teoh

Strategi dan inilah yang membuatkan Ghani Othman turun ke lautan luas untuk berhadapan dengan seekor jerung. Ghani Othman mempertaruhkan apa yang beliau ada demi memastikan Lim Kit Siang terkubur dan rakyat Johor menolak Lim Kit Siang dan DAP dari terus menjadi petualang kepada keharmonian kaum.

Hanya sedikit ulasan Gomo dalam isu ini namun Gomo yakin pucuk pimpinan Barisan Nasional akan membantu Jason Teoh MCA Gelang Patah kerana beliau merupakan orang yang amat baik dan sesuai diketengahkan pada masa hadapan.

Perkiraan Papa Gomo antara pertembungan Ghani Othman vs Lim Kit Siang di Gelang Patah adalah kemenangan yang akan berpihak kepada Ghani Othman. Ghani Othman akan menang tipis dan Lim Kit Siang akan terus terkubur buat selama lamanya.

Psssttt... Kagum dengan keberanian Jason Teoh dan Ghani Othman berganding bahu menumpaskan Bapak Komunis Lim Kit Siang.


Dah Singgah Komen Sikit

Monday, 15 April 2013

Calon PAS Nusajaya Salahuddin Ayub Minta Derma Dari Rakyat Bukti Patut Ditolak!




PAS dulu kini dan selamanya memang sentiasa meminta duit kepada rakyat.

Walau sudah menjadi kerajaan.
Apakah rakyat perlu disusahkan dengan kempen minta dana PRU ini?Sedangkan ajaran Islam sendiri memberitahu tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Memang di dalam sejarah Islam ada pemerintah meminta bantuan rakyat namun ia hanya ketika negara sedang ditimpa masalah.Contohilah BN yang tidak meminta duit rakyat tetapi buat syarikat seperti KUB untuk cari wang.

Bukan seperti Kohilal PAS yang kini khabarnya sudah ditutup ekoran masalah pengurusan. Jika kita tidak reti mentadbir usah dabik dada dan kata kita mampu melakukannya kerana apa yang akan terjadi ialah kehancuran dan kerosakan akibat kesilapan membuat pilihan.

Juga usahlah memburukkan orang BN yang memang tidak berjubah berserban namun tetap jujur berjuang membawa pembangunan tanpa sebarang niat membawa derita kepada rakyat.

Paling penting di mana pun Pas berjuang jangan kita pilih Pas kerana tampak seperti sudah diikat hidungnya walau bernama parti islam. Undi Pas seperti undi Dap dan tangan yang memilih puak mahu biar murtad dan LGBT ini pasti ditanya Allah hari akhirat apa yang sudah dibuat.
-PPC

Dah Singgah Komen Sikit

Khalid Ibrahim Sah Bertanding Di Kawasan Kompem Kalah.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum kali ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu ceramah pakatan pembangkang di padang bola sepak AU2 Keramat, di sini malam tadi.

Anwar berkata, kerusi DUN Ijok yang disandang Abdul Khalid akan ditandingi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr. Idris Ahmad.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan kerusi Parlimen Gombak manakala Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Ampang.

Naib Presiden parti, R. Sivarasa pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Subang, sementara dua muka baharu iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Abdul Aziz Bari masing-masing akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan dan Sabak Bernam.

Menurut Anwar kerusi DUN Kota Damansara kekal ditandingi calon daripada Parti Sosialis Malaysia. - BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...