-->

Sebelah Sayap

Saturday, 6 April 2013

Anwar Ibrahim Takot Dengan DAP Perak Dan Bertanding Di Permatang Pauh?

Adakah sebab kurang yakin dengan kemampuannya untuk menang dalam pilihanraya kali ini membuatkan Anwar Ibrahim merasakan curiga dengan kerusi yang mahu ditandingnya? Mula-mula di Perak dan kini kembali ke Permatang Pauh??

Adakah dia tidak yakin dengan kemampuannya selaku ketua Pembangkang yang dahulunya merupakan Timbalan Perdana Menteri untuk menang pilihanraya? Dan adakah Anwar hanya mahu bertanding di kawasan yang boleh menang sahaja. 

Mungkin Anwar melihat jika dia bertanding di Perak berkemungkinan dia akan kalah ataupun dia tidak boleh bertanding di kawasan Parlimen yang dimiliki oleh Cina DAP?? Mungkin juga Anwar takot kepada Nga dan Ngeh untuk bertanding di Perak?? 

Jom kita lihat apa yang Megat Spy bangkitkan dalam posting terbarunya..
Ya..Buat pertama kalinya Anwar bertanding atas tiket PKR untuk Pilihanraya Umum!! Yang mana sebelum ini bertanding atas tiket Barisan Nasional..sebelum ini Anwar menang dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 2008 yang mana Kak Jijah memberi laluan kat lakinya yang gila jawatan sangat. 
 
Heh! Masa Piliharaya Kecil dulu boleh la menang sebab semua jentera boleh dikerah pergi ke satu kawasan..sekarang ni Pilhanraya Umum la der...
 
kalo yakin boleh menang permatang pauh asal tak declare awal-awal...sebab tak yakin boleh menang ke?? (SINI) 


Dah Singgah Komen Sikit

Friday, 5 April 2013

Kisah Nik Aziz Yang Perlu Kita Tahu..


Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan antara beberapa pemimpin utama PAS yang tak pernah serik dari mencetuskan kontroversi demi kontroversi gara-gara tutur katanya yang kasar, celupar dan tidak berhikmah.

Tak berapa lama dulu Nik Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya penjaga kunci yang akan menentukan orang yang sokong PAS masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.

Sebelumnya, Nik Aziz dengan selamba menyatakan kesediaan bersahabat dengan syaitan semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama PAS dengan DAP.

Terbaru, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.

Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Makin tua makin merapu pula orang tua tak sedar diri yang gila kuasa mahu bertongkat langit sampai mati ini.

Nampak sangat Nik Aziz dah tersesat arah kerana salah memahami maksud kebangsaan mengikut fahaman sempit, tapi peliknya liberalisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam PKR sedikit pun tak berani disentuhnya.

Ada pemimpin Melayu yang bersekongkol dalam DAP yang berpegang pada fahaman sosialis, tak pula Nik Aziz pertikaiannya. Mentang-mentang geng sendiri, hipokrit punya manusia bertopengkan agama.

Nik Aziz sebenarnya terdesak nak memainkan semula persepsi yang PAS itu Islam dan Islam itu PAS, menyokong PAS bermakna menyokong Islam dan menolak PAS maka dituduhnya menolak Islam.

Hakikatnya, Nik Aziz tak sedar yang PAS hanyalah sebuah parti politik semata-mata yang tertubuh akibat kekecewaan pemimpin-pemimpin awalnya.

Untuk pengetahuan Nik Aziz, semangat kebangsaan atau nasionalisme yang mendasari perjuangan UMNO merujuk pada wathan (tanah air), Dar al-islam dan Diyar al-islam, maksudnya satu perjuangan mendaulatkan tanah air tanpa mengetepikan ajaran Islam.

Susur galur fahaman yang sama juga yang mendasari kelahiran PAS di zaman Ahmad Fuad yang kemudian diteruskan oleh Burhanuddin Al Helmi dan Asri Muda. Adakah Nik Aziz sanggup mengira pahala dan dosa mereka, atau sebab mereka ini pernah bersama PAS maka terkecuali dari timbang tara Nik Aziz dan PAS?

Orang UMNO yang Nik Aziz kata tak dapat pahala bila bersolat inilah yang sakan berjuang memerdekakan tanah air dan berjuang memajukan ummah untuk bersaing dengan penganut agama lain supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

UMNO ini jugalah yang sibuk berjuang mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T dari dinodai oleh DAP dan PKR, sedangkan PAS sehingga sekarang gagal mengubah dasar PR supaya kembali menghormati kalimah Allah S.W.T.

Justeru itu, tak usahlah Nik Aziz memesongkan orang ramai tatkala diri sendiri gagal memahami realiti, lebih baik Nik Aziz cermin diri sendiri dan perbetulkan hala tuju PAS yang semakin dekat bergelumang dengan fahaman PR yang liberalisme dan pluralisme, ada juga faedahnya.

-GAP-

Dah Singgah Komen Sikit

Musim Pemimpin PAS Jadi Miskin

Tengok media penyambung fitnah Pas HARAMKAH tidak menang tangan untuk menunjukkan bahawa ulama tersohor Pas tetiba jatuh papa kedana bila fasa piliharaya baru nak bermula.

Mereka pukul canang bahawa pemimpin mereka makan nasi bungkus sahaja..bersederhana dalam semua perkara..kononnya mereka terlalu rakyat!


Jangan mudah percaya dengan pemimpin pembohong seperti Pas…inikan musim fasa pertama pilihanraya…jadi rakyat kesian tengok pemimpin Pas makan nasi bungkus namun ini cara utama mereka raih sokongan untuk menutup segala kemunafikrun janji mereka yang tidak terlaksana!

Awas Ya..gimik kotor pemimpin mereka..usaha tertipu.

-PasPisPus

Dah Singgah Komen Sikit

Ahli PAS Menetak Terima 13 Jahitan.



Apa nak jadi laa dengan puak PAS ni, duk cakap UMNO gengster. UMNO diwakili oleh orang-orang jahat. Tapi sebenarnya UMNO tidak mampu melakukan seperti mana yang dilakukan oleh puak PAS. Menetak orang sesuka hati..

Dikhabarkan bahawa yang menetak tu adalah adik kepada si Mangsa. Jom baca apa yang di update oleh blogger brader jai.
Bachok. 11.45 mlm 3/4/13 berlaku kes tetak di Pos BN Chabang 3 Melawi. Pemilik kedai di tetak oleh seorang penyokong PAS yang datang bersama adik mangsa.  
Mangsa di arah menurunkan semua poster BN. Poster BN kemudiannya di potong dengan pedang dan mangsa di tetak di bahu. Mangsa cedera di bahu kanan dan menerima 13 jahitan.  
Kes disiasat Peg. Penyiasat IPD Bachok di bawah seksyen 324. Nombor report1093/2013.  
P/S : Ini baru betul politik gangster kan?Siap tetak-tetak bagai.SAY NO TO PAS.(SINI)

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday, 4 April 2013

Rosmah Bongkar Isu Cincin RM24 Juta.


Saya telah membaca apa yang dinyatakan oleh isteri PM dalam buku yang diterbitkan.Isteri PM menafikan dia membeli cincin berkenaan.Bukan setakat menafi malah turut sama bersumpah.Datin Seri Rosmah akui cincin berkenaan masuk ke Malaysia dan dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya (Maira Nazarbayev) yang pada ketika itu berada kediaman PM untuk beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira Nazarbayev adalah 'regular customer' kepada Jewellry Jacob & Co New York.Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd.


Borang kastam 1-Borang pengishtiharan cincin berkenaan masuk ke Malaysia yang bertarikh 16 April 2011

Diringkaskan cerita,cincin tersebut masuk ke Malaysia mengikut lunas undang-undang yang ada walaupun ianya dialamatkan ke rumah PM.Bodohlah Rosmah kalau saat dia diserang tanpa henti-henti tiba-tiba pula beliau import cincin dan melalui pemeriksaan Kastam.Bukankah lebih baik waktu beliau keluar negara beliau beli cincin tersebut dan pakai di jarinya.Tiada siapa yang tahu.Beliau berani ambil langkah tersebut kerana beliau tahu tiada apa perlu disorokkan kerana beliau berada di pihak yang benar.Bukan macam Anwar yang bodoh piang langgar pelacur sampai tak sedar jam kena curi.Setelah cincin berkenaan dipamerkan kepada Maira Nazarbaye,ianya dibawa keluar dari Malaysia melalui KLIA dan diuruskan oleh ejen yang sama. Sekali lagi cincin berkenaan melalui prosedur pemeriksaan Kastam sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang negara.Cincin berkenaan keluar dari Malaysia pada 20 April ke Singapura juga untuk tujuan pameran kepada pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan.


Borang kastam 2-Borang pengishtiharan cincin berkenaan keluar dari Malaysia ke Singapura yang bertarikh 20 April 2011

Selepas dari Singapura kita tidak tahu ke negara mana pula cincin berkenaan dihantar untuk tujuan pameran kepada pelanggan-pelanggan Jacob & Co.Yang saya tahu dan sahih cincin berkenaan pulang semula ke New York dari Hong Kong pada 13 Mei 2011.Di Hong Kong mungkin cincin berkenaan dipamerkan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang lain. Lebih kurang sebulan cincin berkenaan terbang ke beberapa negara untuk tujuan pameran dan akhirnya kembali ke negara asal.


Cincin berkenaan tiba semula di New York pada 13 Mei 2011 dengan pesawat Cathay Pacific (CX 888) dari Hong Kong. Format tarikh yang digunakan di borang diatas MM/DD/YY

Kalau Datin Seri Rosmah yang beli cincin berkenaan, apa ke jadahnya cincin tersebut masuk ke rumah PM,kemudian terbang ke Singapura,kemudian terbang entah ke mana-mana negara,kemudian ke Hong Kong dan kembali semula ke New York ???

NAK TAHU JAWAPAN SEBENAR ???


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...