-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 11 September 2013

Pemudah Cara Mahasiswa Universiti Malaya Dibuang Kolej.

Makin dekat dengan pilihan raya kampus ni makin menjadi-jadilah perangai penganut-penganut Pro-M ni. Disebalik perwatakan alim dan pemakaian yang menurut syarak, mereka ini sering kali akan merancang untuk melakukan onar di setiap kampus menjelang pilihan raya kampus.

Adam Adli takde nak fight untuk student yang kononnya dibuang kolej ni? TROLOLOLOLOOOOO!!


Tak mula pon lagi pilihan raya kampus mereka sudah memulakan gerak kerja mereka untuk menakluki semula kampus di mana mereka kalah teruk. Mat boleh cakap kalau kita tengok bola tu ibarat menonton Telekom Melaka FC lawan dengan Barcelona FC dengan jaringan 18-2. Kalah teruk. 

Blogger Brader Jai yang memang terkenal dengan pembongkaran penipuan telah berjaya untuk membongkar satu siri penipuan lagi oleh Pro Militan kampus. Pemudah Cara Mahasiswa Universiti Malaya Dibuang kolej.
Berikut sebahagian daripada laporan daripada kolej kediaman.

LAPORAN KEJADIAN DI KOLEJ KEDIAMAN KE-4 
1. Pada 6 September 2013 kira-kira jam 1 pagi, mangsa bernama Nur Fadhilah binti Ibrahim yang hampir pengsan di bawa oleh rakan sebiliknya dan juga Pembantu Khas ke Bilik Seminar dan mula meracau dan menangis. 
2. Salah seorang PM, iaitu Hafizah binti Namli memanggil seorang lagi PM iaitu Syafinatunnajah binti Mohamad Noor untuk membantu menenangkan mangsa. Kemudian Syafinatunnajah memanggil Amir Aiman bin Shamsul Bahrin pula. 
3. Mereka membuat panggilan kepada seorang ustaz dan mereka mengatakan ustaz tersebut adalah ustaz luar tanpa memaklumkan bahawa ustaz tersebut adalah pelajar UM dan siapa ustaz tersebut. 
Selepas itu, mangsa di bawa ke surau pula yang terletak di bawah Bilik Seminar. 
4. 15 minit kemudian, Amir Aiman mendapat panggilan yang mengatakan bahawa ustaz yang dihubungi itu tidak dapat masuk ke dalam kawasan universiti dan meminta bantuan Ketua Pemudahcara Mahasiswa (KPM) iaitu Nor Alia Syamin binti Mohd Puad untuk pergi ke pintu pagar KL. 
5. Sebaik sahaja KPM dan ditemani pembantu felo, Mohamed Anwar bin Mohd Jamil tiba di pintu pagar, ustaz tersebut telah pun dilepaskan masuk ke dalam kawasan universiti. 
6. Setelah tiba, ustaz tersebut sudahpun masuk ke dalam Kolej Kediaman Keempat untuk mengubati pelajar tersebut. Rupa-rupanya ustaz yang dimaksudkan adalah saudara Bukhairy, sambil ditemani Muqit dan Fahmi Zainol (malam tersebut Fahmi Zainol memakai jubah) 
7. Setelah selesai semuanya, mereka bertiga pun beredar. Mengikut peraturan, pelajar senior yang tidak menjadi Pemudahcara Mahasiswa tidak dibenarkan masuk ke UM sepanjang berlangsungnya Minggu Orientasi. Hal ini menimbulkan kemusykilan kerana ustaz yang dipanggil merupakan orang-orang kuat Pro Mahasiswa dan Pemudahcara Mahasiswa yang menghubungi ‘ustaz’ tersebut juga merupakan orang Pro Mahasiswa manakala pelajar baru yang katanya ‘disampuk’ juga kelihatan sangat dibuat-buat seolah-olah ianya dirancang
Selanjutnya korang boleh baca dekat blog brader jai. Tekan punat ni... SINI 

P/s: Sudah-sudahlah menipu wahai penganut Pro-Militan Kampus. MENIPU, MEMBOHONG, MENGACAU KETENTERAMAN MAHASISWA ITU TIDAK MENJAGA HAK MAHASISWA. BUKANKAH KAMU SEMUA INI MENEGAKKAN HAK MAHASISWA? 

Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday, 14 August 2013

MCCBCHST Cadang Pinda Perlembagaan Mengenai?


Semakin berani bersuara mengenai perlembagaan negara kita dan menampakkan tujuan menuju sebuah negara yang lebih bebas dari segala aspek termasuklah peranan ibu-bapa dalam penukaran agama anak.
Tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) membantah cadangan Majlis Perundangan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang berhasrat melakukan pindaan perlembagaan berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak. 
Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Presiden majlis antara agama , Jagir Singh, berhasrat melakukan pindaan di lima negeri berhubung perkara itu termasuk Perak, Kedah, Melaka, N. Sembilan dan Sarawak. 
“Bagaimanapun, kami ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam tidak akan dibenarkan dipinda mengikut tuntutan penganut agama lain, malah soal hukum agama Islam tidak akan tertakluk kepada desakan agama lain,” katanya kepada media semalam. 
Menurutnya, pandangan majlis itu perlu diabai kerana mencampuri urusan dalam hukum agama Islam, mencabar kuasa negeri yang berkuasa terhadap agama Islam sekali gus mencabar kuasa sultan yang menjaga urusan agama Islam di setiap negeri.
Hadir sama, wakil Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Pusat Santuni Rakyat (PSR) Kedah, dan Pertubuhan Darul Mustafa Kedah.
 
Mohd Azmi berkata, tindakan MCCBCHST dilihat cuba mengganggu sensitiviti masyarakat Islam apabila menggunakan media terbuka untuk melontarkan pandangan salah mereka. 
“Keputusan mahkamah tinggi dalam kes M Indira Ghandi, tidak boleh membatalkan keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah, bahawa hak penjagaan oleh bapanya beragama Islam adalah sah. 
“Kami berpendirian kes itu layak dibicarakan di mahkamah syariah kerana ia adalah bidang kuasa yang berkait dengan urusan agama Islam,” katanya. 
Mapim mendesak kerajaan negeri di lima negeri berkenaan, agar tidak tunduk dengan tekanan pelbagai pihak termasuklah MCCBCHST, yang mahu mengubah enakmen pentadbiran undang-undang Islam sedia ada.- SinarHarian

Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday, 12 June 2013

PKR Tiada Pendirian. Main Wayang Kuat Mengenai Isu Boikot.


PKR akan memutuskan sama ada mahu meneruskan boikot atau sebaliknya pada majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat setelah berbincang dengan wakil Pas dan DAP dalam mesyuarat biro politik, malam ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata keputusan itu akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuklah cadangan supaya majlis itu patut dihadiri sebagai menghormati Parlimen.

"Kita akan bincang malam ini, tapi itu bukan hak dia (Speaker), saya kena ingatkan kepada wakil rakyat BN, kami menang undi popular, dan majoriti kita jauh lebih besar daripada mereka.

"Itu hak kami untuk tentukan dan saya tak nak terlibat dalam soal cabar mencabar yang dibuat oleh seorang ahli Parlimen yang menang sipi-sipi," katanya kepada Sinar Harian Online di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian ahli Parlimen Pas dan DAP dari Selangor yang tidak berhasrat untuk memulaukan sidang Dewan Rakyat 24 Jun ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas, Khalid Samad berkata, pihaknya setakat ini dimaklumkan, tindakan boikot itu hanya pada sesi taklimat ahli Dewan Rakyat semalam.

Selain itu, Naib Pengerusi DAP Selangor, Charles Anthony Santiago pula berkata, tujuan PR memboikot sesi taklimat Parlimen itu sebagai simbolik kepada protes penipuan pada PRU13.

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday, 11 June 2013

Ajaran Al-Arqam Kembali Aktif.


Sungguhpun ajaran kumpulan al-Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Malaysia sekitar 1994, namun ia kini dikatakan kembali aktif di beberapa tempat di Kedah.

Tinjauan Sinar Harian di Kampung Temalang, Mukim Putat di sini, yang didakwa menjadi tempat kumpulan terbabit berkumpul menjalankan kegiatan mereka dikhuatiri benar.

Penduduk, Zainab (bukan nama sebenar) berkata, aktiviti kumpulan terbabit dipercayai kembali aktif kebelakangan ini.

Menurutnya, lebih mengejutkan apabila aktiviti ajaran kumpulan terbabit semakin mendapat sambutan ramai terutama penduduk dari luar kawasan ini.

“Mereka akan berkumpul selepas Zohor dan Maghrib. Cukup ramai sekali yang datang sehinggakan keadaan jalan di kampung ini sesak pada waktu tertentu.

“Entah apa yang mereka buat di situ (rumah). Ramai sangat orang. Ada yang datang dengan van menghantar jemaah perempuan. Ada juga yang datang dengan kereta sendiri,” katanya semalam.

Katanya, perkara itu bukan lagi sesuatu yang baru bagi penduduk di situ kerana kegiatan itu pernah berlaku pada suatu ketika dahulu dan dihidupkan semula.

“Ada juga mereka pelawa saya ikut program. Saya pergi saja la tengok apa mereka buat. Semuanya tidak betul berbanding ajaran kita. Entah apa mereka pelajari,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Abdullah (bukan nama sebenar) berkata, kegiatan ini melibatkan penduduk tidak mengira jantina dan peringkat umur.

“Ada satu masa saya sendiri melihat mereka bawa anak-anak yang masih kecil, kanak-kanak sekitar bawah 12 tahun, ada juga pada peringkat remaja dan sebagainya. Mereka tidak kira siapa pun, asalkan sertai kegiatan mereka.

“Ramai yang ikut serta. Kebanyakannya orang luar,” katanya.

Semasa tinjauan Sinar Harian, difahamkan juga, balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan Bonda Ummu Jah kini berada di Kuala Lumpur dan dalam perjalanan pulang ke perkampungan berkenaan.

Dalam pada itu, seorang pengikut kumpulan al-Arqam yang enggan dikenali berkata, mereka sedang menantikan kepulangan Bonda Ummu Jah yang dijadualkan tiba dari Kuala Lumpur, semalam.

“Ini rumah dia la. Kami baiki semula, cat bagi cantik untuk keselesaan semua yang datang,” katanya.

Ditanya adakah rumah ini dibuat sebagai rumah tumpangan berikutan keadaannya begitu cantik, katanya “lebih kurang macam itu lah. Kami sedang cantikkan lagi kawasan rumah ini”.

Tambahnya lagi, Bonda Ummu Jah juga mempunyai banyak rumah seperti ini di Lahar Yooi, Pulau Pinang dan Kampung Meleleh, Kodiang.

Tinjauan mendapati sekitar kawasan itu sedang dibaiki dan dihiasi dengan pokok-pokok dan kolam ikan di bawah rumah.

Selang beberapa ketika, kelihatan pula seorang lelaki dipercayai warga asing keluar dari sebuah rumah dan melulu ke arah kereta untuk meninggalkan kawasan itu.-SH

Dah Singgah Komen Sikit

Monday, 10 June 2013

15 NGO Buat Laporan Polis Individu Hina Nabi.


Lima belas badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan NGO Melayu Islam membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan, yang mewakili 15 NGO, antaranya Persatuan Veteran Tentera Melayu Malaysia, Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia, berkata laporan itu dibuat terhadap pemilik akaun yang dikenali sebagai 'Calvin Gani' .

"Saya meminta pihak polis, pihak berkuasa sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri melihat perkara ini dan mengambil tindakan segera sebelum merebak menjadi wabak yang sukar dibendung," katanya selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis (IPD )Daerah Dang Wangi di sini.

Presiden KWMM Dzulkarnain Taib pula berkata tindakan pemegang akaun itu berkemungkinan besar adalah daripada rangkaian terancang 'Red Bean Army' .

"Sebelum ini mereka telah menghina peribadi Yang di-Pertuan Agung tetapi kali ini, mereka menyerang pula peribadi pembawa Islam itu sendiri iaitu Rasullullah SAW," katanya.

Beberapa hari lepas, dua akaun Facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' memaparkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. - Bernama

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...