-->

Sebelah Sayap

Thursday, 4 April 2013

Imagine 5 more Years!! Dont let this HAPPEN AGAIN!!







Masih mahukah lagi kita pada kerajaan yang sebegini..?? Nasib rakyat diperjudikan dan ditabur dengan janji-janji manis. Kita mungkin sedar akan perkara ini, jangan laa memilih sesebuah kerajaan pada kemampuan dia bercakap, tetapi pilihlah pada kemampuan melaksanakan tanggungjawab.

4 Buah negeri dibawah kepimpinan mereka tidak membuahkan hasil. Rakyat menderita dan sengsara akibat janji-janji manis. Janji memang amat manis untuk kita dengar, tapi kemampuan untuk melaksanakan sesuatu janji itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Yang menderita itu adalah rakyat, yang menaiki kereta mewah itu, rumah yang selalu mempunyai bekalan air yang mencukupi itu, semua itu adalah mereka. PEMIMPIN. Sementara rakyat terpaksa hidup dalam kesusahan. 


Dah Singgah Komen Sikit

Ikuti Pendedahan Blogger Double-Y Mengenai Prof Emeritus Ini.

Makin hampir dengan pilihan raya, kita dapat lihat ramai individu tampil 'berkempen' secara tidak langsung kepada pihak yang disokong oleh mereka. Selain golongan artis, para pensyarah juga dilihat tidak mahu ketinggalan untuk memanaskan lagi bahang PRU13.

Gerak kerja 'kempen halus' ini pula bukan melalui ceramah-ceramah di pentas parti politik tertentu. Sebaliknya golongan ini hanya menggunakan platform media sosial bagi mempengaruhi para pengikut atau pelajar di bawah jagaannya.

Inilah yang dilakukan oleh Prof. Emeritus Dato Dr. Abdul Latiff di laman facebook miliknya, berdasarkan kiriman emel yang dihantar oleh mahasiswa UKM sendiri menyatakan hampir setiap hari Prof. Dr. Abdul Latiff bersikap kritikal terhadap apa jua cadangan dan keputusan yang diambil oleh kerajaan malah ia juga sinis menyindir pemimpin kerajaan seperti PM.

Petikan email yang dihantar :
"bro YY, 
Saya adalah mahasiswa yang menuntut di UKM, saya mohon bro meneliti beberapa komen yang ditulis oleh Prof. Emeritus Dato Dr. Abdul Latiff di laman facebooknya. Prof Abdul Latiff begitu kritikal terhadap kerajaan. Sikap begini tidak disenangi oleh mahasiswa malah kakitangan yang lain. Saya juga lihat tindakan Prof. Abdul Latiff mungkin boleh menimbulkan persepsi serta sentimen membenci kerajaan di kalangan mahasiswa. Saya harap bro teliti beberapa screen shot yang saya hantar.."
Lalu saya meneliti beberapa skrin shot yang dikirimkan kepada saya, berdasarkan pemerhatian saya jelas Prof. Abdul Latiff ini seorang kakitangan kerajaan yang bersikap kritikal, namun dia bijak menyusun ayat-ayat di facebooknya supaya ia tidak dilihat ketara menyebelahi parti politik tertentu.




Mungkin ini belum jelas untuk kita membuktikan sikap anti kerajaan oleh pegawai kerajaan yang dilantik secara kontrak ini, tetapi paparan di bawah mungkin jelas untuk menggambarkan pegangan politik beliau :





Dan status terbaru Prof. Dr. Abdul Latiff berhubung artikel pendedahan NST hari ini, di mana beliau kononnya terkejut keraja NST menyiarkan artikel negatif mengenai negeri Kelantan.

Hahaha...

Ini paling kelakar, apabila seorang yang bergelar Prof. Emeritus terkejut membaca artikel NST kononnya menyiarkan artikel negatif sesama muslim. Baginya isu yang didedahkan NST hari ini berlaku di mana-mana.

Mari kita bercakap dari skop yang lebih besar, soalan saya kenapa hanya NST yang difokuskan oleh Prof. Emeritus Abdul Latiff Mohamad?

Jika artikel NST yang disertakan bukti video itu 'mengejutkan' Prof. Abdul Latiff, saya sarankan agar Prof. Abdul Latiff tutup mata melihat artikel yang disiarkan akhbar keluaran parti Islam PAS di bawah kerana dibimbangi Prof. Abdul Latiff diserang sakit jantung!


Prof. Abdul Latif tidak terkejut melihat Harakah akhbar keluaran parti 'Islam' cap ayam PAS menjadi penyambung kepada kisah aib Anwar Ibrahim seperti di bawah?


Mungkin Dr. Abdul Latiff perlu tambah 'power' kaca mata yang dipakai olehnya...

Hak Prof. Emiritus Dato Dr. Latiff untuk meluahkan pandangan atau menyindir pemimpin kerajaan di laman facebooknya, dia juga berhak untuk menyokong mana-mana parti politik.

Tetapi jangan lupa hak saya juga untuk mendedahkan sikap buruk kakitangan kerajaan yang cuba mempengaruhi golongan mahasiswa untuk membenci kerajaan.

Adil bukan...?


Dah Singgah Komen Sikit

Pemimpin Utama Pakatan Sibuk Mencari Kawasan Boleh Menang.


Puak pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila masing-masing bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding.

Bertanding di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat pembangkang mungkin mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang kebanyakannya berada di hujung tanduk.

Daripada pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Perak daripada Pas, Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang, semuanya mengorbankan kerusi yang disandang sekarang untuk lari meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2008 dahulu.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan pembelaaan yang tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang.

Malah yang lebih terasa pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ialah para pengundi di kawasan terbabit yang tegar menyokong mereka di peti undi ketika itu.

Pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan Dap adalah umpama kad bayaran tol 'touch n go'.

Mereka datang ke kawasan yang ingini ditandingi, buat bermacam janji manis dan palsu yang mereka tahu tidak akan ditepati, buat fitnah dan tohmah terhadap kerajaan ang di pimpin Barisan Nasional dan kemudiannya menang atas premis politik kotor yang diamalkan puak tersebut.

Anwar mahu lari keluar dari Permatang Pauh kerana sudah tidak lagi mampu berdepan dengan kekuatan jentera UMNO-BN yang bakal meranapkan impian beliau ke Putrajaya.

Bukan salah BN kuat di Permatang Pauh tetapi oleh kerana tanggungjawab Anwar yang gagal menjalankan tugas sebagai ahli parlimen di kawasan itu.

Daripada menjenguk pengundi serta menjaga kebajikan mereka, Anwar lebih suka berceramah ke sana ke sini, dan yang lebih menyeronokkan bagi dirinya ialah sentiasa berada di luar negara juga berceramah dan memburuk-burukkan negara dan kerajaan Malaysia.

Kit Siang juga sudah buat keputusan lari dari Ipoh Timur ke Gelang Patah.

Apabila kerusi sudah goyang di Perak baru teringat kampung halaman dan sekarang mengaku pula anak kelahiran Batu Pahat, Johor walhal tidak pernah pun beliau terkenang atau sekelumit pun menabur bakti di negeri itu apatah lagi kepada penduduk kawasan Gelang Patah.

Seorang lagi pemimpin Dap, Liew Chin Tong yang kini mewakili kerusi parlimen Bukit Bendera juga berura-ura bertukar selera ke Kluang pula, kononnya dia berasal dari kawasan itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga bakal menempah bala di Johor apabila menggunakan alasan negeri kelahirannnya untuk membina tapak politik baru.

Keangkuhan pemimpin pembangkang berhijrah ke Johor di desak oleh beberapa faktor politik antara yang utamanya andaian bahawa negeri kelahiran UMNO itu sudah tiba masanya menerima kehadiran kerajaan negeri pembangkang.

Strategi politik cetek yang menganggap Johor 'senang di makan' sebenarnya akan memakan diri pembangkang sendiri.

Tujuan Dap adalah untuk melumpuhkan pimpinan MCA di Johor berdasarkan unjuran bahawa pengundi Cina di negeri itu akan memberi undi mereka kepada calon pembangkang.

Bagaimana harus di ingat pengundi Cina di Johor bukan seperti pengundi di negeri lain yang agak mudah untuk dipengaruhi pembangkang.

Mereka mempunyai contoh pembbangunan pesat di negara jiran di sebelah selatan untuk dijadikan sebagai model.

Melihat kepada BN yang telah membawa pembangunan pesat di Johor, pengundi Cina akan berfikir sepuluh kali sebelum bertindak untuk bertukar angin kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana melalui dasar pro-bisnes yang menjadi tunggak pemerintahan BN, masyarakat Cina telah berjaya menguasai bidang perniagaan serta membina kekayaan bagi mereka.

Pengundi Cina di Johor tidak akan memgambil risiko besar untuk berkiblat kepada pembangkang hanya berbekalka air liur Anwar atau Kit Siang sahaja.

Tempat Chin Tong yang akan dikosongkan pula bakal diisi oleh setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Lim Abdullah aka Christopher Lim yang mengeksploitasi nama pemimpin UMNO yang banyak berjasa, Tan Sri Mohd Khir Johari untuk menumpang tuah politik ayah tirinya.

Nizar yang dahulunya bercadang untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang yang dimenangi pada pilihan raya kecil 2009 juga kini sudah mengubah fikiran.

Kini kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang yang kononnya menjadi benteng kuatnya mahu ditingallkan kerana merasakan Changkat Jering lebih selamat baginya.

Ini semua disebabkan perubahan suasana politik yang dilihat lebih memihak kepada BN menjelang PRU ke 13.

Kalau dahulu BN dilihat lemah dan diselubungi pelabagai masalah persepsi termasuk kemelut dalaman, kini empat tahun di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, senario dan tanggapan negatif ini telah berubah secara drastik.

Kalau dahulu orang BN sendiri dikatakan malu untuk dikaitkan dengan parti mereka, kini terdapat lonjakan semangat baru yang berkobar-kobar untuk memastikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat digenggam semula dan empat buah negeri tadbiran pembangkang di rampas kembali.

Suasana kebangkitan UMNO dan BN inilah yang menggerunkan Anwar, Kit Siang, Nizar dan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Berdasarkan populariti BN yang semakin meningkat dan diyakini rakyat Pulau Pinang kemungkinan Setiausaha Agung Dap itu kecundang di tangan calon BN tidak boleh diperkecikan malah ia mampu diterjemahkan kepada realiti yang pahit bagi parti cauvinis Cina itu.

-GAP

Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday, 3 April 2013

Bila Dr Chandra Muzzafar Buka Mulut.. Anwar?


Korang dengar sendiri temubual dengan Dr Chandra Muzaffar. 


Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday, 2 April 2013

UMNO Guna Bomoh Hadapi PRU-13

           

Tudia!! Macam mana laa seorang ulama boleh berfikiran macam ni. UMNO gunakan BOMOH untuk menghadapi PRU-13? Kredibiliti sebagai seorang ulama di mata orang ramai mungkin akan jatuh apabila dia ni buat kenyataan bodoh ni.

Bagi aku, ulama tidak perlu laa buat kenyataan macam ni. 
 Saya yakin UMNO dan Barisan Nasional akan mendapatkan nasihat daripada bomoh mereka dahulu. Kerana UMNO ni percaya kepada BOMOH.- Haji Hadi 2 April 2013
Aku rasa aku tak perlu laa nak cakap panjang. Korang tengok dan nilai sendiri. Dengar apa yang orang tua ni cakap. Nilai dan fikirkan kembali apa yang dicakapkan.


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...