-->

Sebelah Sayap

Thursday, 14 June 2012

No Plat, Jenis Kenderaan Tidak Menjadi Isu. Nizar Harus Bertaubat.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa membuat penjelasan berhubung pemilikan nombor pendaftaran kenderaan BBM 3 yang digunakan pada kereta Toyota Camry miliknya.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau hairan bagaimana Azmin mampu memiliki nombor pendaftaran 'panas' berkenaan sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu hanyalah seorang pegawai kerajaan ketika mula menggunakannya.
Anuar juga mempersoalkan sama ada Azmin membeli nombor pendaftaran tersebut atau memperolehnya secara percuma semasa berkhidmat dengan Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.
"Saya ingin bertanya kepada Azmin bagaimana beliau memperoleh nombor pendaftaran kenderaan BBM 3? Nombor tersebut beliau peroleh ketika masih berkhidmat di pejabat Timbalan Perdana Menteri. 
"Jika beliau 'membeli' nombor tersebut semasa berkhidmat dengan Anwar, beliau perlu tampil menjelaskan berapa bayaran yang telah dibuat memandangkan Azmin ketika itu hanyalah pegawai kerajaan.
"Adakah ini juga ada kaitan dengan dakwaan Azmin mempunyai kekayaan melebihi pendapatan ketika itu?," tanya beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 
Isu nombor pendaftaran kenderaan sebelum ini menarik perhatian ramai apabila salah seorang ahli pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Berikutan tindakan Nizar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu, beliau menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Malah, pihak pembangkang juga dilihat cuba memperbesarkan isu pemilikan nombor pendaftaran kenderaan apabila turut mengheret Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berikutan bidaannya terhadap nombor WWW 15.
Sementara itu, siasatan Utusan Malaysia mendapati kereta yang menggunakan nombor pendaftaran BBM 3 itu mempunyai sebanyak 40 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga semalam.
Kenderaan jenis Toyota Camry 2.4 cc berwarna hitam sebelum ini didaftarkan untuk kereta jenis BMW 325i yang juga menggunakan nama pemiliknya iaitu Mohamed Azmin Ali. 
Selain 40 saman, Azmin turut dikesan memiliki tujuh saman untuk sebuah kenderaan lain bernombor pendaftaran WEU 3838.
Malah apa yang mengejutkan, selain 47 saman trafik yang dikenakan terhadap Azmin sejak Jun 2002, kenderaan yang menggunakan nombor BBM 3 itu juga telah tamat cukai jalan sejak 2 Jun lalu namun sehingga kini belum diperbaharui.
Kebanyakan saman yang dikenakan adalah atas kesalahan memandu melebihi had laju dan paling banyak kesalahan itu dikesan di sekitar ibu negara.
Difahamkan sebelum ini, Azmin menggunakan plat BBM 3 itu untuk kereta BMW. (1peluru.blogspot.com
Tue baru petikan yang mat ambil khas untuk azmin ali.. yang nie pulak adalah kereta hak milik bos dia pulak.. Anwar Ibrahim.


Kereta dah mahal, kalau no plat dia tue agak-agak berapa yea?? boleh dapat dengan harga seribu je ke??

Orang atasan pembangkang boleh laa pakai kereta mahal yea dak?? tapi kalau nik abduh nie nak kire macam mana pulak?? kereta mahal..no plat mahal.. mana dapat duit?? ayah ajis bagi ek?? haha..



Mat tak perlu laa sibuk-sibuk hal mereka nie.. itu adalah hak mereka.. tapi janganlah sampai nak menafikan hak orang lain pulak.. sultan tue bukannya miskin sampai tak mampu untuk membeli no plat.. sedangkan orang yang biasa-biasa nie pon mampu untuk memiliki no plat idaman mereka.. kenapa bukan dia kan??

Sebelum terlambat.. mat ada nak bagi korang tengok dua gamba yang membezakan dua insan nie.. hehe..




Pernah memegang jawatan no 1 dalam negara tetapi masih mampu untuk memandu kenderaannya sendiri.. sedangkan.... ish..ish..ish.. kesian...




Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday, 13 June 2012

Nik Aziz Patut Malu.

Saya ingin ucapkan syabas kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana mengambil sikap beristiqamah dalam memperjuangkan perpaduan umat Islam di negara ini meskipun tidak disenangi sesetengah pihak.

Beberapa hari lalu akhbar melaporkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kuliah Jumaatnya berkata, Mufti Perak ‘gatal mulut’ kerana didakwa memberi ulasan mengenai politik.

Sebagai seorang tokoh ulama seperti Nik Abdul Aziz menggunakan ungkapan sedemikian tentulah dilihat tidak manis, malahan tidak wajar sama sekali.

Ini kerana umum tahu bahawa ulama itu adalah warisatul anbia (pewaris Nabi). Sedangkan Nabi itu sendiri dihiasi dengan akhlak yang mulia, bukan sahaja daripada segi tingkah laku tetapi termasuk juga perkataan yang diungkapkan.

Umum juga tahu bahawa Nabi dan Rasul diutuskan bukan sahaja untuk memperbetulkan akidah manusia tetapi pada masa sama memberi didikan akhlak yang sempurna atau mulia.

Masyarakat umum Islam di negara ini sentiasa ingin menjadikan ulama sebagai ikon mereka di dalam melayari kehidupan seharian, apatah lagi kehidupan dalam zaman yang tercabar serba-serbi ini.

Oleh itu, para ulama pula hendaklah sentiasa memelihara makam (kedudukan) mereka sebagai warisatul anbia yang sentiasa dihiasi dengan akhlak yang baik di samping menguasai serta menghayati ajaran agama secara mendalam dan holistik.

Politikus Muslim dan mufti dari segi tertentu mungkin terdapat perbezaan. Namun hala tujunya haruslah ada persamaan iaitu untuk menyebarkan ajaran agama dalam semua aspek serta berpegang teguh dengan ajaran dan syariat.

Memberi nasihat misalnya merupakan satu cabang dari prinsip dan ajaran syariat Islam. Justeru, salahkah sekiranya seorang mufti memberikan pandangannya atas dasar menasihati umat agar tidak terlanjur?

Matlamat politik mungkin satu hal yang berbeza dengan matlamat dakwah agama. Matlamat politik semestinya kuasa. Justeru, dalam keghairahan menghambat kuasa itu adakalanya tingkah laku seseorang yang mendukung sesuatu parti politik itu, termasuk para pemimpinnya, mungkin ada kalanya ‘terlajak’ dari segi syariat agama.

Maka dalam konteks ini tidak salah bagi seorang yang berjawatan mufti itu memberikan pandangannya atas dasar menegur atau menasihati saudara seagamanya, sungguhpun mufti itu bukan ‘orang politik’.

Oleh itu, dalam hal sedemikian orang politik pula tidak boleh menganggap mufti itu jahil dalam politik dan justeru itu tidak layak untuk ‘campur tangan’ dalam urusan politik.

Umat Islam seluruhnya di negara ini akan merasa bangga jika ulama yang diangkat darjatnya menjadi seorang politikus dapat mengimbangi antara keperluan politik dan tuntutan agamanya.

Melabelkan seseorang yang seagama dengan label tertentu yang mengandungi unsur-unsur penghinaan harus dielakkan, apatah lagi sekiranya individu yang dihina itu seorang yang bertaraf mufti.

Pas, sebuah pertubuhan politik yang dikenali sebagai sebuah parti ‘Islam’, haruslah bersandarkan kepada prinsip dan ajaran syariat Islam dalam semua ruang lingkup pergerakannya, termasuk tutur kata pemimpin dan pengikutnya.

Manakala perbuatan memperlekehkan orang lain sama ada menerusi perkataan dan lain-lain amat dilarang di dalam syariat Islam. Hukum ini dipercayai telah diketahui oleh kebanyakan masyarakat Islam di negara ini. Oleh itu, kenapa tidak diamalkan?

SALLEH SAAD

Sungai Petani, Kedah

P/S: Terima Kasih kepada Salleh Saad kerana sudi berkongsi pendapat.

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday, 12 June 2012

Mati DiTikam Selepas Cuba Dapatkan Penjelasan.

Seorang pekerja kilang yang pulang bercuti di kampungnya sejak dua minggu lalu, mati ditikam di Kampung Belian, Palekbang Tumpat malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Al-Serenadi Mat Rahim berumur 26 tahun mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata terdapat satu kesan tikaman senjata tajam pada dada kiri mangsa.


Tambahnya lagi, mangsa dikatakan ke tempat kejadian bersama lima rakan, termasuk seorang adiknya dengan menaiki tiga motosikal untuk mendapatkan penjelasan mengenai satu pergaduhan.  "Mangsa dikatakan cuba menemui suspek yang berada di rumahnya (rumah suspek) untuk mendapat penjelasan mengapa suspek menampar adiknya yang didakwa menunggang motosikal dalam keadaan laju," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Rahim Junoh, 58, ketika ditemui di rumahnya berkata, Mohd Al-Serenadi yang juga anak ketiga dari lapan beradik itu pulang ke kampung itu bercuti sejak dua minggu lalu.  "Dia akan pulang ke tempat kerjanya semula di Kuala Lumpur dua hari lagi," katanya.

P/S: takziah buat keluarga mangsa.

Dah Singgah Komen Sikit

Monday, 11 June 2012

Pemikiran PAS KOLOT.


NIK Aziz Nik Mat ialah ahli politik. Harussani Zakaria pula ialah seorang mufti.

Nik Aziz, dalam istilah sains politik ialah seorang political animal. Ini kerana kerjayanya, mata pencariannya ialah sebagai seorang ahli politik.

Harussani pula ialah penjawat awam yang dilantik sultan sebuah negeri.

Tugasnya ialah berkaitan hal ehwal agama Islam. Antara tugas besarnya ialah menasihati raja atau sesiapa sahaja mengenai hukum-hakam agama Islam serta menegur jika perlu.

Beliau ialah ejen untuk memastikan kesejahteraan umat Islam terbela.

Oleh itu, apabila Nik Aziz menyifatkan Harussani ‘gatal mulut’ kerana menegur atau menasihatinya itu bermakna, Nik Aziz menafikan peranan Harussani sebagai mufti.

Mufti tidak boleh hanya menutup mulut dan berpeluk tubuh memerhati tingkah laku ahli-ahli politik seperti Nik Aziz yang sudah menyimpang jauh daripada landasan.

Sebagai ulama dan mufti, Harussani boleh bercakap walaupun ia ditujukan kepada seorang ahli politik.

Nik Aziz yang mengaku dirinya ulama tidak boleh memandang rendah orang lain. Beliau tidak boleh berbangga diri mengatakan dialah yang hebat daripada orang lain.

Itulah masalahnya Nik Aziz yang merasakan dirinya sudah terlalu hebat akibat dipuja oleh manusia.

Sehubungan itu Awang bersetuju dengan cadangan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris bahawa Nik Aziz sepatutnya bermuzakarah dengan Harussani.

P/S: Terima Kasih Awang atas artikel ini.

Dah Singgah Komen Sikit

Sunday, 10 June 2012

Sekitar Himpunan Skuad Muda Sukarelawan KDN. Syabas @Hishammuddinh20!!











Rakyat Malaysia semakin bijak dalam memilih aktiviti yang berfaedah. Jika dahulu BERSIH 3.0 telah menghimpunkan ribuan manusia yang bertindak mengikut hawa nafsu, kini ribuan insan yang berhati mulia telah hadir ke Himpunan Skuad Muda Sukarelawan KDN.

Mat melihat ini sebagai sesuatu yang positif selepas hari yang paling menjijikkan BERSIH 3.0. Pelbagai golongan masyarakat yang hadir telah menunjukkan minat untuk menjadi sukarelawan dalam pelbagai jenis badan sukarelawan.

P/S: Terima Kasih kepada blogger pengasih atas sumbangan gambar. hehe

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...